Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms094
Misykatul masabih-syarah hadis kitab iman-
sesi 17- 13-apr-14.
Misykatul masabiih 94
shalat ferdu ,menunaikan zakat yang diferdukan dan berpuasa dibulan Ramadhan ¹¹⁶, . Kata orang Arab dusun itu " Demi Tuhan dan yang jiwaku berada ditanganNya aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya ¹¹⁷ Apabila orang itu pergi Nabi s.a.w. bersabda: ”Siapa yang ingin melihat penghuni syurga lihatlah orang ini.¹¹⁸ (Bukhari-Muslim).
___________________________________________________________
Rangkaikataالْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ selepas تَعْبُدُ الله itu mengguna pakai qaedah ilmu Balaghah:الخاص بعد العام (menyebutkan sesuatu secara khusus setelah menyebutnya secara umum).
¹¹⁵ Tujuan Nabi s.a.w. bersabda ”dan tidak menyengutukanNya dengan apapun" selepas bersabda: Engkau menyembah Allah" ialah untuk menolak kepercayaan dan amalan orang kafir musyrik. Kerana orang-orang musyrikin juga pada zahirnya rnenyembah Allah, cuma mereka tidak menyembah Allah semata-mata. Di samping menyembah Allah, mereka juga menyembah bermacam-macam berhala dengan kepercayaan berhala-berhala itu adalah sekutu-sekutu Allah. Kalau perkataan تَعْبُدُ dipakai dengan erti تُوَحِّدُ niscaya sabda Nabi s.a.w. "dan tidak menyengutukanNya dengan apapun" seharusnya dipakai sebagai ta'kid dan penguat kepada sabda Baginda sebelum itu: ”Engkau mengesakan Allah atau mentauhidkanNya".
¹¹⁶Jika diperhatikan hadits Abu Hurairah ini, anda akan mendapati hanya tiga sahaja daripada rukun Islam disebutkan. Sembahyang, zakat dan puasa. Kenapa haji tidak disebutkan di dalamnya? Ada beberapa jawapannya. Antara lainnya ialah:
(1) Hafiz Ibnu Hajar berpendapat, ia tidak disebutkan kerana orang Arab dusun itu memang telah keluar dari rumahnya untuk mengerjakan haji pun.
(2) Di dalam riwayat asal, haji juga sebenarnya ada disebutkan, tetapi salah seorang perawi sengaja menggugurkannya denvan tujuan meringkaskan hadits.
(3) Maulana Syabbir Ahmad Utsmani berpendapat, ibadat-ibadat yang berkaitan dengan tubuh badan manusia secara kasarnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian. (i) dengan perbuatan dan melakukan من قبيل الأعمال
(ii) yang berkaitan dengan meninggalkan perbuatan atau tidak melakukan). من قبيل التروك
Baginda s.a.w. nłenyebutkan senłbahyang dan zakat hanya sebagai mengisyaratkan kepada ibadat-ibadat yang berkaitan dengan melakukan. Baginda saw menyebutkan puasa pula hanya sebagai mengisyaratkan kepada ibadat-ibadat yang berkaitan dengan tidak melakukan. Ia tidak bererti amalan-amalan yang mesti dijaga dan dibuat oleh seseorang muslim hanya yang tersebut itu sahaja.
(4) Jika diperhatikan riwayat ini atau riwayat-riwayat lain seumpamanya, anda akan mendapati di dalam setengah-setengahnya ada tersebut perkataan-perkataan tertentu dan ada pula perkataan-perkataan tertentu tidak disebutkan. Di dalam riwayat ini saja misalnya, ada yang tidak disebutkan di dalamnya perkataan puasa dan ada di pula dalamnya yang tidak perkataan disebutkan zakat. Ada juga sesetengah riwayat ada tersebut tentang silatur rahim. Demikian juga sebaliknya, didalam sesetengah riwayat ada tersebut silaturahim.Didalam yang lain pula ada tersebut tentang khumus. Perbezaan-perbezaan seperti ini menurut Ibnu as-Shalah dan Qadhi Îlyaadh berpunca daripada perbezaan perawi-perawi dalam hafalan dan ketelitian mereka. Pendapat mereka berdua ini dianggap elok oleh al-lmam an-Nawawi.
(5) Sesetengah 'ulama' berpendapat, sebenarnya Nabi s.a.w. ada menyebutkan juga tentang haji seperti yang terdapat di dalam riwayat Ibnu 'Abbaas, tetapi perawi hadits ini terlupa menyebutnya.
(6) Tidak disebutkan haji kerana haji pada ketika itu belum lagi difardhukan. Paling awal pun haji difardhukan pada tahun ke 8 hijrah. Sedangkan peristiwa ini berlaku sebelum itu.
¹¹⁷ Persoalan yang timbul sekarang ialah kenapakah Rasulullall s.a.w. tidak enegur orang Arab dusun itu apabila ia bersumpah untuk tidak melakukan apa-apa amalan selain yang disebut Nabi s.a.w. di dalam hadits ini? sedangkan pada ketika lain ada pula teguran Baginda sa.w. terhadap orang yang bersun pah untuk tidak melakukan kebajikan?? Jawapannya ialah kadang-kadang hukum sesuatu berubah mengikut situasi orang yang menghadapinya. Itulah yang berlaku di sini. Tentulah ada keistimewaan orang berkenaan, sehingga Nabi s.a.w. tidak menegur dan membantah apa yang dicakapkannya itu.
¹¹⁹ Tidak menimbulkan kemusykllan jika Rasulullah s.a.w. memberi berita gembira untuk orang Arab dusun Itu kerana dia mengatakan: "dan aku tidak akan mengurangi apa yang
94
Tiada ulasan:
Catat Ulasan