Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms102
Misykatul masabiih -syarah hadis-
kitab iman-sesi 20- 25 mei 14
Misykatul masabiih 102
atasmu (selain sembahyang lima waktu dalam sehari semalam yang disebutkan tadi), kalau engkau bersembahyang sunat, maka wajib atasmu menyernpurnakannya. Orang-orang yang mengatakan istitsnaa' di situ adalah munqathiț mengatakan, kalau jadi wajib, bagaimanapun caranya, ia tidak sunat lagi, malah wajib. Sedangkan Nabi saw sebelum telah menafikan sembahyang yang wajib selain sembahyang lima waktu
Hanafiyyah dan Maalikiyyah bersepakat tentang istitsnaa' di dalam sabda Nabi s.a.w. itu adalah muttashil, mereka bagaimanapun berbeda pendapat tentang adakah sembahyang sunat yang telah dimulakan, jika dibatalkan atau dihentikan sebelum menyelesaikannya, wajib diqadha, atau tidak? Golongan Hanafiyyah berpendapat, ia wajib diqadha' secara mutlaq, sama seseorang itu membatalkannya dengan sengaja atau kerana sesuatu keuzuran. Golongan Maalikiyyah pula berpendapat, tidak wajib diqadha' kecuali kalau seseorang membatalkannya dengan sengaja tanpa keuzuran. Selain itu kedua-dua golongan yang berbeda pendapat dalam masalah ini berpegang dengan beberapa dalil dan hujjah yang lain pula. Berikut dikemukakan terlebih dahulu dalil-dalil dan hujah-hujjah golongan Hanafiyyah dan Maalikiyyah. Antara lainnya ialah:
(1) Firman Allah s.w.t. di dalam ayat di bawah ini:
Muhammad 47:33
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓا۟ أَعْمَٰلَكُمْ
Bermaksuď. Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu.
(Muhammad: 33).
Kata mereka, ayat ini melarang kita membatalkan amalan-amalan yang telah kita mula mengerjakannya. Dan ia secara tidak langsung bererti sesuatu amalan itu walaupun sunat . Pada asalnya, namun setelah dikerjakan ia menjadi wajib. Kalau ia tidak wajib, kenapa Allah melarang kita membatalkannya?
(2) Aaisyah meriwayatkan, katanya:
كُنْتُ أَنَا وَحَفْصَةُ صَائِمَتَيْنِ فَعُرِضَ لَنَا طَعَامٌ اشْتَهَيْنَاهُ فَأَكَلْنَا مِنْهُ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَدَرَتْنِي إِلَيْهِ حَفْصَةُ وَكَانَتْ ابْنَةَ أَبِيهَا فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا صَائِمَتَيْنِ فَعُرِضَ لَنَا طَعَامٌ اشْتَهَيْنَاهُ فَأَكَلْنَا مِنْهُ قَالَ اقْضِيَا يَوْمًا آخَرَ
Bermaksud: ”Pernah saya dan Hafshah berpuasa. Țiba. tiba diberikan kepada kami makanan idaman kami. Lalu kami memakan sebahagian daripadanya. Setelah Nabi s.a.w. datang, Hafshah bersegera mengadukan hal kepada Baginda. Betul-betul dia anak ayahnya. Kata Hafshah: ”Wahai Rasulallah! Sebenarnya kami berpuasa tadi. Tiba-tiba diberikan kepada kami makanan idaman kami. Maka kami memakan sebahagian daripadanya." Kata Nabi s.a.w.: ”Kamu berdua hendaklah mengqadha' (menganti) puasamu itu pada hari yang lain.”
(Hadits riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaa'i, Ishaq bin Rahawaih, Abu Yaîla, Baihaqi dan lain-lain).
Kata mereka, puasa yang dibatalkan oleh 'Aaisyah dan Hafshah itu adalah puasa sunat. Namun begitu, Nabi s.a.w. menyuruh mereka berdua mengqadha'nya. Ini menunjukkan sesuatu amalan sunat itu apabila telah dimula, wajib disempurnakan. Dan kalau ia dibatalkan, maka wajiblah diqadha',
(3) Ibnu Syihaab
«683» حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَائِشَةَ وَحَفْصَةَ زَوْجَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْبَحَتَا صَائِمَتَيْنِ مُتَطَوِّعَتَيْنِ فَأُهْدِيَ لَهُمَا طَعَامٌ فَأَفْطَرَتَا عَلَيْهِ فَدَخَلَ عَلَيْهِمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقَالَتْ حَفْصَةُ وَبَدَرَتْنِي بِالْكَلاَمِ- وَكَانَتْ بِنْتَ أَبِيهَا- يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَصْبَحْتُ أَنَا وَعَائِشَةُ صَائِمَتَيْنِ مُتَطَوِّعَتَيْنِ فَأُهْدِيَ إِلَيْنَا طَعَامٌ فَأَفْطَرْنَا عَلَيْهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((اقْضِيَا مَكَانَهُ يَوْمًا آخَرَ)).
Sesungguhnya 'Aaisyah dan Hafshah dua orang isteri Nabi s.a.w. pernah berpagian dalam keadaan berpuasa sunat. mereka dihadiahkan makanan. Mereka pun berbuka dengan memakannya. Apabila Rasulullah s.a.w. pulang, kata 'Aaisyah: ”Hafshah mendahului saya betcerita tentang apa yang telah berlaku. Betul-betullah dia anak ayahnya. Katanya: ”Wahai Rasulallah! Sebenarnya pagi ini saya dan 'Aaisyah berpuasa sunat. Tiba-tiba kami dihadiahkan makanan. Maka kami berhenti berpuasa (membatalkan puasa) dengan memakan itu. (Mendengar Hafshah itu) Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kamu berdua (gantilah) puasa itu pada hari yang lain."
(Hadits riwayat Malik, Ahmad, Timizi, Abu Daud, dan îl,nu Hibbaan. hadits Yang dikemukakan ini adalah lafaz riwayat Malik)'
ini menunjukkan puasa yang oleh Aaisyah dan Hafshah itu adalah sunat. Namun begitu Rasulullah s.a.w. tetap menyuruh mereka mengqadha nya apabila mereka membatalkannya. Ini bahawa sesuatu amalan sunat itu menjadi wajib apabila dimulakan. Kalau tidak, kenapa s.a.w. menqadha'nya?
(4) AdDaraquthni dengan isnadnya meriwayatkan dari (Ummi Salamah )
عن أمِّ سلمةَ أنَّها صامَتْ يومًا تطوعًا فأفطرَتْ فأمرَهَا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أنْ تقضِيَ يومًا مكانَهُ
Bermaksud :
Sesungguhnya beliau Maka (Ummu Salamah)pernah berpuasa sunat .Kemudian membatalkanya. Maka Rasullah s.a.w
102
Tiada ulasan:
Catat Ulasan