Tafsir asas quran nota 7(113).
bermaksud apa saia yang ditulis manusia.
(b) Pena yang diguna pakai oleh para sahabat untuk menulis dan mencatat al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Apa yang mereka tulis pula bererti al-Qur'an yang ditulis oleh para sahabat di dalam mushaf-mushaf. Al-Qur'an yang diturunkan kepada Muhamad merupakan ni'mat terbesar Allah kepadanya dan juga kepada seluruh rnanusia. Ia penuh dengan kebenaran, panduan hidup dan keajaiban. Bagaimana boleh seorang yang telah menerima al-qur'an yang begitu sifatnya dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia dituduh gila oleh pembesar-pembesar Quraisy?! Padahal orang yang dituduh mereka sebagai gila itu hidup bersama mereka sekian lama dan mereka sendiri mengakui tentang kebijiaksanaan dan ketinggian akhlaqnya. Bukan al-Qur'an sahaja membuktikan kebenaran Muhammad, kewujudan
beliau di kalangan mereka sendiri buat sekian lama juga merupakan bukti yang terang tentang kerasulannya. Tiada orang lain yang lebih mengenalinya daripada mereka.
Kenapa mereka tetap menuduhnya gila. Tidak kerana lain. kerana al-quran itulah juga.Kalaulah manusia - termasuk orang-orang kafir Quraisy - merhatikan al-qur'an dan membandingkannya dengan buku-buku lain yang ditulis manusia tentu mereka akan sedar bahawa al-Qur'an itu bukan hasil ciptaan manusia. la adalah kalam Allah. Manusia tidak akan mampu menandinginya, bahkan tidak akan mampu mengadakan satu surah pun seumpamanya.
Muqsam alaih yang tersebut di dalam ayat 2-4 bukan dikemukakan untuk menghibur hati Nabi saw. Bukan juga untuk memujuk beliau yang begitu sakit hati dan sedih dengan kata-kata kesat dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pemuka-pemuka quraisy terhadap beliau. Ia sebaliknya merupakan bukti yang membenarkan Muhamad s.a.w.
dan mendustakan orang-orang yang menuduhnya gila. Orang-orang yang menuduhnya itulah sebenarnya yang gila. Nabi s.a.w. yang yakin bahawa beliau adalah rasul yang haq dari Allah dan diperkuatkan pula dengan al-Qur'an. tentunya dia tidak terkesan dengan tuduhan-tuduhan palsu seperti itu.
(2) Berdasarkan tertib turun surah-surah al-Qur'an, surah al-Fajr adalah yang kelima mengandungi sumpah Allah.
Di dalamnya Allah berfirman.
113
Tiada ulasan:
Catat Ulasan