Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms089
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 15
26 jan-14.
Misykatul masabiih 89
sembahyang iłu. Ibnu Daqiq al-'lid membantah kesimpulan yang dibuat oleli sesetengah ulama' itu dengan alasan di dalam hadits ini tidak tersebut perkataan قتل (bunuh) untuk disimpulkan hukum bunuh daripadanya. Yang ada ialah perkataan أقاتل . la berpunca daripada perkataan قتال dan مقاتلة (memerangi, melawan, menghalang, menyekat dan sebagainya).
Kata beliau
لا يلزم من إباحة المقاتلة عليها إباحةالقتل عليها لأن مقاعلة تستلزم وقوع القال من الجاتبين ولا كذا القتل
Tidak semestinya ada keharusan muqatalah (memerangi) kerana meninggalkan sembahyang ada juga keharusan membunuh .
Ini kerana di dalam perkataan قتال dan مقاتلة terkandung makna perlawanan di antara dua pihak .Tidak begitu keadaannya densan perkataan القتل.
Imam Baihaqi pula menukilkan pendapat asy-Syafie bahawa beliau ada berkata,
ليس القال من القتل سبيل فقد يحل قتال الرجل ولا يحل قتله
(Qital tiada kena mengena langsung dengan qatl (pembunuhan). Kadang-kadang kita harus memerangi seseorang, tetapi tidak harus pula kita membunuhnya).
Perkataan qital telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam sekian banyak haditsnya. Tetapi tidak pula ia memberi erti membunuh sama sekali.
Sebagai contoh lihat saja dua hadits berikut init
(1) Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Saad:
أَقِتَالًا أَيْ سَعْدُ إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ
Maksudnya: Engkau hendak melawankah wahai Sa' ad? hendak memberikan kepada orang itu. (Muslim).
Perkataan qital di dałam hadits ini langsung tidak sesuai dipakai dengan masna membunuh.
(2) Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan, katanya:
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ
Bermaksud: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu bersembahyang dengan menjadikan sesuatu sebagai sutrahnya (penghadangnya) dari dilintasi orang, maka jika ada sesiapa yang mahu melintas di hadapannya, dia hendaklah menghalangnya. Kalau dia mahu melintas juga maka hendaklah dihalangnya lagi dengan lebih keras, kerana orang yang hendak melintas juga itu (walaupun telah dihalang) sebenarnya adalah syaitan."
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasaa'i. Abu Daud dan lain-lain).
Di dalam hadits ini juga perkataan tidak harus dipakai dengan erti membunuh. Orang yang meninggalkan sembahyang pula tidak menjadi kafir dan murtad. la juga tidak dikenakan hukuman had bunuh seperti disimpulkan oleh sesetengah ulama' daripada hadits ini. Antara hadits yang membuktikan orang yang meninggalkan sembahyang itu tidak kafir dan murtad ialah hadits berikut ini:
Ubaadah bin as-Shaamit meriwayatkan,
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ.
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah mewajibkan lima sembahyang ke atas hamba-hambaNya. Sesiapa yang mengerjakannya, tidak mensia-siakannya dan tidak juga meremehkannya, Allah jamin akan memasukkannya ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak mengerjakannya pula, tiada jaminan untuknya di sisi Allah. Keadaannya terpulang kepada Allah, sama ada akan menyiksanya atau memasukkannya ke dałam syurga. (Malik, Ibnu Abi Syaiball. 'Abdur Razzaaq, Sas id bin Manshur, Ahmad. Abu Daud, Nasaa'i, Daarimi, Ibnu Majah,
89
Tiada ulasan:
Catat Ulasan