Tafsir asas quran nota 6(102).
(jantan dan betina); (3)
Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.(4 ) (al-Lail:1-4).
Ayat 4 dalam petikan di atas adalah muqsam'alaih. Ia menunjukkan amal usaha manusia itu berbeda-beda dan tidak sama. Kerana itu wajar sekali kalau balasannya juga berbeda-beda dan tidak sama.
(2) Menurut Ibnu al-Qaiyyim lagi, sumpah diangkat untuk menguatkan dan memperteguh muqsam 'alaih. Kerana ifu, muqsam'alaih seharusnya termasuk dalam perkara-perkara
yang elok dan munasabah kalau diangkat sumpah kerananya. Misalnya perkara-perkara ghaib atau perkara-perkara yang di luar jangkauan 'aqal manusia. Benda-benda zahir seperti matahari, bulan, malam, siang, langit, bumi dan sebagainya memanglah elok dan
sesuai dijadikan muqsam bihi, tetapi ia tidak elok dan tidak sesuai dijadikan muqsam'alaih.
(3) Di dalam al-Qur'an Allah telah bersumpah untuk membuktikan keesaanNya pada satu tempat. Untuk membuktikan kebenaran al-Qur'an pada lima tempat. Untuk membuktikan kebenaran RasulNya pada lima tempat juga. Untuk membuktikan kebenaran hari kiamat pada dua belas tempat. Dan untuk menyatakan perihal dan sifat-sifat khusus manusia pula pada lima tempat. Perkaitan antara muqsam bihi dan muqsam'alaih pada sumpah-sumpah yang tersebut itu pula ada yang terang dan ada pula yang sangat tersembunyi dan seni.
(4) Allah ada bersumpah dengan cara yang terang dan tidak terang tentang ketuhanan,kerasulan, al-Qur'an dan permulaan serta kesudahan kehidupan manusia. Tetapi tentang hari kiamat dan fenomenanya, semua sumpah dibuat dengan cara yang terang. Ini kerana orang-orang musyrikin Mekah terlalu kuat menolaknya. Tentang beberapa sifat Ahli Kitab dan sikap Ahli Kitab terhadap seruan Nahi Muhammad s.a.w. pula kebanyakan
sumpah diangkat dengan cara yang tidak terang.
(5) Antara perkara yang membezakan sumpah Allah di dalam al-Qur'an dengan sumpah-sumpah yang digunakan oleh orang-orang "Arab di zaman Jahiliah yang dapat dikesan melalui sastera 'Arab ialah skop muqsam 'alaih al-Qur'an jauh lebih luas berbanding skop muqsam'alaih mereka.
102
Tiada ulasan:
Catat Ulasan