Jumaat, Oktober 02, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(176)Sesi 10(22,23)

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(176)
Sesi 10(22,23)

mata berasaskan kesombongan dan keangkuhan mereka.

Perkaitan Surah Al-hajj Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Anbiya' telahpun dinyatakan bahawa sekalian nabi menyeru manusia kepada ajaran tauhid. Muhammad s.a.w. adalah mata rantai terakhir para nabi dan merupakan rahmat untuk sekalian alam. Baginda adalah pewaris sebenar ajaran Nabi Ibrahim a.s. orang-orang yang mendustakan Baginda akan mendapat kecelakaan. Kecelakaan yang telah dibayangkan di dalam surah yang lalu telahpun menjadi kenyataan apabila di dalam Surah al-Hajj ini, buat pertama kalinya orang-orang Islam yang teraniaya dibenarkan memerangi orang-orang musyrikin yang zalim demi mempertahankan diri.

Al-Hajj 22:39
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ 
39. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka
(mencapai kemenangan).

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke-2 Hijrah, berlakulah peperangan Badar di antara orang-orang
Islam dan orang-orang kafir Mekah, dalam peperangan itu temyata orang-orang Islam mendapat kemenangan.

2. Di dalam Surah al-Mu'minun akan datang dikatakan bahawa untuk orang-orang Islam mendapat kemenangan dalam menghadapi orang-orang musyrikin Quraisy di masa-masa akan datang, mereka sangat-sangat memerlukan iman yang kukuh dan amal shaleh yang teguh.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini dikemukakan perbandingan di antara dua kepimpinan yang berlainan ideologi.
Di dalam surah ini, perbandingan di antara pimpinan musyrikin Mekah dan pimpinan Rasulullah s.a.w.
dikemukakan. Sikap dan pendirian penyokong masing-masing juga dikemukakan هَٰذَانِ خَصْمَانِ  (Ayat: 19).

Al-Hajj 22:19
هَٰذَانِ خَصْمَانِ ٱخْتَصَمُوا۟ فِى رَبِّهِمْۖ فَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِّن نَّارٍ يُصَبُّ مِن فَوْقِ رُءُوسِهِمُ ٱلْحَمِيمُ 
Inilah dua golongan (golongan mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka bagi orang kafir akan dibuatkan pakaian-pakaian dari api (neraka) untuk mereka. Ke atas kepala mereka akan disiramkan air yang mendidih.



Untuk mengetahui perbandingan di antara dua kepimpinan tersebut itu dikemukakan di bawah ini satu
jadual.

Perkara Dan Rujukan:
1. (dizalimi) ظُلِمُوا۟ۚ  (Ayat: 39),
 (diusir) أُخْرِجُوا۟ (Ayat: 40)

Kepimpinan Musyrikin Quraisy:
Mereka adalah penzalim yang
mengusir orang-orang Islam
keluar dari Mekah

Kepimpinan Orang-Orang Islam:
Mereka dizalimi dan terpaksa
berhijrah


176

Al-Hajj 22:39
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ 
Diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi, karena sesung-guhnya mereka dizhalimi. Dan sung-guh, Allah Mahakuasa menolong mereka itu,

Al-Hajj 22:40
ٱلَّذِينَ أُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَٰتٌ وَمَسَٰجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا ٱسْمُ ٱللَّهِ كَثِيرًاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ 
(yaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya karena mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) seba-gian manusia dengan sebagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-mas-jid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan meno-long orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Mahakuat, Ma-haperkasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan