Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms097
Misykatul masabih-syarah hadis-kitab iman-
sesi 19- 11-mei-14.
Misykatul masabiih 97
Iman Yang Sempurna
وَعَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ، وَفِي رِوَايَةٍ: غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ-رواه مسلم
13- Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi¹¹⁹ meriwayatkan,katanya: "(Pernah aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.): 'Wahai Rasulallah, ajarkan kepadaku suatu perkara dalam Islam ¹²⁰ yang tidak perlu aku tanyakan lagi pada orang lain sepeninggalanmu." Di
___________________________________________________________
kemahuanku sendiri, aku tidak mengikut kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut jika mendurhakai Tuhanku kepada siksa hari yang besar (kiamat)" (Yunus:15).
Isyarat Nabi s.a.w. dalam sabdanya: فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا (maka lihatlah orang ini), adakah meruju' kepada orang Arab dusun itu secara khusus atau ia merangkumi orang jenis itu atau orang seperti itu dengan taqdir:
فَلْيَنْظُرْ إِلىمثل هذ الرجل وجنسه الذي على فعل المأمورات وتركِ المنهيات
Bermaksud: maka lihatlah orang seperti ini atau orang jenis ini yang bertekad untuk melakukan apa-apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa-apa yang ditegah? Kedua-duanya boleh jadi, akan tetapi yang lebih tepatnya ialah ia meruju' kepada orang berkenaan sahaja.
Para ulama' juga berbeda pendapat tentang asas yang mendorong Nabi s.a.w. mengatakan orang itu ahli syurga. Ada yang mengatakan ialah wahyu. Inilah pendapat yang terbaik. Ada yang mengatakan berat sangka (عَلبة الظن) Baginda s.a.w. saja dan ada pula yang mengatakan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. itu ada sesuatu yang dibuang(محذوف) dan ia perlu ditaqdirkan. Kalau di dalam hadits Abi Ayyub, taqdirnya:
إن تمسك بما أمر به دخل الجنة
Bermaksud: Jika dia berpegang teguh dengan apa yang diperintahkarynya, niscaya masuk syurgalah dia. Maka di sini sesuai juga kalau ditaqdirkan:
إن دام على امتثال الأوامر التي أمر به
Bermaksud: Jika dia terus menjunjung segala perintah yang diberikan kepadanya dan sebagainya. Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Nabi s.a.w. selalu dikunjungi orang, sama ada secara beramai-ramai atau secara individu. Sering juga Baginda s.a.w. dikunjungi oleh wakil kumpulan atau kaum tertentu. Tujuan kunjungan selalunya adalah untuk mengetahui selok-belok agama Islam.
(2) Sikap terbuka dan berterus terang para sahabat nabi.
(3) Sering kali beraku, sikap berterus terang seseorang membawa keuntungan dan kebaikan kepadanya.
(4) Sikap terbuka Rasulullah s.a.w. ketika diajukanapa-apa soalan.
(5) Tidak salah mengharapkan syurga dengan sesuatu amalan yang dilakukan.
(6) Ajaran tauhid sentiasa terserlah di sebalik sabda-sabda Rasulullah s.a.w.
(7) Nabi s.a.w. sentiasa menyampaikan rukun Islam dan ajaran-ajaran agama yang terpenting kepada umatnya dengan pelbagai cara.
(8) Keharusan bersumpah untuk menguatkan sesuatu ucapan dan kenyataan.
(9) Ramai juga sahabat yang disebut oleh rasulullah sebagai ahli syurga.
(10) Ramai juga sahabat yang dikecualikan daripada peraturan dan hukum kebiasaan.
¹¹⁹ Kuniahnya ialah Abu Amar atau Abu SAmrah. Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi memeluk agama Islam bersama-sama rornbongan Tsaqif. Saiyyidina 'Umar telah melantiknya sebagai pemungut zakat dan sedekah orang-orang Tha'if setelah 'amil sebelumnya 'Utsman bin Abi al' Aash ditukarkan ke Bahrain. Kata Ibnu 'Abdil Barr, beliau terbilang sebagai sahabat nabi yang tinggal di Tha'if. Sempat mendengar hadits Nabi s.a.w. dan meriwayatkannya. Mulla 'Ali alQari berkata: Haditsnya (yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadits) ada lima sahaja.
¹²⁰ Maksud Sufyan ialah suatu perkara atau ajaran yang benar-benar merangkumi Islam selengkapnya atau suatu perkara yang dapat memenuhi semua sekali hak-hak dan tuntutan Islam.
97
Tiada ulasan:
Catat Ulasan