Sabtu, Oktober 31, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(208-212)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(208-210)

Surah  An naml
Tertib surah 27
Bilangan ayat 93
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah 
Tertib turun yg ke 48
Bilangan paragraf  8
Paragraf 1ayat 1-6 Pendahuluan
Paragraf 2 ayat 7-14 Kisah Nabi Musa,dakwah kepada tauhid حاكميه(tuhan sbg penentu hukum,dan yg dia yg terbaik)dan akibat buruk taghut.
Paragraf 3 ayat 15-44 Kisah Nabi Sulaiman,khilafahnya dibumi kerajaan tuhan dan tauhid حاكميه(tauhid yg dok ada dlm quran)
Paragraf 4 ayat 45-53 Kisah Nabi Saleh dgn kaum Tsamud dan akibat buruk kezaliman.
Paragraf 5 ayat 54-58 Kisah Nabi Lut dan akibat buruk yg diterima kaum lut.
Paragraf 6 ayat 59 Sumbangan para nabi dlm menyebarkan akidah tauhid
Paragraf 7 ayat 60-69 Dalil2 tauhid الوهيه dan dalil حاكميهdisamping dalil2 menolak syirik dlm الوهيهdan حاكميه,ayat quran ada satu pun dah cukup inikan pula byk ayat.tauhid ini yg merupakan ajaran quran.
Paragraf 8 ayat 70-93 Penutup menghiburkan Rasullah,pemandangan kiamat dan akibat buruk syirik.

Mesej utama
1.Terimalah agama Islam dengan menerima seruan Rasullah saw dan seruan alquran kepada kepercayaan tauhid dan hari akhirat.
2.Dalil2 tentang tauhid الوهيهdan dalil حاكميه.
3.Pemerintahan yg ada hendaklah digunakan untuk dakwah kepada tauhid.

Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(209)

Zaman Diturunkan
Surah an-Naml diturunkan selepas Surah as-Syu'ara' di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, iaitu antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian. Ketika itu Rasulullah s.a.w. selain diragui, dituduh sebagai tukang sihir. Ketika itu juga pemimpin-pemimpin Quraisy yang menyembah berhala di Mekah dinasihati supaya mengambil i'tibar daripada raja perempuan kerajaan Saba' di Yaman yang telah memeluk Islam sedangkan sebelum itu dia termasuk di kalangan orang-orang yang menyembah matahari.

Perkaitan Di Antara Surah an-Naml Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah as-Syu'ara' manusia dinasihati supaya mengambil i'tibar daripada sikap-sikap negatif
bangsa-bangsa yang telah dibinasakan, sikap mereka ialah menolak seruan kepada kebenaran dan mendustakannya. Di dalam Surah an-Naml ini pula diberikan gambaran sebaliknya, manusia dinasihati mengambil sikap positif terhadap seruan agama yang benar seperti sikap yang telah diambil oleh raja perempuan Yaman yang telah menerima baik seruan Islam. Kerananya, dia telah berjaya di dunia dan diakhirat.

2.Di dalam Surah as-Syu'ara', sifat Allah عزيز dan رحيم dikemukakan beberapa kali untuk membuktikan
kebenaran tauhid, kekuasaan dan tauhid sifat. Di dalam Surah an-Naml ini pula tauhid uluhiyyah dan
haakimiyyah dikemukakan dalam bentuk soalan ءِإِله مِّعَ الله
(Adakah tuhan lain yang layak disembah bersama Allah?)

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini terdapat ayat tarji'. ia diulang sebanyak lima kali.
Untuk menolak aqidah syirik, ءِإِله مِّعَ اللهdikemukakan sebagai soalan sebanyak lima kali, perkataan ilaah digunakan disini dengan erti tuhan yang disembah dengan sebenar-benamya dan tuhan yang berkuasa, berkehendak dan Maha perkasa.
Di dalam ayat ke-60, setelah dikemukakan dalil kekuasaan Allah melalui penciptaan langit dan bumi, menurunkan hujan, lalu menumbuhkan tanaman-tanaman, manusia disoal ءِإِله مِّعَ الله  (Ayat: 60).

Di dalam ayat ke-61, setelah dikemukakan dalil Allah sebagai tuhan yang menciptakan bumi dan mengadakan bukit-bukau dan sungai-sungai di atasnya, manusia disoal ءِإِله مِّعَ الله
Di dalam ayat seterusnya manusia diminta merenungi dirinya sendiri, dikatakan Allah mendengar seruan
orang yang gelisah dan terdesak lalu menghilangkannya. Manusia dijadikan sebagai khalifah, lalu kenapa Allah disekutukan dengan tuhan-tuhan yang lain? ءِإِله مِّعَ الله
(Ayat: 62).
Di dalam ayat seterusnya dikemukakan dalil kekuasaan Allah bahawa Dia dapat menunjuk jalan
209


Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(210)

walaupun pada waktu gelap gelita, Allah juga berkuasa melepaskan angin, setelah itu kenapa masih ada
yang memilih aqidah syirik?  أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ (Ayat: 63).

An-Naml 27:63
أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِى ظُلُمَٰتِ ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦٓۗ أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ تَعَٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ 
Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan.


Akhir sekali di dalam ayat ke-5 dikatakan bahawa Allahlah yang memulakan kejadian manusia dan akan
mengulanginya kembali, Dialah yang memberi rezeki kepada manusia, lalu kenapa manusia masih
melakukan syirik terhadap Allah dengan mempercayai مِنْ دُوْنِ الله juga mempunyai sifat uluhiyyah (ketuhanan), kuasa, kehendak, rububiyyah dan haakimiyyah? أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ (ayat 64).

An-Naml 27:64
أَمَّن يَبْدَؤُا۟ ٱلْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِۗ أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi) dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Katakanlah, “Kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar.”



2. Di dalam Surah an-Naml. perkataan عرش (takhta atau singgahsana) diulanei sebanyak empat kali.
(a) Raja perempuan Saba' mempunyai singgahsana
(Ayat: 23).

An-Naml 27:23
إِنِّى وَجَدتُّ ٱمْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَىْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ 
Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgasana yang besar.


(b) Allah pencipta alam semesta dan pengatur serta pentadbir alam semesta juga mempunyai عرش. Allah
yang tiada tuhan lain yang layak disembah selainNya juga mempunyai عرش yang agung (Ayat:26).

An-Naml 27:26
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ۩ 
Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”

3.Perkataan عْلُوا۟ menguasai atau mengatasi tersebut dua kali di dalam surah an Naml.
(a) Nabi Sulaiman telah menulis surat kepada raja perempuan Yaman, di dalamnya tertulis: "Bahawa
janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman
dan mematuhi ajaran agama Allah)." Ini adalah salah satu contoh seruan Islam diberikan kepada pihak
berkuasa negara. (Ayat: 31).

An-Naml 27:31
أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ 
janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”


(b) Pendokong-pendokong Fir'aun mengingkari dan menolak seruan Nabi Musa untuk bertindak zalim
dan menguasai orang lain semata-mata (Ayat: 14).
وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّاۚ


An-Naml 27:14
وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّاۚ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ 
Dan mereka mengingkarinya karena kezhaliman dan kesombongannya, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.


4. Di dalam surah ini disebutkan juqa kezaliman kaum Tsamud dan kaum Fir'aun.
(a) Kaum Fir'aun yang jahat telah menolak ayat-ayat Allah kerana kezaliman dan kesombongan mereka sedangkan hati-hati mereka telah pun berpuas hati dengan kebenaran ajaran Islam (Ayat: 14).

An-Naml 27:14
وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّاۚ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ 
Dan mereka mengingkarinya karena kezhaliman dan kesombongannya, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.


(b) Kaum Tsamud juga satu kaum yang zalim, kerana kezaliman merekalah negeri mereka dimusnahkan
(Ayat:52).

210


Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(211)

5. Di dalam surah ini juea tersebut kerosakan yang ditimbulkan oleh 9 orang ketua kaum Tsamud dan
kerosakan Fir'aun.
(a) Fir'aun dan bala tenteranya adalah perosak, manusia diminta mengambil pengajaran daripada akibat buruk yang diterima mereka (Ayat: 14).

An-Naml 27:14
وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّاۚ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ 
Dan mereka mengingkarinya karena kezhaliman dan kesombongannya, padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.


(b) 9 orang ketua kaum Tsamud juga perosak, mereka langsung tidak mepunyai jiwa untuk melakukan kebaikan (Ayat 48).

An-Naml 27:48
وَكَانَ فِى ٱلْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ 
Dan di kota itu ada sembilan orang laki-laki yang berbuat kerusakan di bumi, mereka tidak melakukan perbaikan.



6. Untuk memperkenalkan al-Our'an, beberapa perkara di bawah ini dikemukakan.
(a) Al-Qur'an adalah kitab yang terang (Ayat: 1).

An-Naml 27:1
طسٓۚ تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ 
Tha Sin. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an, dan Kitab yang jelas,


(b) Al-Qur'an diturunkan kepada Muhammad oleh tuhan yang Maha bijaksana dan Maha mengetahui (Ayat:6).

An-Naml 27:6
وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى ٱلْقُرْءَانَ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ 
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar telah diberi Al-Qur'an dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Maha Mengetahui.



(c) Al-Qur'an menjelaskan secara terbuka dan dengan tepat segala persoalan yang dipertikaikan dikalangan Bani Israil (Ayat:76).

An-Naml 27:76
إِنَّ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَقُصُّ عَلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ أَكْثَرَ ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ 
Sungguh, Al-Qur'an ini menjelaskan kepada Bani Israil sebagian besar dari (perkara) yang mereka perselisihkan.


(d) Allah jua yang layak dipuji dan layak disyukuri, Dia akan mengemukakan segera beberapa tanda kebenarannya sehingga akan diketahui oleh orang-orang musyrikin Mekah (Ayat: 93).

An-Naml 27:93
وَقُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ ءَايَٰتِهِۦ فَتَعْرِفُونَهَاۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ 
Dan katakanlah (Muhammad), “Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kebesaran)-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.


7. Empat perkara perlu direnunqi berhubung dengan Islam di dalam Surah an-Naml.
(a) Nabi Sulaiman telah menggertak raja perempuan Saba' dan penduduk Saba' dengan mengatakan:
"Janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)." (Ayat: 31).

An-Naml 27:31
أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ 
janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”



(b) Raja perempuan Saba' kemudiannya memeluk agama Islam dan tunduk bersama Sulaiman kepada
Allah, tuhan semesta alam (Ayat: 44).

An-Naml 27:44
قِيلَ لَهَا ٱدْخُلِى ٱلصَّرْحَۖ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَاۚ قَالَ إِنَّهُۥ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَۗ قَالَتْ رَبِّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَٰنَ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Dikatakan kepadanya (Balqis), “Masuklah ke dalam istana.” Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana) itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya (penutup) kedua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata, “Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Dia (Balqis) berkata, “Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zhalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”



211


Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(212)


(c) Orang-orang yang mendengar dengan memberikan sepenuh perhatian kepada ayat-ayat Allah-lah
yang menjadi orang-orang Islam (Ayaf 81)

An-Naml 27:81
وَمَآ أَنتَ بِهَٰدِى ٱلْعُمْىِ عَن ضَلَٰلَتِهِمْۖ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ 
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk orang buta dari kesesatannya. Engkau tidak dapat menjadikan (seorang pun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri.


(d) Rasulullah s.a.w. diperintah supaya mengisytiharkan bahawa aku diperintah supaya menjadi orang-orang Islam (Ayat 91).
An-Naml 27:91

إِنَّمَآ أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ ٱلْبَلْدَةِ ٱلَّذِى حَرَّمَهَا وَلَهُۥ كُلُّ شَىْءٍۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 

Aku (Muhammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang Dia telah menjadikan suci padanya dan segala sesuatu adalah milik-Nya. Dan aku diperintahkan agar aku termasuk orang Muslim,



212


Tiada ulasan:

Catat Ulasan