Misykatul masabiih hadis 000-015
0-عن عمرَ بنِ الخطابِ رضي الله عنه قالَ:قالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ إنّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ مُتَّفَقٌ عَلَيه
Umar bin al-Khattaab³⁵ meriwayatkan , kata beliau :Rasullah saw bersabda: Segala amalan dikira hanya dengan niat . Sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang di niatnya sahaja. Sesiapa yang berhijrah untuk (mendapat)
dunia atau untuk berkahwin dengan seorang wanita , hijrah dikira untuk tujuan itu.³⁶ (Bukhari dan Muslim).
Misykatul masabiih hadis 1
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْجَطَابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلا يَعْرِفُهُ مِنًّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صَلَّى اللهُ عِلَيهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رَكْبَتَيْهِ إِلَى رُكَبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِى عَنِ الاسْلامُ فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَلاسْلَمُ أَنْ تَشْهَدُ أَنْ لا اله الا اللهُ وَاَنْ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَلاسْلَمُ
وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤتِيَ الزَّكَاة وَتصُومُ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْت إِنِ اسْتَطَعْتَ اِلَيْهِ سَبِيْلا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَالَهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الايِمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِا الله وَمَلائكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْدَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ الاحْسَانِ قَالَ اَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ قَالَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ السَّاعَةِ قَالَ مَا المُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَمَ مِنَ السَّائلِ قَالَ فَأخْبِرْنِى عَنِ أَمَارَتِهَا قَالَ أَنْ تَلِدَ الامَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاء الشَّاءِ يَتَطَاوَلوُنَ فِى الْبُنْيَا قَالَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيَّا ثُمَّ قَالَ لِى يَاعُمَرُا تَدْرِى مَنِ السَّائلُ قُلْتُ الله وَرَسُولُهُ اعلم قَالَ فَاِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يَعْلَمُكُمْ دِيْنَكُمْ
رَوَاهُ مُسْلِم وَرَوَاهُ أَبُو هُرِيرَة مِعَ اخْتِلَافٍ وَفِيهِ : " وَإِذَا رِأَيْتَ الْحُفَاةِ الْعُرَاة الصَّمَ الْبُكْمُ مُلُوكَ الأَرْضِ فِي خَمْسٍ لَا يِعْلِمُهُنْ إِلَّا الله . ثُمَّ قَرَأَ إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَة وَيُنَزِلُ الغَيْث الآية . مُتَفَقٌ عَلَيه
1-'Umar bin al-Khaththaab r.a. meriwayatkan, katanya: "Pernah pada suatu hari ketika kami sedang duduk di samping Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang³⁸ seorang lelaki dengan berpakaian amat putih dan berambut amat hitam.³⁹ Sedikitpun tidak terlihat padanya kesan-kesan (orang yang sedang dalam) perjalanan dan tiada seorangpun daripada kami yang mengenalinya.⁴⁰ Lalu ia duduk di hadapan Nabi dengan merapatkan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda s.a.w. dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya.⁴¹ Kemudian lelaki itu berkata: "Wahai Muhammad!" Beritahulah kepadaku tentang rukun Islam itu.⁴³ Jawab Nabi s.a.w :Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah,mendirikan sembahyang ,menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah, jika engkaü mampu pergi ke sana.⁴⁴ Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau! Kami berasa hairan, kerana dia yang bertanya, tapi dia pula yang membenarkannya.⁴⁵ Katanya lagi:Beritahulah kepadaku tentang iman.” Jawab Nabi: "Iman itü ialah engkau percaya kepada Allah,⁴⁶ para malaikatNya,⁴⁷ kitab-kitabNya,⁴⁸ para rasulNya,⁴⁹ hari kemudian⁵⁰ dan engkau percaya kepada taqdir (ketentuan Allah), baik atau buruknya”.⁵¹ Lelaki iłu berkata: "Benarlah engkau! Dia bertanya lagi: "Beritahulah pula kepadaku tentang Ihsan.⁵² "Jawab Nabi: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau nampak Dia. Sekalipun engkau tidak nampak Dia, (ingat!) Dia tetap nampak engkau.⁵³IeIaki itu seterusnya berkata: "Beritahulah kepadaku tentang hari kiamat.⁵⁴ Jawab Nabi 'Tidaklah orang yang ditanya lebih tahu daripada yang bertanya".⁵⁵ Kata lelaki itu (lagi)Kalau begitu beritahulah kepadaku tentang tanda-tandanya.
" Jawab Nabi s.a.w.: "Bila hamba wanita melahirkan tuannya ⁵⁶ dan bila kamu melihat orang-orang yang tidak
berkasut, tidak berpakaian, penggembala kambing berlomba-lomba dan saling berbangga-bangga dalam mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi".⁵⁷ Kemudian Ielaki itu pergi. Tiga hari selepas itu Rasulullah s.a.w. bertanya aku:⁵⁸ "Wahai 'Umar, (tahukah kamu siapakah lelaki itu? Jawabku: "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih tahu". Kata Nabi s.a,w.: "Itulah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan (asasasas) agama kamu".⁵⁹ (Hadits riwayat Muslim).⁶⁰ Abu Hurairah juga meriwayatkannya dengan sedikit perbezaan .Didalam riwayat itu tersebut: Bila kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut,tidak berpakaian,tuli dan bisu⁶¹ menjadi raja (pemerintah). Kiamat termasuk dalam salah satu daripada 5 perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah”. Kemudian Nabi membacakan ayat إِنَّ الله عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَseterusnya.⁶² (Bukhari-Muslim).⁶³
Misykatul masabiih hadis 2
٢- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
2- Ibnu 'Umar r.a.⁶⁴ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam dibina atas lima⁶⁵ perkara (rukun); iaitu (pertama) bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, (kedua) mendirikan sembahyang, (ketiga) memberi zakat, (keempat) mengerjakan haji dan (kelima) berpuasa dibulan Ramadan.⁶⁶ (Bukhari-Muslim)⁶
Misykatul masabiih hadis 003
٣- وعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالً رسول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ " الإيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا : قَوْلُ لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَأَدْنَاهَا : إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيْمَانِ " - متفق عليه
3- Abu Hurairah r.a.⁶⁸ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Iman mempunyai lebih daripada tujuh puluh cabang.⁶⁹ Yang paling istimewa dan utama
daripadanya ialah لَا إِلهَ إِلَّا الله(tiada tuhan melainkan Allah). Yang paling rendah dan mudah daripadanya (pula) ialah menghilangkan apa-apa yang mengganggu (orang ramai) daripada jalan (yang dilalui mereka).⁷⁰ (Sifat) Malu adalah (salah) satu cabang besar iman."⁷¹ (Bukhari-Muslim).
Misykatul masabiih hadis 004
٤-وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهّ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمِ " الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهِاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ " هذا لَفْظُ الْبُخَارِيِّ وَلِمُسْلِمٍ قَالَ : " إِنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَُى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيًدِهِ
4- Abdullah bin Amar r.a ⁷² meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Islam sebenar (Muslim sejati)⁷³ adalah orang yang orang-orang Islam (lain)⁷⁴ terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) lidah⁷⁵ dan tangannya,⁷⁶ Orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.”⁷⁷
lni adalah lafaz (hadits) Bukhari.⁷⁸ Menurut (riwayat) Muslim, Abdullah bin 'Amar meriwayatkan, katanya: "Sesungguhnya pernah ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah orang Islam yang terbaik?" Jawab Nabi s.a.w.: "Orang yang orang-orang Islam (lain) terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) tangan dan Iidahnya." ⁷⁹
Misykatul masabiih hadis 005
٥-وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونِ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ - متفق عليه
5- Anas r.a.⁸⁰ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak beriman seseorang daripada kamu⁸¹ selagi aku tidak lebih dicintainya daripada ayah dan anaknya ⁸² dan manusia sekaliannya."⁸³ (Bukhari-Muslim)⁸⁴
Misykatul masabiih hadis 006
٦-وعَنْه أنس رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ " ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بهن حَلَاوَةَ الإِيمَانِ : مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمِا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لِا يُحِبُّهُ إِلَّا ِللِه عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذَ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ " متفق عليه
6- Anas juga meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tiga perkara, jika ada pada seseorang, tentu ia akan merasai kemanisan iman.⁸⁵ Pertama: Orang yang
menyintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaannya kepada selain keduanya.⁸⁶ Kedua:Orang yang menyintai seseorang semata-mata karena Allah.⁸⁷ Dan ketiga: Orang yang tidak suka kembali⁸⁸ kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah⁸⁹ sebagaimana ia tidak suka dilemparkan kedalam api (Bukhari-Muslim)⁹⁰
Misykatul masabiih hadis 007
٧- وَعَنْ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ذَاقَ طَعْمَ الْإِيمَانِ مَنْ رَضًيَ بِاللهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلْامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولَا " . رواه مسلم
7. Al-'Abbaas bin Abdil Mutthalib⁹¹ meriwayatkan, bahawa sesungguhnya beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Pasti akan merasai kemanisan iman orang yang benar-benar rela (puas hati) Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai rasulnya.⁹² (Muslim).⁹³
Misykatul masabiih hadis 008
٨-وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عًنْ رَسُولِ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمَ : " وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلَا نَصْرَانِيٌّ ثُمًّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ " . رواه مسلم
8- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya. Tiada seorangpun dari umat ini⁹⁴ yang mati dlm keadaan tidak percaya kepada kerasulanku, baik ia Yahudi ataupun Nasrani, melainkan ia pasti menjadi ahli neraka."⁹⁵ (Muslim).⁹⁶
Misykatul masabiih hadis 009
٩-وَعَنْ أَبِي مُوْسَى الأَشْعَرِيرَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثَةٌ لَهُمْ أِجْرَانِ : رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ يَطَؤُهَا فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنً تَعْلِيمَهَا ثُمًّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهَ أَجْرَانِ- متفق عليه
9- Abu Musa al-Asy'ari r.a.⁹⁷ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:'Tiga macam orang mendapat dua (kali ganda) pahala. (Pertama) Seseorang daripada Ahli Kitab percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad d s.a.w.⁹⁸ (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan
Ahlil kitab yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad saw ⁹⁸. (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan baik). (Ketiga) Seseorang yang memiliki hamba wanita yang dapat (halal) disetubuhinya." Dia mendidik dan mengajarkan (ilmu pengetahuan kepada) hamba wanita itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian setelah memerdekakannya, dia mengahwininya.¹⁰⁰ Orang ini (juga) mendapat dua (kali ganda) pahala." (Bukhari Muslim). ¹⁰¹
Misykatul masabiih hadis 010
١٠-وَعَنْ ابْنْ عُمَرَ أَنَُ رَسُولَ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوِالَهُمْ إِلَّا بِحَق الإسلام وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ--متفق عليه. إلا أن مسلما لم يذكر " إلا بحقِّ الإِسْلامِ
10. Ibnu 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diiperintah supaya memerangi manusia¹⁰² sehingga mereka bersaksi bahawa sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad iłu adalah utusan Allah,¹⁰³ mendirikan sembahyang¹⁰⁴ dan memberikan zakat. Apabila mereka melakukan semua yang tersebut itu, bererti terpeliharalah darah dan harta benda mereka¹⁰⁵ daripadaku kecuali dengan hak Islam. Soal hati mereka, itu terserah kepada Allah.
(Bukhari-Muslim).¹⁰⁶ Tetapi Muslim tidak ada menyebutkan "kecuali dengan hak Islam".
Misykatul masabiih hadis 011
١١-وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا فَذَلِكَ الْمُسْلِمُ الَّذِي لَهُ ذِمَّةُ اللهِ وَذِمَّةُ رَسُولِهِ فَلَا تُخْفِرُوا اللهَ فِي ذِمَّتِهِ " . رواه البخاري
11- Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersembahyang seperti kita,¹⁰⁷ menghadap ke arah qiblat kita (ketika bersembahyang dll)¹⁰⁸ dan memakan sembelihan kita,¹⁰⁹ itulah dia muslim (orang Islam) yang mendapat jaminan perlindungan (daripada) Allah dan RasulNya.¹¹⁰ Oleh itu, janganlah
kamu mencerobohi orang yang dijamin Allah (berada) dalam perlindunganNya.¹¹¹ (Bukhari)¹¹²
Misykatul masabiih hadis 012.
١٢-وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَاأَزِيدُ عَلَى هَذَا فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا -متفق عليه
12. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya: "Ada seorang Arab dusun¹¹³ kepada Nabi s.a.w., lain dia berkata: "Tunjukkan (beritahulah) kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan, aku dapat masuk syurga." Jawab Nabi s.a.w.: "Engkau menyembah Allah¹¹⁴ dan tidak menyengutukanNya dengan apapun,¹¹⁵ mendirikan shalat ferdu ,menunaikan zakat yang diferdukan dan berpuasa dibulan Ramadhan ¹¹⁶ . Kata orang Arab dusun itu " Demi Tuhan dan yang jiwaku berada ditanganNya aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya ¹¹⁷ Apabila orang itu pergi Nabi s.a.w. bersabda: ”Siapa yang ingin melihat penghuni syurga lihatlah orang ini.¹¹⁸ (Bukhari-Muslim).
Misykatul masabiih hadis 013
١٣-وَعَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ، وَفِي رِوَايَةٍ: غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ-رواه مسلم
13- Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi¹¹⁹ meriwayatkan, katanya: "(Pernah aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.): 'Wahai Rasulallah, ajarkan kepadaku suatu perkara dalam Islam ¹²⁰ yang tidak perlu aku tanyakan lagi pada orang lain sepeninggalanmu." Di dalam satu riwayat lain,selain mu.¹²¹ Kata Rasullah saw "Katakanlah, aku beriman kepada Allah ¹²² dan kemudian berpegang teguhlah dengan ajarannya ¹²³ (Muslim)
Misykatul masabiih hadis 014.
١٤-وَعَنْ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ نَسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلَا نَفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا
مِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصِيَامُ رَمَضَانَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ وَاللَّهِ لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلَا أَنْقُصُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ الجل إِنْ صَدَقَ-متفق عليه
14- Thalhah bin Ubaidillah r.a¹²⁵ meriwayatkan, katanya: "Pernah ada seorang lelaki¹²⁶ dari kalangan penduduk Najd datang kepada rasulullah s.a.w. dengan rambut yang tidak terurus. Gema suaranya kami dengar, tetapi kami tidak dapat menangkap (memahami) apa yang diucapkannya. Sehinggalah dia menghampiri Rasulullah s.a.w, Rupa-rupanya dia bertanya tentang (ajaran) Islam (yang mesti dilaksanakan). Kata Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang lima waktu dalam sehari semalam". Tanya lelaki itu: "Adakah sembahyang lain yang wajib ke atas saya?" Jawab Nabi s.a.w.: "Tidak ada, kecuali sembahyang sunat"¹²⁷ Nabi s.a.w. terus bersabda: "Berpuasa (di bulan)Ramadhan", Țanya lelaki itu: ”Adakah puasa Iain yang wajib atas saya?” Jawab Nabi:Tidak ada, kecuali puasa sunat", Nabi s.a.w, menyebutkan juga kepadanya tentang (kewajipan membayar) zakat. Tanya lelaki itu: "Adakah saya perlu membayar apa-apa lagi selain zakat itu?” Jawab Nabi: Tidak, kecuali dalam bentuk sedekah-sedekah yang sunat". Kata perawi: Lelaki itu pergi sambil berkata: ”Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya”. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.: 'Beruntunglah Ielaki itu kalau dia menepati apa yang diucapkannya.” (Bukhari, Muslim).
Misykatul masabiih hadis 015.
15.Erti beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
١٥-وعن ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قال إِنَّ وَفْدَ عَبْدِ الْقَيْسِ لَمَّا أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
مَنْ الْقَوْمُ؟ أَوْ مَنْ الْوَفْدُ؟ قَالُوا رَبِيعَةُ .قَالَ: مَرْحَبًا بِالْقَوْمِ أَوْ: بِالْوَفْدِ غَيْرَ خَزَايَا وَلَا نَدَامَى قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَا نَسْتَطِيعُ أَنْ نَأْتِيكَ إِلَّا فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ وَبَيْنَنَا وَبَيْنَكَ هَذَا الْحَيُّ مِنْ كُفَّارِ مُضَرَ فَمُرْنَا بِأَمْرٍ فَصْلٍ نُخْبِرْ بِهِ مَنْ وَرَاءَنَا وَنَدْخُلْ بِهِ الْجَنَّةَ وَسَأَلُوهُ عَنْ الْأَشْرِبَةِ فَأَمَرَهُمْ بِأَرْبَعٍ وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ أَمَرَهُمْ بِالْإِيمَانِ بِاللَّهِ وَحْدَهُ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْإِيمَانُ بِاللَّهِ وَحْدَهُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَصِيَامُ رَمَضَانَ وَأَنْ تُعْطُوا مِنْ الْمَغْنَمِ الْخُمُسَ وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ عَنْ الْحَنْتَمِ وَالدُّبَّاءِ وَالنَّقِيرِ وَالْمُزَفَّتِ وَقَالَ احْفَظُوهُنَّ وَأَخْبِرُوا بِهِنَّ مَنْ وَرَاءَكُمْ
Dan dari Ibnu Abbas ra, telah berkata: Ketika utusan Abu Qais datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Beliau bertanya kepada mereka: "Kaum manakah ini atau utusan siapakah ini? Mereka menjawab: "Rabi'ah!" Beliau shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "selamat datang wahai para utusan dengan sukarela dan tanpa menyesal". para utusan itu berkata: "ya Rasulullah, kami tidak dapat mendatangimu kecuali di bulan suci, karena antara kami dan engkau ada suku Mudlor yang kafir. Oleh karena itu ajarkanlah kami dengan satu pelajaran yang jelas yang dapat kami amalkan dan dapat kami ajarkan kepada orang-orang di kampung kami, yang dengan begitu kami dapat masuk surga." kemudian mereka bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang minuman, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan mereka dengan empat hal dan melarang dari empat hal, memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah satu-satunya, kemudian bertanya: "Tahukah kalian apa arti beriman kepada Allah satu-satunya?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan: Persaksian tidak ada ilah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadlan dan mengeluarkan seperlima dari harta rampasan perang". Dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang mereka dari empat perkara, yaitu janganlah kalian meminum sesuatu dari al hantam, ad Dubbaa`, an naqir dan al Muzaffaat. Atau Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menyebut muqoyyir (bukan naqir). Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "jagalah semuanya dan beritahukanlah kepada orang-orang di
kampung kalian".
8.Kepercayaan kerasulan adalah syarat keselamatan
9.Orang yang mendapat pahala dua kali ganda
10.Perintah memerangi kafir harbi
11.Siapakah muslim(orang Islam)
12.Amalan-Amalan Yang Membawa Seseorang Ke Syurga.
13.Iman Yang Sempurna
14.Antara Ajaran Islam Yang Mesti Dilaksanakan.
15.Erti beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan