Misykatul masabiih hadis 004syarahan
٤-وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهّ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمِ " الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهِاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ " هذا لَفْظُ الْبُخَارِيِّ وَلِمُسْلِمٍ قَالَ : " إِنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَُى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيًدِهِ
4- Abdullah bin Amar r.a ⁷² meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Islam sebenar (Muslim sejati)⁷³ adalah orang yang orang-orang Islam (lain)⁷⁴ terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) lidah⁷⁵ dan tangannya,⁷⁶ Orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.”⁷⁷
lni adalah lafaz (hadits) Bukhari.⁷⁸ Menurut (riwayat) Muslim, Abdullah bin 'Amar meriwayatkan, katanya: "Sesungguhnya pernah ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah orang Islam yang terbaik?" Jawab Nabi s.a.w.: "Orang yang orang-orang Islam (lain) terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) tangan dan Iidahnya." ⁷⁹
__________________________________________________________
⁷² nama dan salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut: Abdullah bin Amar bin al-Aash bin Waail bin Hasyim bin Suaid bin Sahm as-Sahmi al-Qurasyi. Kuniah (nama panggilan) beliau ialah Abu Muhammad, Abu 'Abdir Rahman dan Abu Nushair. Ibu beliau bernama Raithah binti Munabbih bin al-Hajjaaj bin Aamir bin Huzaifah bin Su'aid bin Sahm. Abdullah bin Amar bin al-Aash merupakan salah seorang empat 'Abdul yang mashur di kalangan sahabat kerana kelebihan dan kehebatan mereka. Selain terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat alim, zahid, abid, muhajir dan sukakan kedamaian, beliau juga dikenali sebagai seorang mujahid (pejuang). Beliau adalah salah seorang sahabat agung Rasulullah s.a-w. yang diketahui banyak meriwayatkan hadits-hadits Baginda. Inilah salah seorang sahabat meminta izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk menulis dan mencatat hedits-hadits Baginda. Dan akhirnya beliau berjaya menghasilkan sebuah kitab (himpunan) hadits yang dipanggil الصحيقة الصادقة . Kitab ini ditulisnya ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup Iagi. Abu Hurairah pernah
مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِبِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيثًا عَنْهُ إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْرِو فَإِنَّه كَانَ يَكْتُبَ وَلَا أَكْتُبُ
Bermaksud: Tidak ada seorang pun dari sahabat Nabi s.a.w. yang lebih banyak meriwayatkan hadits Baginda s.a.w. daripada saya kecuali 'Abdullah bin 'Amar. Kerana dia menulis, saya pula tidak.
(Atsar riwayat Bukhari, Tirmizi, Daarimi, Ibnu Hibbaan, Ahmad dan at-Thahaawi).
Menurut sesetengah ulama', semua riwayat 'Abdullah bin Amar bin al-'Aash yang sampai kepada kita hanyalah sebanyak tujuh-ratus hadits. Tujuh belas daripadanya oleh Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka masing-masing. Lapan hadits daripadanya hanya diriwayatkan oleh Bukhari dan dúa puluh hadits daripadanya pula hanya diriwayatkan oleh Muslim. Berhubung dengan kenapakah Hadits-hadits yang diriwayatkan daripada beliau jauh lebih sedikit berbanding hadits-hadits yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a, padahal Abu Hurairah sendiri mengakui banyak hadits diterimanya daripada Rasulullah s.a.w. Kalau tidak lebih banyak daripada Abu Hurairah pun, mungkin lebih kurang banyak dengan Abu Hurairah. Berikut adalah antara sebabnya:
(1) Abdullah bin Amar bin al-Aash terkenal sebagai salah seorang sahabat yang sangat kuat beribadat (ahli ibadat). Beliau tidak banyak- terlibat dalam bidang periwayatan dan pengajaran.
(2) Setelah jatuhnya empayar Rom dan Farsi, 'Abdullah bin 'Amar bin al Aash menetap di Mesir. Sebahagian hidup beliau dihabiskan di Syam dan di Tha'if. Perhatian para pelajar dan penuntut ilmu agama pada masa itu tidak tertumpu sangat ke situ. Berbeza dengan Madinah, kerana ia merupakan pusat ilmu Islam dan tempat berhimpunnya sekian ramai sahabat. Abu Hurairah menetap di Madinah dalam keadaan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada meriwayatkan hadits, mengajar dan memberi fatwa kepada masyarakat umum. Ini juga antara sebab utama kenapa riwayat Abu Hurairah lebih banyak tersebar berbanding riwayat 'Abdullah bin 'Amar bin aVAash r.a.
(3) Sebelum ini telah pun disebutkan bahawa Abu Hurairah r.a. pernah mendapat doa khusus Rasulullah s.a.w. nenyebabkan beliau tidak lupa apa saja yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Ini juga antara faktor kenapa Abu Hurairah lebih yakin dalam menyampaikan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. berbanding para sahabat yang lain.
(4) 'Abdullah bin Amar bin al-'Aash adalah seorang ahli ilmu yang bukan sahaja mengkaji al-(Qur'an dan al-hadits, beliau juga banyak mengkaji kitab-kitab yang tersebar di kalangan Ahli al-Kitab. Cerita beliau kadang-kadang bercampur-baur dengan cerita yang berpunca daripada kitab-kitab Ahli al-Kitab itu. Kerananya sesetengah tokoh tabi in tidak mahu mengambil riwayat beliau atau mereka lebih berhati-hati terhadap riwayat-riwayatnya,
(5) Pada asalnya 'Abdullah bin 'Amar bin al-Aas termasuk salah seorang sahabat yang bercadang hendak melakukan ibadat sepanjang masa. Antara ibadat yang hendak dilakukannya ialah berpuasa tiap-tiap hari, mengkhatam al-Qur'an tiap-tiap hari, beribadat sepanjang malam dan mengkhasi diri supaya tidak Iagi mempunyai nafsu yang mungkin mcnjadi penghalang kepadanya beribadat. Setelah dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w., amalan ibadat yang terus dilakukan oleh 'Abdullah bin 'Amar bin al-'Aash sampai ke akhir hayatnya dengan izin Rasulullah s.a.w. ialah:
(a) Berpuasa selang sehari.
(b) Mengkhatam al-Qur'an setiap minggu.
(c) Bersembahyang malam dengan membaca satu hizib daripada al-Qur'an setiap malam, Tentu sekali orang yang beriltizam dengan amalan-amalan seperti itu di samping menjaga dan melaksanakan pula tanggungiawab- tanggungjawab lain sebagai seorang Islam yang ta'at, tidak akan mempunyai masa Iagi untuk mengajar dan meriwayatkan hadits, 'Abdullah bin Amar bin al-Aash mendahului ayahnya dalam memeluk agama Islam. Ibunya juga telah memeluk agama Islam. Perbezaan umur beliau dengan ayahnya 'Amar, dikatakan hanya dua belas tahun sahaja. Berdasarkan satu riwayat yang dikemukakan oleh Imam az-Zahabi di dalam Tazkiratu al-Huffaaz, 'Abdullah bin 'Amar bin al-'Aash meninggal dunia di Mesir pada tahun.
⁷³ Perkataan المسلم di dalam hadits ini boleh diterjemahkan dengan dua terjemahan.
(1) Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan ال (alif laam) pada perkataan dipakai sebagai alif laam hakikat. Menurut ابن جني (Ibnu Ginni ialah 'Utsman bin Ginni, Abu al-Fath al-MaushiIi m,392H), orang-orang 'Arab kalau hendak memuji dan menyatakan kelebihan dan kesempurnaan sesuatu akan menggunakan perkataan isim jenis yang diawali dengan ال seperti untuk البيت atau بيت الله atau Ka'bah dan الكتتب untuk kitab Nahu yang dikarang Sibawaih. Qaedah ilmu Balaghah yang diguna pakai di sini ialah تنزيل الناقص منزلة تلعدم (mengira sesuatu yang kurang itu sebagai tiada saja).
(2) Jika ال pada perkataan المسلم dipakai sebagai alif laam jenis dan diambil kira pula mubtada' dan khabar kedua -duanya di dalam ayat ini adalah ma'rifah, semestinya ia memberi ma'na hashar (khusus dan terhad). Maka terjemahannya harus juga di buat begini: Muslim (orang Islam) hanyalah (nama dan gelaran yang layak untuk) orang yang orang-orang Islam lain terpelihara daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Orang yang menyakiti orang-orang lain dengan lidah atau tangannya tidak layak sama sekali dengan nama dan gelaran itu. la sebaliknya layak dipanggil pengkhianat, penjahat dan sebagainya, Dan orang yang tidak bersifat begitu bukan muslim, hanya yang bersifat begitu saja orang Islam. Seperti perkataan 'alim dikatakan kepada orang yang mempunyai ('ilmu) iaitu orang yang ada padanya ma'khaz isytiqaqnya (punca perkataan 'alim itu sendiri). Begitulah juga dengan perkataan muslim, ia hanya dikalakan kepada orang yang mempunyai atau (keselamatan, kesejahteraan, kedamaian dan ketundukan kepada Allah). Itulah ma'khaz isytiqaq (punca) bagi perkataan muslim itu sendiri. Kemusykilan mungkin timbul disini bahawa adakah dengan ada sifat selamat dan terpelihara orang-orang Islam lain daripada kejahatan lidah dan tangan seseorang itu semata-mata akan menjadikan seseorang sebagai muslim sebenar dan sejati, walaupun ia langsung tidak mempunyai sifat-sifat lain dan tidak mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang lain? Jawapan kepada kemusykilan ini ada dua. Pertama: Tentu sekali tidak begitu, malah yang dimaksudkan ialah orang Islam sebenar adalah orang yang mempunyai sifat tersebut di samping ia juga menjunjung titah perintah Allah dan rasulNya yang lain-lain Iagi. Kedua: hadits ini bermaksud menyatakan bahawa sifat yang tersebut itu semestinya ada pada muslim (orang Islam). Kerana itulah ma'na sebenar yang terkandung dalam perkataan muslim. la sama sekali tidak bermaksud menafikan kewujudan sifat-sifat baik lain yang mesti juga ada padanya,
⁷⁴ Kenapa pula perkataan المسلمون(orang-orang Islam) yang digunakan di sini, Apakah yang perlu selamat dan terpelihara daripada gangguan dan kejahatan seorang muslim itu hanya orang-orang Islam sahaja? Ada dua jawapannya:
(1) Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadits ini hanya golongan yang biasa dan Iebih banyak bergaul dengan seseorang muslim, sudah tentulah mereka
orang-orang Islam juga.
(2) Mungkin juga kerana orang-orang Islam itu bersaudara sesama mereka. Kalau anda sebagai seorang muslim dapat melakukan kejahatan kepada sesama Islam, tentulah kepada orang-orang Iain lebih-lebih lagi. Jadi maksud hadits ini ialah mendidik jiwa umat Islam supaya tidak melakukan kejahatan kepada sesiapa jua. Bermula daripada sesama saudara hingga kepada orang-orang asing. 'Abdullah bin Amar bin al-'Aash sendiri dalam riwayatnya yang Iain menyebutkan perkataan (semua manusia) di tempat perkataan (orang-orang Islam Iain) itu. (Lihat misalnya riwayat beliau yang dikemukakan Oleh Ahmad di dalam Musnadnya, Baihaqi di dalam Syu'ab al-lmannya, Thabaraani di dalam Mu'jam Ausathnya dan Abu Nusaim di dalam al-Mustakhrajnya. Lihat juga syawaahidnya daripada riwayat Abi Hurairah, Anas, Fadhaalah bin Ubaid, Abi Zarr dan Iain-lain di dalam Musnad Ahmad, Sunan Nasaa'i, Sahih Ibnu Hibbaan, Mu'jam Kabir Thabaraani dan Iain-lain). Kalau begitu yang harus terpelihara daripada gangguan dan kejahatan seseorang muslim bukan lagi khusus dengan orang-orang Islam. Yang harus terpelihara daripada kejahatan seseorang muslim itu bukan terhenti setakat manusia sahaja, malah binatang-binatang juga. Justeru ada ancaman di dalam sekian banyak hadits Rasulullah s.a.w. kerana menyiksa binatang sekalipun. Antara Iainnya ialah hadits berikut ini:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ قَالَ فَقَالَ وَاللَّهُ أَعْلَمُ لَا أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلَا سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا وَلَا أَنْتِ أَرْسَلْتِهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
Bermaksud: Abdullah bin 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Seorang., perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sampai mati kelaparan. Perempuan itu masuk neraka kerananya. Baginda s.a.w. bercerita seterusnya: Kata Allah kepadanya, padahal Allah amat mengetahui tentangnya: "Ketika engkau mengurung kucing itu, tidak engkau memberi makan dan minum kepadanya dan tidak juga engkau melepaskannya supaya ia dapat mencari makanan sendiri berupa binatang-binatang yang melata di bumi.”
(Hadits riwayat Malik, Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu Hibbaan).
Pelaksanaan hukum pidana Islam seperti húdud dan Iain-lain, mendisiplinkan kanak-kanak dan pesalah sivil tidak bercanggah dengan hadits ini. Lantaran semua yang tersebut itu tidak termasuk dalam (mengganggu, menyakiti, menccroboh atau melakukan kejahatan) terhadap mereka, malah sebaliknya ia merupakan langkah-langkah islah dan pemulihan moral mereka.
⁷⁵ Termasuk dalam kejahatan lidah dan gangguannya ialah menyumpah, menyeranah, memaki, mela'nat, mengumpat, memfitnah, mengacum, mengadu domba, memperli, mencemuh, mencela, mengeji, menghina, menjampi, menyihir, mencarut, mengejek dengan menjelir lidah dan sebagainya. Sebabnya Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara khusus lidah dan tangan di dalam hadits ini ialah kerana kebanyakan kejahatan dan gangguan dilakukan dengannya. Tentu sekali Baginda s.a.w. menyebutkan dua anggota itu sebagai contoh paling ketara semata-mata dalam seseorang melakukan kejahatan dan gangguan terhadap orang Iain. la sama sekali tidak menafikan gangguan-gangguan yang mungkin dilakukan oleh anggota-anggota kita yang Iain. Sebabnya lidah disebut dahulu oleh Rasulullah s.a.w. daripada tangan ialah kerana melakukan kejahatan dengan lidah itu lebih mudah berbanding dengan tangan. Anda boleh menyakiti orang yang berada dekat atau jauh dari anda dengan lidah. Anda juga dapat mengatai orang yang masih hidup dan orang yang telah mati. Kejahatan lidah ini juga lebih banyak berlaku dalam masyarakat. Berlakunya pula bukan sahaja di kalangan orang-orang biasa, malah di kalangan orang-orang yang berkedudukan dan ternama juga, Kadang-kadang kesan ucapan dan kata-kata itu lebih mendalam dan menusuk jiwa. Kerana itulah Nabi s.a. w. bersabda:
اُهْجُوا قريشا فإنه أشدُّ عليهم من رَشْقِ النَّبْلِ
Bermaksud: ”Ejeklah orang-orang (kafir) Quraisy dengan menggunakan sya'ir. la lebih dahsyat kepada mereka daripada (terkena) panahan anak panah.”
(Hadits riwayat Muslim, Thabaraani dan Baihaqi). Kerana itulah juga seorang penya'ir berkata:
جِراحات السِّفَام لَها التِنامٌ ◇ ولا يَلْتِامُ
Rangkai kata مَا جَرَحَ اللِّسانُ Bermaksud :Luka kerana terkena mata lembing yang tajam dapat berpaut.Tetapi luka terkena (tikaman)lidah tidak akan dapat bertaut.
⁷⁶ Termasuk dalam kejahatan tangan dan gangguan pula ialah memukul, menampar, menumbuk, membunuh, menolak dengan keras, meroboh, mencuri, merampas, menulis melukis perkara-perkara yang karut-marut dan sebagainya. Jelas sekali bahawa manusia tidak melakukan segala pekerjaannya dengan tangan. Kenapa Rasulullah s.a.w. menyebutkannya secara khusus? Jawabnya ialah kerana kebanyakan pekerjaan manusia itu dilakukan dengan tangan. Boleh dikatakan tanganlah yang paling banyak memenuhi kehendak dan hajat manusia. Memberi, mengambil, menghulur, menyambung, mengerat, merasa, menjamah, meraba, mencuit, melambai, mcngisyarat, makan, minum dan sebagainya, pada umumnya dilakukan manusia dengan tangannya. Kata Zamakhsyari, kerana kebanyakan pekerjaan manusia itu dilakukan dengan tanganlah dipinjam perkataan tangan untuk menyatakan segala perbuatan dan usaha yang dilakukan oleh manusia melalui angota-anggota Iain sekalipun. Kata orang Arab:
Maksudnya: Ini adalah antara perkara yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka. Padahal perkara itu tidaklah dilakukan dengan tangan. Allah s.w.t. juga telah menggunakan perkataan tangan untuk menyatakan segala usaha yang dilakukan oleh manusia, meskipun ia dilakukan dengan anggota-anggota yang Iain selain tangan. Lihat misalnya firman Allah di bawah
Ar-Rum 30:41
ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Bermaksud: Telah nyata kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (nyatanya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Ruum:41).
Tentu sekalilah perbuatan buruk yang mereka lakukan itu tidak terhad dengan tangan semata-mata, tetapi Allah tetap menggunakan perkataan tangan sebagai isyarat kepada kebanyakan perbuatan manusia itu dilakukan mereka dengan tangan pada kebiasaannya خرج مخرج الغالب
⁷⁷ Jl (Alif laam) pada perkataan sama juga dengan yang terdapat pada perkataan sebelum ini. Hijrah itu terbahagi-kepada dua bahagian.
Pertama: Hijrah zahir.
Kedua: Hijrah batin atau hakikat hijrah.
Hijrah Zahir ialah melarikan diri dari tempat yang seseorang tidak bebas mengamalkan ajaran-ajaran agama dan diganggu gugat serta terancam pula kerananya. Hijrah batin pula ialah meninggalkan apa-apa yang didorong oleh nafsu dan syaitan. Hadits di atas menggambarkan hakikat hijrah iaitu meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah. Tujuan Nabi s.a.w. bersabda begini ialah empat perkara berikut:
(1) Mengingatkan para sahabat yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah agar mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada perpindahan dari Mekah ke Madinah itu semata-mata dan berpuas hati dengannya, walaupun jelas sekali kelebihannya berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadits-hadits Baginda s.a.w. Apa yang dituntut daripada mereka seterusnya selepas berhijrah Zahir itu ialah hijrah batin yang menghendaki seseorang menjunjung segala titah perintah Allah serta meninggalkan segala laranoanNya.
(2) Oleh kerana al-Qur'an dan hadits-hadits banyak sangat menyatakan kelebihan berhijrah, mungkin juga ia menimbulkan semacam kebanggaan dan gah di dalam hati para sahabat muhajirin. Maka sabda Rasulullah s.a.w. ini bertindak sebagai tazkiyah dan peringatan untuk mereka. Maksudnya ialah mereka tidak seharusnya berbangga dan bermegah-megah dengan anggapan amalan hijrah itu sahaja sudah lebih dari cukup untuk mereka. Justeru para sahabat muhajirin itu tetap dikehendaki melaksanakan tuntutan asal hijrah itu sendiri.
(3) Sabda Baginda s.a.w. ini juga bermaksud menghiburkan hati umatnya yang tidak diberikan kesempatan berhijrah. Mereka mungkin orang-orang yang hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. atau yang mendatang hingga ke hari kiamat Ia benar-benar merupakan penawar kepada umat akhir zaman lantaran mereka juga masih tetap mendapat kelebihan dan keistimewaan berhijrah itu dengan semata-mata menjauhi segala larangan Allah.
(4) Oleh kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda selepas pembukaan Mekah:
لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ
Bermaksud: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Mekah."
(Hadits riwayat Bukhari daripada Ibnu 'Umar). Mungkin terlintas di benak seseorang bahawa:
(a) Selepas pembukaan Mekah sama sekali tidak akan ada lagi sebarang perpindahan kerana ugama.
Jawabnya ialah keperluan berhijrah dari Mekah dan lain-lain tempat yang telah termasuk di bawah wilayah kekuasaan Islam itu sahaja yang tidak ada.
Kerana di mana-mana pun masyarakat Islam sudah dapat mengamalkan ajaran Islam dengan bebas. la tidak menolak kemungkinan di mana akan berlaku kembali suasana yang mendorong umat Islam berhijrah demi menjaga kebebasan berugamanya di lain-lain tempat di dunia ini pada masa-masa akan datang.
(b) Apabila hijrah tiada lagi, maka peluang untuk mendapat pahala dan kelebihan hijrah juga akan tiada. Sabda Baginda s.a.w. di atas menjawab kemusykilan ini; Bahawa peluang untuk mendapat pahala dan kelebihannya tetap ada. Apabila seseorang menjauhi larangan Allah, ia akan mendapat jenis pahala dan kelebihan yang pernah diperolehi para muhajirin yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah dahulu. Meskipun sifat pahala dan kelebihannya tidaklah seratus peratus sama, namun ia dari jenis dan bentuk yang sama.
Hadits riwayat 'Abdullah bin 'Amar bin al-'Aash di atas apabila dianalisa, dapat di bahagikan kepada dua bahagian besar.
Pertamanya:المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ
Orang Islam sebenar (muslim sejati) adalah orang yang orang-orang Islam (lain) terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) Iidah dan tangannya).
Keduanya: وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ
(Orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah).
Inti sari bahagian pertamanya ialah muslim bukan sekadar nama gelaran untuk orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan mengamalkan beberapa tatacara dalam upacara keagamaan semata-mata. la malah merupakan gelaran untuk orang yang memenuhi segala tuntutan agama Islam di sepanjang hayatnya. Muslim adalah seorang hamba Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya kerana memiliki kepercayaan dan cara hidup beragama yang sempurna. Kalau di satu pihak mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, di pihak yang lain pula ia mempunyai hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang dengan manusia di sekelilingnya. la seorang yang tenang, damai, berakhlaq mulia, amanah, bertoleransi, bertimbang rasa, berfikiran luhur, mahukan kesejahteraan semua orang, bermaruah, mempunyai perjuangan dan matlamat hidup yang jelas serta tidak ditakuti dan dibimbangi sesiapa pun. Orang-orang Islam khususnya dan manusia keseluruhannya bukan sahaja terpelihara daripada kejahatan dan gangguannya, mereka malah menaruh kepercayaan penuh kepadanya terhadap nyawa, harta benda dan kehormatan mereka. la juga dipercayai sebagai seorang pejuang kebenaran dan penegak keadilan. Inti sari bahagian keduanya pula ialah ia memberikan huraian yang ringkas dan tepat untuk erti perkataan مهاجر. Sedia dima'lumi bahawa orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan rumah tangga dan tanah airnya lalu menetap di negeri asing yang bukan merupakan tanah tumpah darahnya kerana Islam. Islam memang memandang tinggi terhadap pengorbanan seorang muhajir. Menurut Islam orang yang berhijrah kerana Islam itu selayaknya menerima ganjaran yang istimewa berupa syurga dan redha Allah yang berkekalan. Tetapi hadits ini memperkenalkan satu lagi bentuk hijrah yang berkait rapat dengan kehidupan setiap orang muslim di sepanjang zaman. Itulah dia hakikat hijrah yang dituntut setiap muslim mengamalkannya. Menjauhi segala perkara yang dilarang Allah kita melakukannya.
⁷⁸ Abu Daud, Nasaa'i, Ahmad dan Ibnu Ilibbaan juga turut meriwayatkan dengan lafaz yang sama seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari ini.
⁷⁹ Rasulullah s.a.w. sering kali memberi jawapan yang berbeza-beza kepada soalan yang sama atau hampir sama. Kenapakan berlaku begitu? Antara contohnya ialah:
(1) 'Abdullah bin 'Amar bin al-Aash r.a. sendiri misalnya dalam satu riwayat yang Iain bercerita:
ِأَنَّ رَجُلًا سَاَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيه وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Bermaksud Bahawa seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w. Apakah (ajaran/amalan) Islam yang paling baik?"
Jawab Nabi saw.: "Engkau memberi makan (kepada yang memerlukan) dan memberi salam kepada yang engkau kenali dan tidak engkau kenali.
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu
Daud, Nasaa'i, Ibnu Ilibbaan, Ibnu Majah dan Baihaqi di dalam syu'ab al-Imaan).
(2) 'Aaisyah r.a. meriwayatkan, katanya
أَنَّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling disukai Allah?"
Jawab Baginda s.aw: "Yang sentiasa dikerjakan walaupun sedikit" (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Ya'la).
(3) Abu Hurairah meriwyatkan, katanya
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ فَقَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah ditanya (seseorang): "Apakah amalan Yang paling afdhal/utama?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Percaya kepada Allah dan rasulNya." Baginda ditanya lagi: "Kemudian apa?" Jawab Baginda lagi: "Berjihad di jalan Allah." Rasulullah s.a.w. terus ditanya:
"Kemudian apa?" Jawab Baginda s.a.w. seterusnya: "Haji Yang mabrur (yang diterima Allah)." (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaa'i dan Iain-Iain).
Jawapan kepada kemusykilan ini antara lainnya adalah seperti berikut:
(1) Keperluan orang-orang yang bertanya itu berbeza-beza. Orang yang bertanya itu misalnya mempunyai ibu bapa yang perlu diuruskan kehidupannya; maka amalan yang paling utama dilakukannya ialah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Kalau dia seorang yang jahil, maka belajarlah amalan yang paling afdhal untuk dirinya. Mungkin juga orang yang bertanya kurang mengambil berat tentang keselamatan orang Iain, pada ketika itu wajar sekali Rasulullah s.a.w. menjawab seperti di dalam hadits di atas. (2) Kecenderungan, minat atau kebolehan dan kelayakan orang-orang yang bertanya berbeza-beza. Kepada seorang yang berani dan gagah perkasa, berjihadlah amalan Yang paling baik dilakukannya. Kepada yang kaya raya pula, memberi makan kepada orang-orang yang memerlukan atau menyumbang harta benda di jalan Allahlah Yang paling utama dibuatnya.
(3) Masa atau tempat dikemukakan soalan tidak sama. Ketika perang atau negara diancam musuh, jihadlah amalan terbaik. Dalam masyarakat yang miskin dan susah pula, bersedekah adalah amalan yang paling afdhal.
(4) Soalan difahami Nabi s.a.w. sebagai berkaitan dengan bahagian amalan yang tertentu, seperti yang berkaitan dengan tubuh badan semata-mata atau akhlaq dan budi pekerti semata-mata atau Iain-Iain lagi. Puasa misalnya adalah amalan yang paling baik dan paling berkesan dalam mendidik jiwa manusia. la merupakan satu amalan Yang dapat menghiasi diri manusia dengan pekerti-pekerti Yang luhur.
(5) Jawapan Nabi s.a.w. bahawa amalan tertentu adalah paling baik dan utama mungkin juga mengambil kira anggota yang mengamalkan sesuatu amalan. Beriman kepada Allah dan rasul misalnya adalah sebaik-baik amalan hati. Bersedekah adalah amalan paling afdhal berkait dengan harta benda. Zikrullah adalah amalan lidah paling afdhal. Sembahyang pula misalnya adalah amalan yang melibatkan semua anggota badan yang paling utama dan paling istimewa.
(6) Jawapan Nabi s.a.w. juga mungkin mengambil kira sudut pahala yang akan diperolehi seseorang. Bersembahyang fardhu yang lima pada waktu afdhalnya merupakan amalan yang paling besar pahalanya. Berterusan melakukan sesuatu amalan, walaupun dalam kadar yang sedikit tetap mendatangkan pahala yang banyak kerana itu ia adalah satu tabi'at dan kebiasaan yang paling disukai Allah.
(7) Jawapan Nabi adakalanya mengambil kira tahap dan kedudukan sesuatu amalan pada pandangan agama. Sembahyang lima waktu misalnya adalah sesuatu yang difardhukan ke atas setiap orang Islam (fardhu 'ain). la mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Kedudukannya di sisi agama pula sangat tinggi. Dalam senarai rukun Islam ia merupakan yang kedua selepas syahadah. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa pula adalah satu kewajipan dan salah satu bentuk kesyukuran yang diperintahkan Allah didalam al Quran selepas diperintahNya manusia supaya mereka mensyukuriNya. Lihatlah firman Allah ini
Luqman 31:14
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
Bermaksud: dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (kamu untuk menerima balasan). (Luqman:14).
Berjihad untuk menegakkan ugama Allah wàlaupun merupakan salah satu kewajipan umat Islam dan ia adalah satu amalan yang sangat tinggi kedudukannya di sisi agama, tetapi ia tidak wajib setiap masa . Kerana itulah kedudukannya terletak selepas bersembahyang pada waktunya dan berbuat baik kepada dua ibua bapa. Hakikat ini terbukti juga menerusi satu hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amar bin al-AAash, kata beliau:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ
Bermaksud: Pernah Nabi s.a.w. didatangi seorang lelaki. Dia meminta izin kepada 'Baginda untuk keluar berjihad. Nabi s.a.w. bertanya (dia): "Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawab lelaki itu: "Ya." Maka bersabdalah Baginda: "Untuk mereka berdualah engkau berjihad (berkhidmat terlebih dahulu).
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Baihaqi, Thabaraani dan lain-lain).
(8) Menurut Imam Thahaawi, amalan yang paling afdhal, paling baik dan paling disukai Allah bukan satu sahaja. Di bawahnya boleh termasuk sekian banyak afraad. Perkataan-perkataan ini bagaikan kulliyyaat yang terdapat di bawahnya beberapa afraad. Kerana itu tidak salah kalau Baginda s.a.w. memberikan jawapan-jawapan yang berbeda kepada soalan yang sama atau lebih larang sama.
(9) Mungkin juga shighah tafdhil yang digunakan di sini tidak dipakai dengan masna asalnya. la hanya menunjukkan kepada kelebihan sahaja tanpa membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
(10) Ada juga 'ulama" berpendapat bahawa perkataan من telah dibuang sebelum perkataan أفضل, أحب atau خير dan sebagainya. Walaupun dibuang ia dikira seperti ada juga. Maka jawapan Rasulullah s.a.w. di dalam hadits Abi Umaamah ini perlu ditaqdirkan misalnya dengan أَيُّ العَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّوْمِ (antara amalan yang paling afdhal ialah engkau selalu berpuasa).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan