Isnin, Oktober 19, 2020

Tafsir asas quran nota 7(106).

Tafsir asas quran nota 7(106).

(5) Di mana kelihatan semacam  (ل) qasam dibuang daripada muqsam alaih atau jawab qasam. Sementara  bahagian-bahagian  jawab  qasam  yang lain masih ada.padahal jawab qasam  semua sekali dibuang  (محذوف). Keadaan  seperti ini dikatakan terdapat pada firman Allah  dibawah  ini:

Al-Buruj 85:1
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ 
Al-Buruj 85:2
وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ 

Al-Buruj 85:3
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ 
Bermaksud:
Demi langit yang mempunyai bintang-bintang (1)
Demi hari (pernbalasan) yang dijanjikan; (2) 
Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan;(3). 
Celakalah kaum yang menggali parit. (4) 
(al-Buruj:1-4).

Jawab qasam sebenar bagi tiga jumlah qasam, daripada ayat 1-3 ialah ;لتبعثن sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) yang dibuaug (محذوف). Firman Allah: قتل اصحب الاخدود  kelihatan seperti menjadi jawab qasam kepada tiga jumlah qasam yang tersebut sebelumnya. 
Dan haraf (ل)yang sepatutnya terletak di permulaannya dibuang. Padahal semuanya bukan jawab qasam.

(6) Muqsam 'alaiha  jawab qasam biasanya  disebutkan , tetapi kadang-kadang  dibuangkan juga. Antara contoh yarlg dapat dikemukakan ialah firman Allah berikut:

Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ 
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ 
Al-Fajr 89:4
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ 
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 

Demi fajar(1)
Demi malam yang sepuluh (2). 
Demi yang genap dan yang ganjil,  (3). 
Demi malam bila ia berlalu (4). 
Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal? (5). 
(al-Fair: 1-5).

Menurut sesetengah ulama jawab qasam yang dibuang disini ialah لتعذبن ياكفار مكة( Kamu pasti akan dihukum wahai orang-orang kafir Mekah).

Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam 'Alaih
Muqsam alaih atau jawab qasam rnenurut lman  al-Baghawi (al-Husain bin Mas'ud al-Baghawi) semestinya dimulakan dengan beberapa perkataan. Kesemuanya merupakan  haraf'-haraf. Kalau pada zahirnya ia tidak  tersebut maka salah  satu daripadanya mestilah ditaqdirkan  mengikut kesesuaian  keadaan dan kedudukan ayat.
Di bawah ini dikemukakan haraf-haraf berkenaan bersama contoh-contohnya.

106

Tiada ulasan:

Catat Ulasan