Ahad, Oktober 25, 2020

Misykatul masabiih hadis 010

Misykatul masabiih hadis 010



١٠-وَعَنْ ابْنْ عُمَرَ   أَنَُ رَسُولَ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوِالَهُمْ إِلَّا بِحَق الإسلام وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ--متفق عليه. إلا أن مسلما لم يذكر " إلا بحقِّ الإِسْلامِ


10. Ibnu 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diiperintah supaya memerangi manusia¹⁰² sehingga mereka bersaksi bahawa sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah,¹⁰³ mendirikan sembahyang¹⁰⁴  dan memberikan zakat. Apabila mereka melakukan semua yang tersebut itu, bererti terpeliharalah darah dan harta benda mereka¹⁰⁵ daripadaku kecuali dengan hak Islam. Soal hati mereka, itu terserah kepada Allah.
(Bukhari-Muslim).¹⁰⁶ 
Tetapi Muslim tidak ada menyebutkan "kecuali dengan hak Islam".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan