Rabu, Oktober 28, 2020

Tafsir asas quran nota 7(114).

Tafsir asas quran nota 7(114).


Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ 
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ 
Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ 
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 

Al-Fajr 89:6
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ 
Al-Fajr 89:7

إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ
Al-Fajr 89:8
ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَٰدِ 

Al-Fajr 89:9
وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ 


Al-Fajr 89:10
وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ 


Al-Fajr 89:11
ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ 

Al-Fajr 89:12
فَأَكْثَرُوا۟ فِيهَا ٱلْفَسَادَ 

Al-Fajr 89:13
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ 

Al-Fajr 89:14
إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ 
Bermaksud: 
Demi fajar(1)
Demi malam yang sepuluh ; (2) 
Demi yang genap dan yang ganjil; (3) 
Demi malam, apabila ia berlalu; (4) 
Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal (5) 
Apakah kamu (Muhammad) tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap (kaum) ‘Ad?(6) 
yaitu) penduduk Iram (ibukota kaum ‘Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi(7)
yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain(8)
Dan terhadap kaum Tsamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
dan kaum Fir‘aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak)(10)
yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri(11)
lalu mereka melakukan dengan banyaknya  kerusakan dan bencana  di negeri itu(12)
karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab kepada mereka(13)
sesungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi(14)
(al-Fajr:1-14).

Selepas mengemukakan muqsambihi melalui empat ayat, bermula dari ayat 1 hingga ayat 4, Allah mengemukakan pula kisah kehancuran dan kemusnahan tiga kaum yang
sangat derhaka dan bermaharajalela di negeri masing-masing. Setelah itu barulah dikemukakan muqsam alaihnya. iaitu ayat ke 14 surah berkenaan إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ 
(Sesungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi)

Sebagaimana Allah  mengawasi dan seterusnya menimpakan azab ke atas umat yang derhaka  zaman dahulu. Allah juga  mengawasi dan akan menghukum orang-orang yang semasa dengan rasulNya Muhammad 
s.a.w. Yang demikian itu adalah sunnahNya. Jika dilihat kepada masa dan waktu kaum-kaum yang disebut Allah sebagai kaum-kaum  yang telah dibinasakan niscaya anda akan dapati waktu-waktu kebinasaan dan kemusnahan mereka ialah yang disebut Allah sebagai muqsam bihi di permulaan surah ini. Kaum Nabi Saleh yang lebih dikenali sebagai kaum Tsarnud telah musnah dengan
satu gegaran yang amat kuat pada waktu Fajar. Perihal kaum T'samud, kehebatan dan

114

Tiada ulasan:

Catat Ulasan