Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms101
Misykatul masabiih -syarah hadis-
kitab iman-sesi 20- 25 mei 14
Misykatul masabiih 101
yang tidak terurus. Gema suaranya kami dengar, tetapi kami tidak dapat menangkap (memahami) apa yang diucapkannya. Sehinggalah dia menghampiri Rasulullah s.a.w, Rupa-rupanya dia bertanya tentang (ajaran) Islam (yang mesti dilaksanakan). Kata Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang lima waktu dalam sehari semalam". Tanya lelaki itu: "Adakah sembahyang lain yang wajib ke atas saya?" Jawab Nabi s.a.w.: "Tidak ada, kecuali sembahyang sunat" ¹²⁷ Nabi s.a.w. terus bersabda: "Berpuasa (di bulan)
___________________________________________________________
mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam?" Nabi s.a.w. berkata: "Ya, benar". Saya mahu bertanya engkau dengan nama Allah: "Adakah Allah menyuruh engkau supaya kita berpuasa satu bulan dalam setahun?" Nabi s.a.w. berkata: "Ya, benar". Orang itu berkata Iagi: "Saya hendak bertanya engkau dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya mengambil sedekah daripada orang-orang kaya untuk dibahagikan kepada orang-orang miskin di kalangan kita?" Nabi s.a.w. berkata : "Ya, benar". Maka orang itu pun berkata: "Saya beriman dengan apa yang dibawa olehmu dan saya adalah utusan kaum saya yang tidak datang bersama. Saya adalah Dhimam bin Tsa'labah saudara Bani Sa' ad Bin Bakar." Musa dan 'Ali bin Abdil Hamid juga meriwayatkan hadits ini daripada Sulaiman bin alMughirah daripada Tsabit daripada Anas daripada Nabi s.a.w.
Lihatlah sendiri betapa jauhnya perbezaan di antara kisah Dhimaam bin Tsa'labah dengan kisah lelaki yang tersebut di dalam hadits Thalhah di atas!
¹²⁷ Ini adalah terjemahan kepada sabda Nabi s.a.w. .
لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ
Perkataan إِلَّا di dalamnya adalah adaat istitsnaa'. la dipakai oleh Syafi'iyyah, Hanaabilah dan orang-orang yang sependapat dengan mereka sebagai istitsnaa' munqathi .
Golongan Hanafiyyah, Maalikiyyah dan orang-orang yang sependapat dengan mereka pula memakainya sebagai istitsnaa' muttashil. Mustatsna di dalam istitsnaa' munqathi' bukan dari jenis mustatsna minhu atau ia bukan sebahagian daripada hakikat mustatsna minhu. Sementara di dalam istitsnaa' muttashil pula Mustatsna adalah dari jenis mustatsna minhu atau ia merupakan sebahagian daripada hakikat mustatsna minhu.
Contoh istitsnaa' munqathi' yang selalu diberikan oleh ulama' Nahu 'Arab ialah قام القوم إلا فرسا (semua orang berdiri kecuali kuda). Kuda yang dikecualikan daripada berdiri di dalam ayat ini bukan dari jenis orang atau ia bukan sebahagian daripada orang (manusia).
Contoh istitsnaa' muttashil yang selalu diberikan oleh 'ulama' Nahu Arab pula ialah قام القوم إلا زيدا(semua orang berdiri kecuali Zaid). Zaid yang dikecualikan daripada berdiri di dalam ayat ini adalah dari jenis orang atau ia adalah sebahagian daripada orang (manusia). Orang-orang yang menganggap إِلَّا di dalam sabda Nabi s.a.w. di atas sebagai istitsnaa' munqathi mentaqdirkannya begini:-
لا يحب عليك شيء إلَّا إن أردت أن تطوع فذلك لك
Bermaksud: Tidak ada sembahyang apa pun yang wajib atasmu (selain sembahyang lima waktu dalam sehari semalam yang disebutkan tadi), kecuali sembahyang sunat. la terpulang kepadamu, sama ada engkau hendak mengerjakannya ataupun tidak. Dan sama ada engkau hendak mengerjakannya sampai habis atau tidak. Orang-orang yang menganggap di dalam sabda Nabi s.a.w. di atas sebagai istitsnaa' muttashil pula mengatakan istitsnaa' muttashil itu adalah asal dalam bab istitsnaa'. Apabila dipakai istitsnaa' di sini sebagai istitsnaa' muttashil, maka ia akan bererti "Tidak ada sembahyang apa pun yang wajib atasmu (selain sembahyang lima waktu dalam sehari semalam yang disebutkan tadi), kecuali kalau engkau bersembahyang sunat, maka wajiblah atasmu menyempurnakannya." Ini kerana istitsnaa' muttashil selepas (ayat) nafi memberi erti itsbaat. Tidak ada siapa pun yang mengitsbaatkan sembahyang sunat itu sebagai wajib seperti sembahyang lima waktu dari asal Iagi. Dengan itu itsbaat wajib di sini memberi erti wajib disempurnakan setelah memulakannya. Sebelum engkau mengerjakannya memanglah ia hanya sunat. Tetapi apabila engkau sudah memulakannya, menjadi wajiblah atasmu menyempurnakannya. Maka tidak harus engkau membatalkannya dengan sewenang-wenang tanpa keuzuran. Keadaan orang yang telah memulakan bersembahyang sunat itu sama seperti seseorang yang bernazar untuk bersedekah. Sebelum ia bernazar, sedekah memanglah tidak wajib atasnya. Tetapi apabila ia telah bernazar untuk bersedekah, menjadi wajiblah atasnya bersedekah. Seolah-olahnya mereka mentaqdirkan sabda nabi tersebut begini:
لا يحب عليك شيء إِلَّا أَن تطوع فيجب عليك إتمامه
Bermaksud: Tidak ada sembahyang apa pun yang wajib
101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan