Jumaat, Oktober 09, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms090

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms090

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 15
26 jan-14.


Misykatul masabiih 90

semua yang tersebut itu, bererti terpeliharalah darah dan harta benda mereka¹⁰⁵ daripadaku kecuali dengan hak Islam. Soal hati mereka, itu terserah kepada Allah.
(Bukhari-Muslim).¹⁰⁶ Tetapi Muslim tidak ada menyebutkan "kecuali dengan hak Islam".
___________________________________________________________
 
Ibnu Hibbaan dan lain-lain). Hadits ini menunjukkan kedudukan orang yang meninggalkan sembahyang itu bergantung kepada masyi'ah (kehendak) Allah. Apa ertinya Allah memasukannya ke dalam syurga jika ia telah menjadi kafir afau murtad kerana meninggalkan sembahyang?! Bukankah syurga itu diharamkan kepada orang kafir?

Antara dalil yang membuktikan orang yang meninggalkan sembahyang itu tidak dikenakan had bunuh pula ialah hadits berikut ini: 
Abdullah bin Massud meriwayatkan,
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah, melainkan dengan (ia melakukan) salah satu daripada tiga perkara ini
Pertama, Membunuh orang. 
Kedua, Berzina padahal telah Muhshan. 
Dan ketiga: Keluar agama dengan meninggalkan jamaah. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain). 

Hadits ini menyebutkan hanya ada tiga keadaan di mana seseorang muslim itu halal dibunuh. Tidak  termasuk di dalamnya orang yang meninggalkan sembahyang.

¹⁰⁵ Maksudnya ialah kita diperintah berurusan dengan seseorang berdasarkan zahirnya. Jika zahirnya Islam, dia akan kita layan sebagai orang Islam dan jika zahirnya bukan Islam, maka kita akan melayaninya sebagai bukan Islam. Biar bagaimana sekalipun batin seseorang yang anda hadapi, itu tidak perlu diambil kisah. Soal batin dan hati, itu terserah kepada Allah jua. 
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Mengucap dua kalimah syahadah merupakan syarat untuk diterima seseorang sebagai muslim. 
(2) Orang-orang yang meninggalkan sembahyang dan zakat harus diperangi. 
(3) Islam melindungi nyawa, harta benda dan kehormatan penganut-penganutnya. 
(4) Segala hukum-hakam berlaku berdasarkan zahir. Soal hati terserah kepada Allah jua. 
(5) Orang-orang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang dan memberi zakat tetap terikat dengan hukum-hakam Islam yang lain. 
(6) Besarnya kedudukan sembahyang dan zakat dalam agama Islam. Sembahyang merupakan ibadat badaniyyah (yang berkaitan dengan badan) dan zakat merupakan ibadat maliyyah (yang berkaitan dengan harta). 
(7) Mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh yakin sudah memadai untuk seseorang itu masuk ke dalam agama Islam. Tidak wajib atasnya menupelajari dalil-dalil mutakallimin untuk mengenal Allah.

¹⁰⁶ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini turut diriwayatkan juga oleh Ahmad, Nasaa'i, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain.

90

Tiada ulasan:

Catat Ulasan