Isnin, Oktober 26, 2020

Misykatul masabiih hadis 014syarahan.

Misykatul masabiih hadis 014syarahan.



Antara Ajaran Islam Yang Mesti Dilaksanakan

١٤-وَعَنْ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ نَسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلَا نَفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا 
مِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصِيَامُ رَمَضَانَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ وَاللَّهِ لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلَا أَنْقُصُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ الجل إِنْ صَدَقَ-متفق عليه

14- Thalhah bin Ubaidillah r.a¹²⁵ meriwayatkan, katanya: "Pernah ada seorang lelaki¹²⁶ dari kalangan penduduk Najd datang kepada rasulullah s.a.w. dengan rambut yang tidak terurus. Gema suaranya kami dengar, tetapi kami tidak dapat menangkap (memahami) apa yang diucapkannya. Sehinggalah dia menghampiri Rasulullah s.a.w, Rupa-rupanya dia bertanya tentang (ajaran) Islam (yang mesti dilaksanakan). Kata Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang lima waktu dalam sehari semalam". Tanya lelaki itu: "Adakah sembahyang lain yang wajib ke atas saya?" Jawab Nabi s.a.w.: "Tidak ada, kecuali sembahyang sunat"¹²⁷  Nabi s.a.w. terus bersabda: "Berpuasa (di bulan)Ramadhan", Țanya lelaki itu: ”Adakah puasa Iain yang wajib atas saya?” Jawab Nabi:Tidak ada, kecuali puasa sunat", Nabi s.a.w, menyebutkan juga kepadanya tentang (kewajipan membayar) zakat. Tanya lelaki itu: "Adakah saya perlu membayar apa-apa lagi selain zakat itu?” Jawab Nabi: Tidak, kecuali dalam bentuk sedekah-sedekah yang sunat". Kata perawi: Lelaki itu pergi  sambil berkata: ”Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya”. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.: 'Beruntunglah Ielaki itu kalau dia menepati apa yang diucapkannya.” (Bukhari, Muslim).

___________________________________________________________
 

¹²⁵ At-Taimi al-Qurasyi. Kuniahnya ialah Abu Muhammad. Salasilah nasab Thalhah bertemu dengan salasilah nasab Rasulullah s.a.w. pada datuk ketujuh sama seperti Saiyyidina Abu Bakar. Beliau adalah salah seorang sahabat sepuluh Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada lapan orang sahabat yang memeluk agama İslam di peringkat awal. Salah seorang daripada lima orang sahabat yang memeluk agama Islam atas usaha Abu Bakar. Salah seorang daripada enam orang sahabat yang terbukti disenangi Baginda sampai ke akhir hayat dan kenıudiannya dilantik oleh 'Umar sebagai ahli syura untuk memilih dan melantik khalifah sesudahnya.
Thalhah telah ikut serta dalam semua peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. kecuali perang Badar. Walaupun begitu, Nabi s.a.w. tetap memberikan kepadanya habuan daripada hasil harta rampasan perang Badar seperti orang-orang Iain yang telah berperang dalam peperangan Badar. Thalhah telah memainkan peranan yang sangat penting dalam peperangan Uhud. Dalam usahanya melindungi Nabi s.a.w. daripada anak panah musuh pada   hari itu, sebelah tangan Thalhah telah lumpuh buat selama-lamanya. Dalam peperangan itu Talhah telah mendapat luka kerana tikaman, panahan dan tetakan pada 24 tempat di seluruh tubuhnya. Abu Bakar apabila mengenangkan hari Uhud selalu berkata: "Hari itu semua sekali adalah hari Thalhah." Antara sabda Nabi s.a.w. tentang Thalhah ialah: 
(1) 
طَلْحَة   مِمَّنْ قَضَى نَحْبَهُ 
Bermaksud: Thalhah adalah salah seorang yang telah bertekad untuk berperang dengan orang-orang kafir sampai mati 
(Hadits riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, at-Thabaraani, Ibnu 'Asaakir dan Iain-lain). 

(2) 
 مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى شَهِيدٍ يَمْشِي عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ 
Bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat orang syahid yang berjalan di atas muka bumi, lihatlah Thalhah bin Ubaidillah
(Hadits riwayat Tirmizi, al-Haakim, at-Thabaraani dan Iain-lain). 

(3) Rasulullah s.a.w. telah menggelari Thalhah dengan beberapa gelaran. Antaranya ialah:طَلْحَةَ الخير('Thalhah baik), طَلْحَة الفياض(Thalhah dermawan)dan   طَلْحَةَ الجواد Thalhah pemurah). 
(lihat Mustadrak alHaakim). 

Beliau telah meriwayatkan sejumlah 38 hadits. Tetapi Bukhari hanya telah meriwayatkan empat sahaja haditsnya. Thalhah meninggal dunia pada tahun 36 Hijrah ketika berumur 64 tahun.

¹²⁶  Ibnu 'Abdil Barr, Qadhi 'lyaadh, Ibnu Batthaal, Ibnu al- Arabi dan al-Munziri berpendapat, Ielaki berkenaan bernama Dhimaam bin Tsa'labah, pengunjung Nabi s.a.w. dari qabilah Bani Sasad bin Bakar. Ada tiga alasan yang mendorong mereka berpendapat demikian. 
(1) Kerana Imam Muslim mengemukakan kisahnya selepas mengemukakan hadits Thalhah. 
(2) Kedua-dua orang yang mengunjungi Nabi s.a.w. itu adalah orang badwi. 
(3) Kedua-dua mereka di akhir pertemuannya dengan Nabi s.a.w. mengucapkan perkataan yang sama, iaitu 'aku tidak  akan menambah dan tidak akan menguranginya". Tetapi Imam al-Qurthubi, al-Bulqini, anNawawi, Hafiz Ibnu Hajar, 
al- Aini, Maulana Ubaidullah al-Mubaarakfuri dan Iain-lain tidak mahu menerima orang berkenaan sebagai Dhimaam bin Tsa'labah. Kerana latar belakang kisah mereka berdua berlainan. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh mereka juga berlainan. Dalam masalah ini penulis lebih bersetuju dengan pendapat golongan kedua tadi. Untuk lebih jelas, lihatlah hadits Bukhari berikut bersama terjemahannya sebagai perbandingan di antara riwayat Thalhah di atas dengan riwayat Anas yang dengan terang mengemukakan kisah Dhimaam bin Tsa'labah: 

 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ سَعِيدٍ هُوَ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ أَنَّهُ
 سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ دَخَلَ رَجُلٌ عَلَى جَمَلٍ فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ عَقَلَهُ ثُمَّ قَالَ
 لَهُمْ أَيُّكُمْ مُحَمَّدٌ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ فَقُلْنَا هَذَا الرَّجُلُ الْأَبْيَضُ الْمُتَّكِئُ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ يَا ابْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ لَهُ 
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَجَبْتُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي سَائِلُكَ فَمُشَدِّدٌ عَلَيْكَ فِي الْمَسْأَلَةِ فَلَا تَجِدْ عَلَيَّ فِي نَفْسِكَ فَقَالَ 
سَلْ عَمَّا بَدَا لَكَ فَقَالَ أَسْأَلُكَ بِرَبِّكَ وَرَبِّ مَنْ قَبْلَكَ أَاللَّهُ أَرْسَلَكَ إِلَى النَّاسِ كُلِّهِمْ فَقَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ أَاللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ نُصَلِّيَ الصَّلَوَاتِ 
الْخَمْسَ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ أَاللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ نَصُومَ هَذَا الشَّهْرَ مِنْ السَّنَةِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ أَاللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ
 تَأْخُذَ هَذِهِ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَتَقْسِمَهَا عَلَى فُقَرَائِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ نَعَمْ فَقَالَ الرَّجُلُ آمَنْتُ بِمَا جِئْتَ بِهِ وَأَنَا رَسُولُ مَنْ 
وَرَائِي مِنْ قَوْمِي وَأَنَا ضِمَامُ بْنُ ثَعْلَبَةَ أَخُو بَنِي سَعْدِ بْنِ بَكْرٍ وَرَوَاهُ مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ وَعَلِيُّ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ المُغِيرَةِ عَنْ ثَابِتٍ
 عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا

Bermaksud: Abdullah'bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya:'Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Said (al-Maqburi) daripada Syarik bin 'Abdillah bin Abi Namir bahawa dia mendengar Anas bin Malik bercerita: "Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki dengan menaiki unta. Setelah menurunkan untanya di dalam masjid dan mengikatnya, dia bertanya: "Siapakah di antara kamu Muhammad?" Nabi s.a.w. ketika itu sedang bertelekan di antara mereka. Kami pun menceritakan: "Lelaki putih yang sedang bertelekan itu". Maka orang itu berkata: "Wahai anak 'Abdil Mutthalib". Nabi s.a.w. pun berkata: "Saya telah pun menyahut panggilanmu". Lelaki itu berkata lagi: "saya akan kemukakan soalan yang agak kepadamu, janganlah pula engkau berkecil hati". Nabi s.a.w. bersabda: "Tanyalah apa yang terlintas di hatimu". orang itu pun terus berkata: "Saya mahu bertanya engkau demi dan demi tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah telah mengutuskan engkau kepada manusia seluruhnya? Nabi s.a.w. berkata: "ya, benar". orang itu terus berkata: engkau dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya kita
mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam?" Nabi s.a.w. berkata: "Ya, benar". Saya mahu bertanya engkau dengan nama Allah: "Adakah Allah menyuruh engkau supaya kita berpuasa satu bulan dalam setahun?" Nabi s.a.w. berkata: "Ya, benar". Orang itu berkata Iagi: "Saya hendak bertanya engkau dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya mengambil sedekah daripada orang-orang kaya untuk dibahagikan kepada orang-orang miskin di kalangan kita?" Nabi s.a.w. berkata : "Ya, benar". Maka orang itu pun berkata: "Saya beriman dengan apa yang dibawa olehmu dan saya adalah utusan kaum saya yang tidak datang bersama. Saya adalah Dhimam bin Tsa'labah saudara Bani Sa' ad Bin Bakar." Musa dan 'Ali bin Abdil Hamid juga meriwayatkan hadits ini daripada Sulaiman bin alMughirah daripada Tsabit daripada Anas daripada Nabi s.a.w.
Lihatlah sendiri betapa jauhnya perbezaan di antara kisah Dhimaam bin Tsa'labah dengan kisah lelaki yang tersebut di dalam hadits Thalhah di atas!

¹²⁷ Ini adalah terjemahan kepada sabda Nabi s.a.w.   .
لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ
Perkataan  إِلَّا di dalamnya adalah adaat istitsnaa'. la dipakai oleh Syafi'iyyah, Hanaabilah dan orang-orang yang sependapat dengan mereka sebagai istitsnaa' munqathi  .

Golongan Hanafiyyah, Maalikiyyah dan orang-orang yang sependapat dengan mereka pula memakainya sebagai istitsnaa' muttashil. Mustatsna di dalam istitsnaa' munqathi' bukan dari jenis mustatsna minhu atau ia bukan sebahagian daripada hakikat mustatsna minhu. Sementara di dalam istitsnaa' muttashil pula Mustatsna adalah dari jenis mustatsna minhu atau ia merupakan sebahagian daripada hakikat mustatsna minhu. 

Contoh istitsnaa' munqathi' yang selalu diberikan oleh  ulama' Nahu 'Arab ialah  قام القوم إلا فرسا (semua orang berdiri kecuali kuda). Kuda yang dikecualikan daripada berdiri di dalam ayat ini bukan dari jenis orang atau ia bukan sebahagian daripada orang (manusia). 

Contoh istitsnaa' muttashil yang selalu diberikan oleh 'ulama' Nahu Arab pula ialah   قام القوم إلا زيدا(semua orang berdiri kecuali Zaid). Zaid yang dikecualikan daripada berdiri di dalam ayat ini adalah dari jenis orang atau ia adalah sebahagian daripada orang (manusia). Orang-orang yang menganggap إِلَّا di dalam sabda Nabi s.a.w. di atas sebagai istitsnaa' munqathi mentaqdirkannya begini:- 
لا يحب عليك شيء إلَّا إن أردت أن تطوع فذلك لك
Bermaksud: Tidak ada sembahyang apa pun yang wajib atasmu (selain sembahyang lima waktu dalam sehari semalam yang disebutkan tadi), kecuali sembahyang sunat. la terpulang kepadamu, sama ada engkau hendak mengerjakannya ataupun tidak. Dan sama ada engkau hendak mengerjakannya  sampai habis atau tidak. Orang-orang yang menganggap di dalam sabda Nabi s.a.w. di atas sebagai istitsnaa' muttashil pula mengatakan istitsnaa' muttashil itu adalah asal dalam bab istitsnaa'. Apabila dipakai istitsnaa' di sini sebagai istitsnaa' muttashil, maka ia akan bererti "Tidak ada sembahyang apa pun yang wajib atasmu (selain sembahyang lima waktu dalam sehari semalam yang disebutkan tadi), kecuali kalau engkau bersembahyang sunat, maka wajiblah atasmu menyempurnakannya." Ini kerana istitsnaa' muttashil selepas (ayat) nafi memberi erti itsbaat. Tidak ada siapa pun yang mengitsbaatkan sembahyang sunat itu sebagai wajib seperti sembahyang lima waktu dari asal Iagi. Dengan itu itsbaat wajib di sini memberi erti wajib disempurnakan setelah memulakannya. Sebelum engkau mengerjakannya memanglah ia hanya sunat. Tetapi apabila engkau sudah memulakannya, menjadi wajiblah atasmu menyempurnakannya. Maka tidak harus engkau membatalkannya dengan sewenang-wenang tanpa keuzuran. Keadaan orang yang telah memulakan bersembahyang sunat itu sama seperti seseorang yang bernazar untuk bersedekah. Sebelum ia bernazar, sedekah memanglah tidak wajib atasnya. Tetapi apabila ia telah bernazar untuk bersedekah, menjadi wajiblah atasnya bersedekah. Seolah-olahnya mereka mentaqdirkan sabda nabi tersebut begini:   
لا يحب عليك شيء إِلَّا أَن تطوع فيجب عليك إتمامه
Bermaksud: Tidak ada sembahyang apa pun yang wajib
atasmu (selain sembahyang lima waktu dalam sehari semalam yang disebutkan tadi), kalau engkau bersembahyang sunat, maka wajib atasmu menyernpurnakannya. 

Orang-orang yang mengatakan istitsnaa' di situ adalah munqathiț mengatakan, kalau jadi wajib, bagaimanapun caranya, ia tidak sunat lagi, malah wajib. Sedangkan Nabi saw sebelum telah menafikan sembahyang yang wajib selain sembahyang lima waktu.
Hanafiyyah dan Maalikiyyah bersepakat tentang istitsnaa' di dalam sabda Nabi s.a.w. itu adalah muttashil, mereka bagaimanapun berbeda pendapat tentang adakah sembahyang sunat yang telah dimulakan, jika dibatalkan atau dihentikan sebelum menyelesaikannya, wajib diqadha, atau tidak? Golongan Hanafiyyah berpendapat, ia wajib diqadha' secara mutlaq, sama seseorang itu membatalkannya dengan sengaja atau kerana sesuatu keuzuran. Golongan Maalikiyyah pula berpendapat, tidak wajib diqadha' kecuali kalau seseorang membatalkannya dengan sengaja tanpa keuzuran. Selain itu kedua-dua golongan yang berbeda pendapat dalam masalah ini berpegang dengan beberapa dalil dan hujjah yang lain pula. Berikut dikemukakan terlebih dahulu dalil-dalil dan hujah-hujjah golongan Hanafiyyah dan Maalikiyyah. Antara lainnya ialah: 
(1) Firman Allah s.w.t. di dalam ayat di bawah ini:

Muhammad 47:33
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓا۟ أَعْمَٰلَكُمْ 
Bermaksuď. Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu. 
(Muhammad: 33).

Kata mereka, ayat ini melarang kita membatalkan amalan-amalan yang telah kita mula mengerjakannya. Dan ia secara tidak langsung bererti sesuatu amalan itu walaupun sunat . Pada asalnya, namun setelah dikerjakan ia menjadi wajib. Kalau ia tidak wajib, kenapa Allah melarang kita membatalkannya? 

(2) Aaisyah meriwayatkan, katanya: 
 كُنْتُ أَنَا وَحَفْصَةُ صَائِمَتَيْنِ فَعُرِضَ لَنَا طَعَامٌ اشْتَهَيْنَاهُ فَأَكَلْنَا مِنْهُ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَدَرَتْنِي إِلَيْهِ حَفْصَةُ وَكَانَتْ ابْنَةَ أَبِيهَا فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا صَائِمَتَيْنِ فَعُرِضَ لَنَا طَعَامٌ اشْتَهَيْنَاهُ فَأَكَلْنَا مِنْهُ قَالَ اقْضِيَا يَوْمًا آخَرَ

Bermaksud: ”Pernah saya dan Hafshah berpuasa. Țiba. tiba diberikan kepada kami makanan idaman kami. Lalu kami memakan sebahagian daripadanya. Setelah Nabi s.a.w. datang, Hafshah bersegera mengadukan hal kepada Baginda. Betul-betul dia anak ayahnya. Kata Hafshah: ”Wahai Rasulallah! Sebenarnya kami berpuasa tadi. Tiba-tiba diberikan kepada kami makanan idaman kami. Maka kami memakan sebahagian daripadanya." Kata Nabi s.a.w.: ”Kamu berdua hendaklah mengqadha' (menganti) puasamu itu pada hari yang lain.” 
(Hadits riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaa'i, Ishaq bin Rahawaih, Abu Yaîla, Baihaqi dan lain-lain). 

Kata mereka, puasa yang dibatalkan oleh 'Aaisyah dan Hafshah itu adalah puasa sunat. Namun begitu, Nabi s.a.w. menyuruh mereka berdua mengqadha'nya. Ini menunjukkan sesuatu amalan sunat itu apabila telah dimula, wajib disempurnakan. Dan kalau ia dibatalkan, maka wajiblah diqadha', 

(3) Ibnu Syihaab
«683» حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَائِشَةَ وَحَفْصَةَ زَوْجَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْبَحَتَا صَائِمَتَيْنِ مُتَطَوِّعَتَيْنِ فَأُهْدِيَ لَهُمَا طَعَامٌ فَأَفْطَرَتَا عَلَيْهِ فَدَخَلَ عَلَيْهِمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقَالَتْ حَفْصَةُ وَبَدَرَتْنِي بِالْكَلاَمِ- وَكَانَتْ بِنْتَ أَبِيهَا- يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَصْبَحْتُ أَنَا وَعَائِشَةُ صَائِمَتَيْنِ مُتَطَوِّعَتَيْنِ فَأُهْدِيَ إِلَيْنَا طَعَامٌ فَأَفْطَرْنَا عَلَيْهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((اقْضِيَا مَكَانَهُ يَوْمًا آخَرَ)). 


Sesungguhnya 'Aaisyah dan Hafshah dua orang isteri Nabi s.a.w. pernah berpagian  dalam keadaan berpuasa sunat. mereka dihadiahkan makanan. Mereka pun berbuka dengan memakannya. Apabila Rasulullah s.a.w. pulang, kata 'Aaisyah: ”Hafshah mendahului saya  betcerita tentang apa yang telah berlaku. Betul-betullah dia anak ayahnya. Katanya: ”Wahai Rasulallah! Sebenarnya pagi ini saya dan 'Aaisyah berpuasa sunat. Tiba-tiba kami dihadiahkan  makanan. Maka kami berhenti berpuasa (membatalkan puasa) dengan memakan itu. (Mendengar  Hafshah itu) Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kamu berdua (gantilah) puasa itu pada hari yang lain." 
(Hadits riwayat Malik, Ahmad, Timizi, Abu Daud, dan îl,nu Hibbaan. hadits Yang dikemukakan ini adalah lafaz riwayat Malik)'

 ini menunjukkan puasa yang oleh Aaisyah dan Hafshah itu adalah sunat. Namun begitu Rasulullah s.a.w. tetap menyuruh mereka mengqadha nya apabila mereka membatalkannya. Ini bahawa sesuatu amalan sunat itu menjadi wajib apabila dimulakan. Kalau tidak, kenapa s.a.w. menqadha'nya? 

(4) AdDaraquthni dengan isnadnya meriwayatkan dari (Ummi Salamah )

عن أمِّ سلمةَ أنَّها صامَتْ يومًا تطوعًا فأفطرَتْ فأمرَهَا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أنْ تقضِيَ يومًا مكانَهُ

Bermaksud :
Sesungguhnya beliau Maka (Ummu Salamah)pernah berpuasa sunat .Kemudian membatalkanya. Maka Rasullah s.a.w menyuruhnya mengganti (mengqadha') puasa iłu pada hari yang lain.” 

(5) Al-Aini mengemukakan beberapa qaedah usul dałam mentarjihkan dalil-dalil pegangan mereka daripada dalil-dalil yang dipegang oleh golongan yang tidak sehaluan dengan mereka. Qaedah-qaedah itu antara lainnya ialah: 
(a) Ijmaa' sahabat. Kononnya ada ijmak  sahabat tentang wajib diqadha' sesuatu ibadat sunat yang terbatal atau dibatalkan. 
(b) Dalil-dalil yang menjadi pegangan mereka bersifat mutsbit dan dalil-dalil yang menjadi pegangan orang-orang yang tidak sehaluan dengan mereka pula bersifat naafi. Jelas sekali menurut qaedah usul المثبت مقدم على النافي
 (dalil yang menyabitkan sesuatu lebih diutamakan daripada dalil yang menafikannya). 
(c) Pendapat mereka kelihatan lebih cermat dalam bab ibadat. Dan apa yang dipertikaikan sekarang adalah bab ibadat. Golongan Syafîiyyah, Hanaabilah dan orang-orang Yang sependapat dengan mereka pula mempertikaikan dalil-dalil yang telah dikemukakan oleh golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah tadi. Berikut dikemukakan sebahagian daripada bantahan mereka terhadapnya menurut tertib dengan serba ringkas. 
Pertama: Alasan (1) berupa firman Allah itu meskipun qath'i tsubutnya, tetapi dalalahnya tidak qath'i. Dengan adanya hadits-hadits Ummu Haani', 'Aaisyah, Abu Sa'id dan lain-lain yang walaupun tidak qath'i tsubutnya, namun dalalahnya adalah qath'i tanpa sebarang keraguan tentang pelaku sesuatu amalan sunat itu bebas memilih, sama ada untuk meneruskan amalan yang telah dimulakannya atau berhenti saja tanpa perlu mengqadha'nya kemudian. Lihatlah hadits-hadits mereka itu di bawah ini:
(a) Ummu Haani' meriwayatkan, katanya:
 قَاعِدَةً عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأُتِيَ بِشَرَابٍ فَشَرِبَ مِنْهُ ثُمَّ نَاوَلَنِي فَشَرِبْتُ مِنْهُ فَقُلْتُ إِنِّي أَذْنَبْتُ فَاسْتَغْفِرْ لِي فَقَالَ وَمَا ذَاكِ قَالَتْ كُنْتُ صَائِمَةً فَأَفْطَرْتُ فَقَالَ أَمِنْ قَضَاءٍ كُنْتِ تَقْضِينَهُ قَالَتْ لَا قَالَ فَلَا يَضُرُّكِ

Bermaksud: Pernah saya berada dekat Nabi s.a.w. Tiba-tiba dibawakan minuman kepada baginda. Baginda s.a.w. meminum sebahagian daripadanya lalu menghulurkan pula kepadaku. Terus saya meminum minuman itu. Kemudian saya berkata: "Sesungguhnya saya telah berdosa.
Minta ampunlah untuk saya”. Nabi s.a.w. lantas bertanya: "Dosa apa”. Kata Ummu Haani':"Sebenarnya saya berpuasa tadi. Kemudian memutuskannya". Rasulullah bertanya lagi: "Adakah engkau berpuasa qadha'? Kata Ummu Haani': "Tidak.” Kata Nabi s.a.w.: "Kalau begitu tidak mengapa.” 
(Hadits riwayat Tirmizi, Nasaa'i, at-Thabaraani, Ibnu Abi Syaibah dan lainlain). 

Di dałam riwayat  Abu Daud Ummu  Haani' dilaporkan berkata begini: 
لَمَّا كَانَ يَوْمُ الْفَتْحِ فَتْحِ مَكَّةَ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَجَلَسَتْ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأُمُّ هَانِئٍ عَنْ يَمِينِهِ قَالَتْ فَجَاءَتْ الْوَلِيدَةُ بِإِنَاءٍ فِيهِ شَرَابٌ فَنَاوَلَتْهُ فَشَرِبَ مِنْهُ ثُمَّ نَاوَلَهُ أُمَّ هَانِئٍ فَشَرِبَتْ مِنْهُ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ أَفْطَرْتُ وَكُنْتُ صَائِمَةً فَقَالَ لَهَا أَكُنْتِ تَقْضِينَ شَيْئًا قَالَتْ لَا قَالَ فَلَا يَضُرُّكِ إِنْ كَانَ تَطَوُّعًا

Bermaksud: Pada hari pembukaan Mekah, Fathimah datang. Dia duduk di sebelah kiri Rasulullah s.a.w. Ummu Haani' di sebelah kanan baginda. Lalu seorang hamba sahaya wanita datang dengan membawa sebekas minuman. Dihulurnya bekas iłu kepada baginda. Setelah meminum sedikit, baginda s.a.w. menghulurkannya kepada Ummu Haani'. Ummu Haani' meminum minuman di dalam bekas itu dan berkata: "Saya sebenarnya berpuasa tadi, tetapi telah berbuka sekarang. Nabi s.a.w. bertanya Ummu Haani', adakah engkau berpuasa qadha'?”
Jawab Ummu Haani': "Tidak”. Kata Nabi s.a.w.: "Tidak mengapa kalau puasa sunat.” 

Ishaq bin Rahawaih di dalam Musnadnya juga telah meriwayatkan satu hadits yang sama maknanya dengan makna hadits Abu Daud ini. Hadits Ummu Haani' ini jelas menunjukkan amalan sunat yang telah dimulakan, jika dibatalkan tidak perlu diqadha'. la secara tidak langsung menunjukkan amalan sunat iłu tidak menjadi wajib setelah dimulakan. 

(b) Aaisyah Ummul Mu'minin meriwayatkan, 
دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ فَقُلْنَا لَا قَالَ فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أُهْدِيَ لَنَا حَيْسٌ فَقَالَ أَرِينِيهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا فَأَكَلَ
Bermaksud: Pada suatu hari rasulullah s.a.w. masuk kerumahku. Beliau bertanya: "Adakah apa-apa (makanan) pada kamu (di rumah). Jawab kami: "Tidak ada”. Beliau berkata: "Kalau begitu saya berpuasa saja”. Pada suatu hari yang lain, beliau datang pula ke rumah kami. Kami berkata: 'Wahai Rasulallah, ada kekoleh dihadiahkan kepada kami. Kata rasulullah s.a.w.: "Tunjukkan kepadaku. Sebenarnya hari ini aku puasa”. Lalu beliau makan (kekoleh iłu). 
(Hadits riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasaa'i, Ibnu Majah dan lain-lain). 

Hadits ini menunjukkan sesuatu amalan sunat tidak menjadi wajib dengan dimula mengerjakannya. Kalaulah ia menjadi wajib, niscaya Nabi s.a.w. tidak akan membatalkan puasa yang telah dimulakannya. 

(c) Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan, katanya: 
صنعت للنبي صلى الله عليه وسلم فلما وضع قال رجل أنا صائم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم دعاكم أخوكم وتكلف لكم وتقول إنى صائم وصم يوما مكانه إن شئت

Bermaksud: Pernah saya buat makanan untuk (menjamu) Nabi s.a.w. Setelah makanan Itu dihidangkan, ada seorang lelaki berrkata: "Saya puasa". Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Saudaramu telah menjemput mnu makan. Dia telah bersusah payah membuat makanan untukmu. Kamu pula berkata: 'Saya puasa". Berbukalah dan berpuasalah pada hari yang lain sebagai gantinya jika mahu." 

(Hadits riwayat at-Thabaraani di dalarn al-Mu'jamu al-Ausathnya, Abu Daud at-Thayaalisi di dalam Musnadnya dan al-Baihaqi di dalam Sunannya. Hadits ini bertaraf hasan). 

Dalam bab hukum apa yang diambil kira ialah adalah bagi sesuatu dalil, bukan tsubutnya semata-mata. Menjadikan ayat tersebut sebagai dalil tentang wajibnya menyempurnakan sesuatu amalan sunat yang telah dimulakan bererti mentarjihkan dalil yang bersifat zanni dalalahnya daripada dalil yang qath'i dalalahnya. Tidak syak lagi ia bererti mentarjihkan dalil yang marjuh (tidak kuat).

Kedua: Ayat tersebut terlalu umum, sedangkan hadits-hadits Ummu Haani', Aaisyah dan Abu Sa'id yang dikemukakan tadi adalah lebih khusus. 

Ketiga: Larangan Allah di dalam ayat tersebut adalah berkaitan dengan membatalkan pahala amalan di akhirat apabila ia dilakukan dengan maksud menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dan sebagainya. Ia langsung tiada kena mengena dengan membatalkan amalan sunat yang telah dimulakan menurut sudut pandang fiqh. Ayat lain yang Iebih kurang serupa dengan ayat di atas ialah ayat berikut:
 
Al-Baqarah 2:264

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًاۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا۟ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَٰفِرِينَ 

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (ria'), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan ria' itu) Mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan; dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 264). 

Ayat 264 dari Surah al-Baqarah ini kiranya dapat menjelaskan erti membatalkan amalan yang dilarang Allah di dalam ayat 33 Surah Muhammad yang dijadikan sebagai dalil itu. 

Muhammad 47:33
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓا۟ أَعْمَٰلَكُمْ 
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merusakkan segala amalmu.

Kesimpulan daripada kedua-dua ayat itu ialah Allah melarang kita melakukan sesuatu amalan tanpa ikhlas kepadaNya. 

Dalil kedua dan ketiga golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah dalam perkara ini ialah hadits 'Aaisyah. Hadits  Aaisyah dianggap mereka sebagai qarinah kepada istitsna' di dalam hadits yang sedang kita bicarakan sekarang sebagai istitsnaa' muttshil. Dalil ini juga dipertikaikan. 
Antara alasan golongan yang mempertikaikannya ialah: 
(a) Ia adalah hadits mursal. Mengikut pendapat yang sahih hadits mursal bukan hujah. Kata al-Khallaal: "Para tsiqaat bersepakat tentang mursalnya. Orang yang memaushulkannya adalah syaz. Para huffaz sekata dalam menghukum dha'if hadits Aaisyah itu. 
(b) Ia juga dha'if kerana terdapat di dalam isnadnya Ja'far bin Burqaan. Dia dhaîif dalam riwayatnya daripada Zuhri. 
(c) Imam Ahmad, Bukhari dan Nasaa'i pula menghukum hadits itu dha'if kerana majhulnya seorang perawinya yang bernama Zumail. Riwayatnya dikemukakan oleh Abu Daud. (d) Jika diandaikan hadits 'Aaisyah itu sahih sekalipun, ia masih tidak jelas menunjukkan sesuatu amalan sunat yang dibatalkan wajlb diqadha'. Perintah Nabi s.a.w. itu mungkin juga memberi erti sunat atau elok diqadha' sahaja. 

Dalil keempat mereka pula ialah hadits Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh ad-Daaraquthni. Isnadnya adalah seperti berikut: 
حَدثنَا الدّاَقُطْنِيّ الحَسَيْن الحُسَيٌن الْأَنْطَاكِي حَدثنَا يُوسُف بن حدثنَا يزيد بن عبد حدثنا مُحَمَّد بن حميد عن الضَّحَّاك بن حَمْزَة عَن مَنْصُور بن عن الحسن أمه عن أم سلمة
Didalamnya ada perawi yang dipertikaikan. Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya al-'llal al-Mutanahiyah dan at-Tahqiq fi Ahaadits al-Khilaaf mengisyaratkan kepada dua orang daripadanya.
 Pertamanya ialah ad-Dhahhaak bin Hamzah. Dia bertafarrud dalam meriwayatkan hadits Ummu Salamah itu. Sedangkan dia sendiri adalah seorang yang dha'if. Kata Yahya: (seorang perawi dha'if). 
Keduanya ialah Muhammad bin Humaid. Abu Zur'ah berkata: "Muhammad bin Humaid adalah seorang pendusta besar.”
 Tiga qaedah usul yang dikemukakan oleh Al-' Aini untuk mentarjihkan dalil-dalil pegangan Hanafiyyah daripada dalil-dalil yang dipegang oleh golongan yang tidak sehaluan dengan mereka, dipertikai kesemuanya. 

Pertamanya ijmaa sahabat. Kata Syeikhul hadits Maulana 'Ubaidullah al-Mubaarakfuri: ”Da' waan ijma' sahabat hanyalah dakwaan kosong semata-mata. Tiada langsung sanadnya. Kerana itu ia tidak harus diterima.” Kemudian beliau berkata: ”Tidak ada satu pun nas yang menunjukkan mana-mana sahabat ada berpendapat, wajib disempurnakan amalan sunat setelah ia dimulakan. Apa lagi hendak dikatakan mereka telah ijmak berpendapat begitu. Dakwaan ijmak semata-mata tanpa bukti tidak layak diberi perhatian, setelah adanya nas-nas yang terang tentang tidak wajlb.

Qaedah kedua yang dikemukakan oleh al-' Aini juga tidak dapat bertahan, kerana qaedah مقدم علي النافى (dalil yang menyabitkan sesuatu lebih diutamakan daripada dalil yang menafikannya) itu hanya terpakai apabila kedua-dua dalil mutsbit dan naafi sama kuat. Adapun dalam masalah ini dalil yang menafikan kewajipan itu lebih kuat, lebih banyak dan lebih sahih daripada dalil yang menyabitkannya. Maka dalil naafilah yang patut diutamakan. 

Qaedah ketiga yang dikemukakan beliau juga lemah sebenarnya. Bukan sifat cermat (ihtiyath) namanya menjadikan sesuatu sebagai wajib tanpa dalil yang kukuh. Sifat cermat terletak pada beramal dengan sunnah yang sahih, sama ada ia menyabitkan kewajipan dan menafikannya. 
Qaedah usul juga menyebutkan  الأصل براءة الذمة (pada asalnya kita bebas daripada tanggungan dan bebanan), sehinggalah datang syari'at menentukan sesuatu perkara dengan dalil-dalil yang kukuh.


12.Amalan-Amalan Yang Membawa Seseorang Ke Syurga.
13.Iman Yang Sempurna
14.Antara Ajaran Islam Yang Mesti Dilaksanakan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan