Jumaat, Oktober 30, 2020

Tafsir asas quran notabaca ‎6(083-118)s

Tafsir asas quran notabaca 6(083-118)s

(14) Mengetahui Kesinambungan Di Antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah- Sumpah Allah Di Dalam AI-Qur'an.

Usul keempat belas ialah berusaha memahami maksud segala sumpah Allah di dalam al-Qur'an. Ia mustahak sekali difahami dengan sebaik-baiknya. Apa yang sangat perlu
dipastikan ialah memahami perkaitan di antara dalil dan madlulnya atau dengan kata lain,perkaitan di antara "muqsam bihi" dan "muqsam 'alaih"nya. Sumpah-sumpah Allah didalam al-Qur'an itu sebenarnya adalah dalil-dalil yang tersendiri.

Antara tokoh ulama yang telah menulis secara khusus tentang topik sumpah Allah di dalam al-Qur'an ialah al-Imam Ibnu al-Qaiyyim Hameeduddin @ Abdul Hameed al-Faraahi dan Ahmad Kamal al-Mahdi. Buku Ibnu al-Qaiyyim bernama at-Tibyaan FiAqsaami al-Qur'an. Buku al-Faraahi bernama al-Im'aan Fi Aqsaami al-Qur'an dan buku Ahmad Kamal al-Mahdi pula bernama Aayaat al-Qasam Min al-Qur'an al-Karim.

Di dalam al-Qur'an terdapat sebanyak 200 lebih sumpah. Hampir seratus daripadanya dengan jelas menggunakan perkataan sumpah. Termasuklah di dalamnya sumpah Allah,sumpah para nabi dan rasul, juga sumpah-sumpah orang-orang lain selain Allah dan rasul-rasulNya.
Bahasa 'Arab terkenal dengan kesenian ibaratnya. Gaya bahasa yang berbeda diguna untuk menyatakan maksud dan tujuan yang berbeda. Gaya bahasa yang berbeda juga
diguna ketika berbicara dengan orang-orang yang latar belakangnya berbeda. Kerana itulah sesuatu cerita (khabar) menurut ilmu Ma'ani (salah satu cabang seni bahasa 'Arab), semestinya disampaikan sesuai dengan tiga tahap sikap manusia yang akan menerimanya. 

Al-Ibtida'i (الابتدائي) digunakan untuk orang yang kosong fikirannya daripada sebarang keputusan tentang sesuatu cerita yang disampaikan. Cerita yang disampaikan kepada
orang-orang pada tahap ini tidak perlu diperkuatkan dengan apa-apa kata penguat. 

At-Thalabi (الطلبي)digunakan untuk orang yang ragu-ragu dan sangsi tentang sesuatu cerita yang disampaikan kepadanya. Dalam keadaan ini eloklah cerita yang hendak disampaikan itu diperkuatkan dengan sedikit kata penguat, supaya keraguan yang berlegar-legar di dalam hatinya bertukar kepada keyakinan. 

Al-Inkaari (الإنكاري) pula digunakan untuk orang yang menolak cerita yang disampaikan dan langsung tidak
percaya kepadanya. Dalam keadaan ini cerita yang hendak disampaikan itu mestilah diperkuatkan dengan kata penguat tertentu. Kata penguat yang digunakan mungkin hanya satu atau dua perkataan sahaja. Mungkin juga lebih dari itu, dalam beberapa bentuk, sesuai dengan keadaan kuat atau lemahnya penolakan oleh pihak yang dihadap cakap.

Sumpah sebenarnya merupakan salah satu bentuk kata penguat bagi sesuatu cerita yang disampaikan. Oleh kerana al-Qur'an itu diturunkan sebagai hidayah dan untuk
membimbing semua lapisan dan tahap masyarakat manusia dan jin, sedangkan ada antara mereka yang meraguinya dan ada pula yang langsung tidak mempercayainya, malah mendustakannya, maka semestinyalah sesuatu yang hendak disampaikan kepada mereka diperkuat dengan kata-kata penguat tertentu. Antara kata penguat yang sering digunakan
oleh Allah di dalam al-Qur'an ialah sumpah (أسلوب القسم)
Antara tujuannya ialah menghilangkan keraguan orang yang ragu dan menghapuskan terus kekeliruan yang membuatkan mereka menolak dan tidak mempercayainya, dengan mengemukakan satu bentuk kata penguat yang pada hakikatnya merupakan bukti, dalil dan hujah dari pihak Allah kepada 'aqal dan hati nurani manusia.

Enam Perkara Yang Mesti Diketahui Dalam Bab sumpah:
(1) Iaitu أداة القسم  Perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah. 
(2)Iaitu مقسم به iaitu perkataan yang digunakan buat bersumpah. 
(3) Iaitu مقسم عليه iaitu perkara yang diangkat sumpah kerananya.
(4) Iaitu غرض القسم iaitu tujuan sumpah. 
(5) Kesinambungan dan
kesesuaian di antara perkataan yang digunakan buat bersumpah dan perkara yang diangkat sumpah kerananya (الناسبه بين المقسم به والمقسم عليه).
(6)Keadaan-keadaan orang yang dikhithab (dihadap cakap) dengan ayat sumpah (أحواف المخاطبين بجملة القسم).

Perkataan Yang Digunakan Khusus Untuk Menunjukkan Erti Sumpah.
Pada umumnya empat huruf berikut diguna untuk menunjukkan erti sumpah. 
(a) Baa, (ب)
(b) Taa' (ت) 
(c) wau (و) dan 
(d) Laam (ل). 
Semuanya memberi erti yang sama iaitu demi.
Huruf sumpah dengan majrurnya bergantung (berta'alluq) kepada fiil qasam yang ditaqdirkan seperti,أحْلِفُ, ُأُقْسِم dan sebagainya. Daripada gabungan fiil qasam dan failnya
serta jaar dan majrurnyalah terbentuk ayat sumpah (جملة القسم) Kadang-kadang perkataan sungguh خير  dan لا خير  (sudah tentu, mesti, tidak dapat tidak) juga diguna untuk menunjukkan erti sumpah.

Pembahagian Sumpah Dilihat Kepada Bentuk Jawab Sumpahnya.
Setiap ayat sumpah mesti diiringi ayat jawab sumpah. Syarat ayat jawab sumpah ialah ia mesti digunakan dalam bentuk خبرية(ayat cerita), bukan dalam bentuk تعجبيه (ayat yang menyatakan kekaguman atau kekagetan). 

Contonya, أقسم بالله لا أنقاد لراي يجافي العدالة
(Aku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak akan menurut pendapat yang mengenepikan keadilan). أقسم بالله dalam contoh ini adalah ayat sumpah. Dan
لا أنقاد لرأي يجافي العدالة
adalah ayat jawab sumpah. Ayat jawab sumpah seperti ini dipanggil قسم خبري  atau قسم غير إستعطافي. Ayat jawab sumpah dari jenis ini tiada kedudukannya dalam I'raab لا محل لها من. Jika ayat jawab sumpah dikemukakan dalam bentuk jumlah insya'iyyah dengan tujuan menginsafkan, menyedarkan atau memprovokasi seseorang, maka ayat sumpah seperti itu dipanggil قسم استعطافي. Dalam ayat sumpah seperti ini, jawab sumpahnya mestilah
digunakan dalam bentuk jumlah insya'iyyah. Contohnya بربك هل رحمت الثكلى (Demi Tuhanmu, kenapa tidak engkau mengasihani perempuan yang kematian anaknya itu?!).
Ayat sumpah dari jenis ini juga tiada kedudukannya dalam I'raab (لا محل لها من الإعراب)"

Pada ayat jawab قسم استعطافيز tidak diperlukan apa-apa tambahan lagi. Sementara pada ayat jawab قسم  خبري  atau  قسم غير استعطافي masih diperlukan kepada tambahan perkataan- perkataan tertentu, seperti ل dan قد,  ل sahaja, haraf nafi, ل dan ن تأكيد  atau إنِّ dan ل تاكيد sebagainya. 

Sebenarnya sumpah atau qasam dikemukakan untuk menguatkan مقسم عليه. Untuk lebih menguatkannya lagi, kadang-kadang ditambahkan perkataan-perkataan tertentu di dalam ayat sumpah. Misalnya ditambahkan perkataan ي (ya), haraf ijab sebelum perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah. Penggunaan seperti ini ada di dalam firman Allah berikut:

Yunus 10:53
وَيَسْتَنۢبِـُٔونَكَ أَحَقٌّ هُوَۖ قُلْ إِى وَرَبِّىٓ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۖ وَمَآ أَنتُم بِمُعْجِزِينَ 
Bermaksud: Dan mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya
ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya"(Yunus:53).

Untuk meringkaskan ayat dan kerana perbuatan sumpah yang jelas, kadang-kadang perkataan sumpah dengan haraf jarnya dibuangkan terus. Yang tersebut hanyalah jawab
sumpahnya sahaja. Misalnya firman Allah berikut:

Al-Ahzab 33:21
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا 
Bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab:21).

Apa yang seharusnya ditaqdirkan sebelum  لقد كان لكم di dalam ayat di atas ialah والله (Demi Allah). Di situ أداة قسم dan مقسم عليه , kedua-dua sekali dibuang untuk meringkaskan ayat.
Yang ditinggalkan hanyalah  مقسم عليه atau jawab sumpah sahaja. Kadang-kadang pula dibuangkan jawab sumpah untuk meringkaskan ayat, kerana ia dikira sebagai sesuatu yang maklum. Yang ada hanyalah perkataan sumpah. Menurut sesetengah ulama, qaedah inilah yang berlaku pada firman Allah berikut:

Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ 
Bermaksud: Shaad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran" (.Shaad: 1).

Di dalam ayat ini أداة قسم  dan  مقسم به  disebutkan, tetapi jawab qasamnya tidak. Taqdirnya ialah لأعذبنهم على كفرهم (pasti akan Ku azab mereka kerana kekufuran mereka).
Kadang-kadang pula ayat jawab sumpah tidak dibuang sepenuhnya. Yang dibuang daripadanya hanyalah perkataan-perkataan ل dan قد. Contohnya dapat dilihat pada jawab sumpah bagi sumpah-sumpah yang diangkat Allah di permulaan Surah al-Buruj. Setelah mengemukakan tiga ayat sumpah, Allah mengemukakan ayat 4 sebagai jawab sumpahnya begini:
قُتِلَ أَصْحَٰبُ ٱلْأُخْدُودِ 
Bermaksud: Celakalah kaum yang menggali parit, 
(al-Buruj:4).

Dibuangkan ل dan قد dari permulaan ayat 4 yang merupakan ayat jawab sumpah. Meskipun و merupakan haraf qasam (perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah) yang paling banyak digunakan, termasuk di dalam al-Qur'an sendiri, namun para ulama Nahu bahasa 'Arab tidak menganggapnya sebagai haraf qasam yang asal. Ini kerana ia tidak memasuki dhamir (kata ganti nama) dan tidak juga digunakan dalam قسم استعطفي sebelum ayat pertanyaan misalnya. Haraf qasam yang asal bagi mereka ialah ب. Ini kerana  mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Antaranya:
(1) Fi'il qasam harus (boleh) disebutkan bersama-samanya" Contohnya ialah firman Allah berikut:

An-Nisa' 4:62
فَكَيْفَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۢ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَآءُوكَ يَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ إِنْ أَرَدْنَآ إِلَّآ إِحْسَٰنًا وَتَوْفِيقًا 
Bermaksud: Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka
datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)." 
(an-Nisaa' :62).

(2) huruf ب harus (boleh) memasuki dhamir (kata ganti nama). Kerana itu anda harus berkata begini: 
بك لأفعلن كذا وكذ
Demi engkau, aku pasti melakukan sekian-sekian).

(3) Dalam قسم استعطافي hanya ب  sahaja digunakan. Contohnya: 
بالله هل قام زيذ؟
(Demi Allah, adakah Zaid telah berdiri?).
Haraf ت pula hanya digunakan sebelum perkataan Allah dan Rab sahaja. Anda tidak boleh berkata, تالرحمن  atau تاالرحيم. Bagaimanapun, kata as-Suhaili, sesetengah orang
'Arab tetap menggunanya sebelum perkataan الرحمن atau perkataan حياتك sebagai haraf qasam.

Menurut az-Zamakhsyari, perbezaan antara ت dan ب  qasam ialah ب merupakan haraf qasam yang asal. Sedangkan  ت  hanya merupakan ganti kepada haraf ب sebabnya ب dianggap sebagai haraf qasam yang asal ialah kerana penggunaannya paling luas berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Tetapi ت mempunyai kelebihan yang lain,
kerana ia kadang-kadang mengandungi ma'na ta'ajjub (kagum)"

Bahagian-Bahagian Ayat Qasam.
Perkataan sumpah sebenarnya  adalah أقسم  atau أحلف yang muta'addi dengan ب kepada perkataan  مقسم به .Selepasnya barulah dibawakan مقسم عليه  yang juga dipanggil jawab sumpah  atau جواب القسم.Semua yang  tersebut ini dapat anda lihat pada firman Allah

An-Nahl 16:38
وَأَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْۙ لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ
Bermaksud: Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati... (an-Nahl:38)"

Jadi secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa ayat qasam itu terbahagi kepada tiga' 
( 1)perkataan fiil yang muta'addi dengan ب kepada'muqsam bihi' untuk menunjukkan erti qasam. 
(2) Perkataan yang dijadikan 'muqsam bihi'" 
(3) 'Muqsam 'alaih' atau jawab qasam. Ia merupakan sesuatu yang dilakukan sumpah kerananya" .

Di dalam ayat di atas sebagai contohnya, perkataan أقسموا yang mut'addi denga ب kepada perkataan Allah itu adalah fiil qasam dan ayat   لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ    adalah 'Muqsam alaih ' atau jawab  qasam. 

Firman Allah ini mengumpulkan dengan jelas semua bahagian ayat qasam'.

Oleh kerana qasam (sumpah) selalu digunakan oleh orang-orang  'Arab dalam bahasa percakapan mereka, diringkaskanlah ayatnya dengan membuangkan perkataan fi'il dan dikekatkan ب sahaja sebagai gantinya. Jika 'muqsam bihi'nya isim zahir , ditukarlah ب
dengan و sebagai haraf qasam. Keadaan ini dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut

An-Najm 53:1
وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ 
Bermaksud: Demi bintang semasa ia menjunam. 
(an-Najm:1).

Dari segi disebut fiil qasam dan muqsam bihi atau tidak disebut pula qasam terbahagi kepada dua bahagian. 
(1) Qasam zahir. (2) Qasam mudhmar.

Qasam zahir ialah ayat qasam yang disebut dengan terang di dalamnya fiil qasam dan muqsam bihi. Kadang-kadang fiil qasam dibuang, tetapi haraf jar و،ب  atau ت yang
merupakan haraf qasam bersama-sama 'muqsam bihi'nya tetap disebutkan.

Qasam mudhmar pula ialah ayat qasam yang tidak disebut dengan terang di dalamnya fiil qasam dan muqsam bihi. Bagaimanapun, jawab qasamnya dimulai dengan ل مؤكدة

(Laam yang merupakan kata penguat) yang menunjukkan ada sesuatu fiil qasam dengan 'muqsam bihi'nya yang dibuang. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Aal-Imran 3:186
لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَذًى كَثِيرًاۚ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ 

Bermaksud: Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang patut diutamakan.
(Aali 'Imraan: 186).

Fi'il qasam bersama haraf qasam dan muqsam bihi'nya atau haraf qasam sahaja dengan muqsam bihi, iaitu والله seharusnya ditaqdirkan (diandaikan ada) di sini.

Antara Qasam Dan Syarat .
Qasam dan syarat mungkin terkumpul pada sesuatu tempat. Kedua-duanya memerlukan jawab. Dalam keadaan ini apa yang perlu dilihat ialah mana satu daripada dua perkara itu disebutkan dahulu. Kalau qasam disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab qasam. Jawab syarat tidak diperlukan lagi. Kalau syarat pula yang disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab syarat.Jawab qasam tidak diperlukan lagi. Jawab kepada salah satu daripadanya dikira sudah memadai dan mencukupi untuk kedua-duanya. Pada umumnya qasamlah yang disebutkan lebih dahulu daripada syarat. Contohnya:

Maryam 19:46
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ ءَالِهَتِى يَٰٓإِبْرَٰهِيمُۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَۖ وَٱهْجُرْنِى مَلِيًّا
Bermaksud: Dia (bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku), niscaya engkau akan ku rejam dan (ingatlah! lebih baik) engkau tinggalkanlah daku buat (Maryam:46).

Oleh kerana di dalam ayat ini qasam disebutkan dahulu daripada syanat, maka لأرجمنك menjadi jawab qasam, bukan jawab atau jaza' bagi syarat. Taqdir ibaratnya ialah: 
وَالله إن لمتننه لأرجمنك
 yang masuk pada haraf syarat إن itu tidak sama dengan Laam yang masuk pada أرجمنك. Ia masuk pada haraf syarat إن untuk memberitahu bahawa jawab yang akan datang selepasnya adalah jawab qasam, bukan jawab atau jaza' bagi syarat. Kerana itu ia dipanggil الام الموطنة للقسم المحذوف atau Laam yang meratakan jalan untuk qasam yang dibuang" Laam ini biasanya memasuki إن شرطية Kadang-kadang ia juga memasuki haraf-haraf syarat yang lain selain إن, seperti ما  dan من . Sesetengah ahli ilmu Nahu menamakan Laam ini dengan Laam syarat. Kerana ia memasuki haraf syarat. Walau bagaimanapun, perlu sekali diingat bahawa    اللا الموطنة ini tidak semestinya tersebut sebelum haraf syarat. Kadang-kadang dalam keadaan qasam muqaddar atau qasam mudhmar pun, ia tidak disebutkan. Contohnya dapat anda lihat pada firman Allah berikut:

Al-Ma'idah 5:73
لَّقَدْ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٍۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّآ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا۟ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Bermaksud: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: BahawasanyamAllah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika metekl tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu. pasti orang- orang yang kafir dari antara mereka ditimpa siksaan yang pedih.(al-Maa'idah:73). 

Lihat khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya. Taqdiribaratnya ialah: والله إن لم ينتهوا  hingga ke akhir ayat.

Kebanyakan ulama Nahu dan ahli Tafsir menerima qasam muqadaar (sumpah yang ditaqdirkan) pada sekian banyak ayat al-Qur'an, apabila ada padanya tanda-tanda sumpah. Tanda-tanda sumpah itu antara lainnya ialah: 
(1) Adanya Laam sebelum إن yang dianggap mereka sebagai    اللام الموطئة للقسم المحذوف  Namun satu perkara perlu sekali diingati bahawa setiap kali dijumpai لئن , tidak semestinya ditaqdirkan qasam (sumpah) yang dibuang. Ada kalanya Laam itu semata-mata memberi ma'na ta'kid tanpa mengandungi ma'na qasam pun. Ta'kid itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu gayabahasa'Arab yang tersendiri. 

(2) Ada Laam ta'kid pada f il jawab.

(3) Apabila ada Laam qasam.


Beberapa Perkataan Fi"il Yang Bertindak Seperti Fi'il Qasam.
Di dalam al-Qur'an terdapat beberapa perkataan fiil yang bertindak seperti fiil qasam.Ia juga menghendaki jawab seperti fiil qasam. Di bawah ini dikemukakan fiil-fiil yang
dimaksudkan itu:
(1) Perkataan تَأَذَّنَ . Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-A'raf 7:167
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ مَن يَسُومُهُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ ٱلْعِقَابِۖ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu, bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada mereka (kaum Yahudi) itu, (terus
menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan kepada mereka azab sengsara yang seburuk- buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka).
Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguturya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-A'raaf:167)

Di dalam al-Kasysyaaf az-Zamakhsyari menyebutkan, bahawa تِأِذَّنِ adalah satu fiil yang bertindak seperti fiil qasam. Kerana itulah jawabnya ليبعثن  datang seperti jawab qasam.

(2)Perkataan  عاهد. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Ahzab 33:15
وَلَقَدْ كَانُوا۟ عَٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ مِن قَبْلُ لَا يُوَلُّونَ ٱلْأَدْبَٰرَۚ وَكَانَ عَهْدُ ٱللَّهِ مَسْـُٔولًا 
Bermaksud: Padahal sesungguhnya mereka telah pun mengikat j*ji (bersumpah) dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan mundur (dari medan perang yang mereka hadhiri)" Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). (al-Ahzaab:15).

Di dalam at-Tibyaan Fi I'raab al-Qur'an tersebut لايولون adalah jawab qasam. Kerana perkataan عاهدوا dipakai dengan    اَقسموا )mereka bersumpah).

(3) perkataan تَمَّتْ contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Hud 11:119
إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ 
Bermaksud: Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat itulah Allah menjadikan
manusia dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa).(Huud:119).

Di dalam Tafsir al-Bahru al-Muhith tersebut, bahawa jumlah  تَمَّتْ    itu mengandungi ma'na qasam (sumpah). Maka
sesuailah Laam pada   لأملأن selepasnya sebagai  Laam jawab qasam.

(4) perkataan قَضَيْنَآ contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Isra' 17:4
وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ فِى ٱلْكِتَٰبِ لَتُفْسِدُنَّ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا 
Bermaksud: Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (al-Israa,:4).

Di dalam Tafsir al-Kasysyaaf az-zamakhsyari menyebutkan, bahawa harus juga dikatakan  قَضَيْنَآ sebagai fiil yang bertindak seperti fiil qasam. Dan لتفسدن adalah
jawabnya. Seolah-olahnya dikatakan, وأقسمنا لتفسد (Kami telah bersumpah, bahawa sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan).

(5) perkataan وعد Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْض

Bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah- khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, ... (an-Nuur:55).

An-Nur 24:55
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًاۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ 
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahwa Dia sungguh, akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh, Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia ridhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu apa pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Az-zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf berkata, fiil qasam di dalam ayat ini dibuang. Taqdirnya 
وَعَدَ هم ٱللَّهُ  وأقسم ليستخلفنهم
Kata beliau, harus juga dikatakan  وَعَدَ ٱللَّهُ,  iaitu janji
Allah itu oleh kerana suatu yang pasti akan berlaku. Maka ia disambut seperti disambut ayat qasam. Seolah-olahnya dikatakan begini: أقسم الله ليستخلفنهم
(6) perktaan كتب Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Mujadila 58:21
كَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا۠ وَرُسُلِىٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ 
Bermaksud: Allah telah menetapkan: Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (À-Mujadilah:21).

(7) perkataan  يعلم. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Ya Sin 36:16
قَالُوا۟ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ 
Bermaksud: Mereka berkata: "Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepada kamu". (Yaasin: 16).

Kata az-Zamakhsyari,  رَبُّنَا يَعْلَمُ  dalam kekuatannya sama seperti ayat qasam.

(8)perkataan  يشهد. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Munafiqun 63:1

إِذَا جَآءَكَ ٱلْمُنَٰفِقُونَ قَالُوا۟ نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ 
Bermaksud: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar- benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (al-Munafiqun:1)"


Di dalam al-Kasysyaaf Zamakhsyari berkata perkataan  نَشْهَدُ  dan  يَشْهَدُ di dalam firman Allah ini sama seperti sumpah. Kerana di tempat yang boleh digunakan sumpah sebagai
penguat, di situ syahadah (penyaksian) bertindak sebagai sumpah.

(9)perkataan  أَخَذَ  مِيثَٰقَ . Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Aal-Imran 3:187
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka
menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. 
(Aalii 'Imraan: 187).

Aal-Imran 3:187
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ 
Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (yaitu), “Hendaklah kamu benar-benar menerangkannya (isi Kitab itu) kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan (janji itu) ke belakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah. Maka itu seburuk-buruk jual-beli yang mereka lakukan.


Abu al-Baqaa'al-'Ukburi (m.616H) di dalam at-Tibyaan Fi I'raabi al-Qur'an menulis,"Oleh kerana  أَخَذَ  مِيثَٰقَ  menepati ma'na sumpah, f il jawabnya disertai Laam dan Nun
ta'kid (Laam dan Nun yang digunakan sebagai kata penguat).

(10) rangkaikata أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Qalam 68:39
أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ عَلَيْنَا بَٰلِغَةٌ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِۙ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ 
Bermaksud: Atau adakah kamu nendapqt  akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? (al-Qalam:39).

Az-Zamakhsyari dan Abu Hayyaan al-Andalusi mengatakan, أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ عَلَيْنَا    itu    bererti  أَمْ  أَقْسَمْنَا  لَكُمْ
(adakah Kami telah bersumpah untuk kamu). Jumlah إن لكم لما تحكمون adalah jawab qasam"



(Muqsam Bihi)مقسم به Di Dalam Al-Qur'an.
Muqsam bihi مقسم به atau perkataan yang digunakan buat bersumpah di dalam al-Qur'an itu ada banyak.
Tetapi secara kasar ia dapat dibahagikan kepada beberapa perkara berikut:
(1) Pada 8 tempat Allah telah menjadikan perkataan رب sebagai muqsam bihi.
MaksudNya ialah menarik perhatian manusia kepada sifat rububiyyahNya.
(2) Pada 17 tempat, ilmuNya dijadikan sebagai muqsam bihi.
(3) KemuliaanNya dijadikan sebagai muqsam bihi pada 1 tempat.
(4) Kitab suci al-Qur'an dengan lafaz al-Qur'an sendiri dijadikan sebagai muqsam bihipada 3 tempat.
(5) Pada 3 tempat yang lain pula al-Qur'an dengan lafaz al-Kitab dijadikan sebagai muqsam bihi.
(6) Diri Rasulullah s.a.w. dijadikan sebagai muqsam bihi pada 2 tempat"
(7) Pena atau القلم pada I tempat.
(8) Para malaikat pada 2 tempat.
(9) Pada 13 tempat, kejadian-kejadianNya yang hebat di alam semesta dijadikan sebagai muqsam bihi.
(10) Hari kiamat dijadikan sebagai muqsam bihi pada beberapa tempat.

Firman Allah di dalam Surah al-Haaqqah ayat 38-40 dan seterusnya merupakan sumpah Allah yang paling tuntas dan komprehensif. Kerana ia mengumpulkan segala yang dapat disaksikan dan segala yang ghaib sebagai muqsam bihi. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:

Al-Haqqah 69:38
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ 
Al-Haqqah 69:39
وَمَا لَا تُبْصِرُونَ 
Al-Haqqah 69:40
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ 
Bermaksud: Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang dapat kamumelihatnya, (38)
Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, (39)
Batrawa sesungguttnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh
Rasul yang mulia. (40). (al-Haaqqah:38-40).


Di dalam al-Qur'an hanya pada 8 tempat sahaja Allah sendiri menyebutkan رب(Tuhan) iaitu diriNya sebagai muqsam bihi. Sedangkan pada tempat-tempat lain semua yang dijadikan sebagai muqsam bihi adalah makhluk ciptaanNya. Kepada Allah, semuanya boleh dijadikan sebagai muqsam bihi. Tetapi kepada manusia, menjadikan sesuatu yang lain selain Allah sebagai muqsam bihi merupakan kesyirikan. Ibnu Umar meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ حَلَفِ بِغَيْرِ الله فَقَدْ أَشْرَكَ
Bermaksud: Sesiapa bersumpah dengan selain Allah bererti dia telah melakukan kesyirikan.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibbaan , Tirmizi, Haakim , al-Bazzaar dan lain-lain).


Tempat-Tempat Di Mana Allah Menjadikan ZatNya (Dirinya Sendiri) Sebagai Muqsam Bihi.
Pada semua tempat yang Allah jadikan zat (diriNya sendiri) sebagai muqsam bihi, digunakan perkataan رب (Tuhan) Ia terletak pada 8 tempat. Pada tiga tempat daripadanya, Allah memerintahkan NabiNya supaya bersumpah menggunakan perkataan tersebut. Tempat-tempat berkenaan adalah seperti berikut:

(1) Di dalam Surah Saba'. Allah berfirman:
Saba' 34:3
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَا تَأْتِينَا ٱلسَّاعَةُۖ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَٰلِمِ ٱلْغَيْبِۖ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَلَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَآ أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرُ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ 
Bermaksud: Dan orang-orang yag kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah: "Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui segala
perkara ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tiada tersembunyi daripadaNya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tiada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata
(Lauh Mahfuzh)". (Saba' :3).

(2)Di dalam Surah at-Taghaabun. Allah berfirman:
At-Taghabun 64:7
زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْۚ وَذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ 
Bermaksud: Orang-orang yang kafir mengatakan bahawa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: "Memang, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan
dibangkitkan, kemudian akan diberitahu kepadamu apa yang telah kamu ke{akan". Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (at-Taghaabun:7).

(3) Di dalam Surah Yunus. Allah berfirman:
Yunus 10:53
وَيَسْتَنۢبِـُٔونَكَ أَحَقٌّ هُوَۖ قُلْ إِى وَرَبِّىٓ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۖ وَمَآ أَنتُم بِمُعْجِزِينَ 
Bermaksud: Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah (kedatangan azab yang dijanjikan) itu benar? Jawablah: Ya
demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya. (Yunus: 53)"

Pada tiga tempat ini ayat sumpah digunakan sebagai penguat untuk menyatakan kedahsyatan hari kiamat dan kepastian akan berlakunya. Yang bersumpah dengan nama
Tuhan (رب) pula ialah Nabi s.a.w. ta juga dikemukakan sebagai dalil, meskipun muqsam bihinya adalah Allah s.w.t. sendiri.

(4) Di dalam Surah az-Zaariyaat. Allah berfirman:
Adh-Dhariyat 51:23
فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ إِنَّهُۥ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَآ أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ 
Bermaksud: Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti yang disebut-sebutkan olehmu. (az-Zaariyaat:23).

(5) Di dalam Surah al-Ma'arij. Allah berfirman:
Al-Ma'arij 70:40
فَلَآ أُقْسِمُ بِرَبِّ ٱلْمَشَٰرِقِ وَٱلْمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ 
Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempaterbit (matatrari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya. Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa - (40) membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan. (41). (al-Ma'arij:40-41).

(6) Di dalam Surah Maryam. Allah berfirman:
Maryam 19:68
فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَٱلشَّيَٰطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا  
Bermaksud: Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka (yang kafir) itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar,
kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di sekeliline Neraka Jahannam. (Maryam:68).

(7) Di dalam Surah al-Hijr. Allah berfirman:
Al-Hijr 15:92
فَوَرَبِّكَ لَنَسْـَٔلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ 
Al-Hijr 15:93
عَمَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya(pada hari kiamat kelak), (92) mengenai apa yang mereka telah lakukan dahulu. (93).
(al-Hijr:92-93).

(8) Di dalam Surah an-Nisaa'. Allah berfirman:
An-Nisa' 4:65
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak beriman (dalam erti kata yang sebenarnya) sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hatimereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (an-Nisaa':65).

Inilah 8 tempat di dalam al-Qur'an di mana Allah bersumpah dengan ZatNya sendiri sebagai Tuhan (رب) dengan menjadikannya muqsam bihi demi mengisyaratkan kepada
sifat rububiyyahNya. 

Selain itu Allah s.w.t. juga bersumpah di dalam al-Qur'an dengan makhluk-makhluk kejadianNya di alam semesta, fenomena alam, hari kiamat, syaflq, siang, malam 
lain-lain, khususnya di permulaan surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. diperingkat awal kenabian Baginda s.a.w.  Pada kebanyakan surah-surah itu Allah telah  menjadikan femomena alam sebagai muqsam bihiNya. 

Az-Zarkasyi di dalam al-Burhan Fi 'Ulum al-Qur'annya menulis bahawa di permulaan 15 Surah-Surah al-Qur'an Allah tidak bersumpah dengan namaNya, malah sebaliknya telah bersumpah dengan makhluk-makhluk kejadianNya. Surah-surah berkenaan adalah seperti berikut:
(a) as-Shaffaat 
(b) az-Zaariyaat 
(c) at-Thur 
(d) an-Najm 
(e) al-Mursalaat 
(f) an-Naazi'aat
(g) al-Buruj 
(h) at-Thaariq 
(i) al-Fajr 
(j)as-Syams 
(k) al-Lail 
(l) ad-Dhuha 
(m) at-Tiin 
(n)al-Aadiyaat 
(o) al-'Ashr.
Kenapa Allah Bersumpah Dengan Femomena Alam Dan Makhluk-Makhluk;Ciptaannya? Sesetengah ahli Tafsir dan ahli ilmu al-Kalam menimbulkan persoalan bahawa kenapa
Allah dengan segala keagungan dan kebesaran yang ada padaNya perlu bersumpah apabila hendak menyatakan perkara-perkara tertentu? Dan kenapa pula pada sekian
banyak tempat di dalam al-Qur'an Allah tidak bersumpah dengan namaNya atau ZatNya sendiri, sebaliknya bersumpah dengan femomena alam dan maklrluk-makhluk
ciptaannya? Padahal bukankah nabi s.a.w. telah melarang umatnya daripada bersumpah dengan sesuatu selain Allah?

Beberapa jawapan telah diberikan kepada tiga persolan yang ditimbulkan itu. Antara lainnya adalah seperti berikut:

(1) Sumpah Allah dengan fenomena alam atau makhluk- makhluknya hanya pada zahir sahaja kelihatan sebagai muqsam bihi. Sedangkan muqsam bihi sebenarnya adalah
sesuatu yang mahzuf (dibuang). Sesuatu yang mahzuf itu adalah رب yang juga merupakan nama sifat Allah.

 Pada والتين واليتون demi Tuhan Tiin dan Zaitun) misalnya,
haruslah ditaqdirkan ورب التين والزيتون . Pada والشمس وضحاها pula misalnya, haruslah
ditaqdirkan ورب الشمس وضحاها  (Demi matahari dan waktu dhuhanya) dan begitulah seterusnya.

Ibnu Abi Haatim meriwayatkan bahawa Hasan al-Bashri berkata, Allah s.w"t. boleh bersumpah dengan siapa atau apa saja dari makhluk-makhlukNya, sedangkan tiada siapa
pun dari makhlukNya boleh berbuat begitu. Mereka hanya dibenarkan bersumpah dengan nama Allah sahaja.
Apabila Allah bersumpah dengan kataNya: لعمرك  (Demi hidupmu) kepada Nabi s.a.w., maka itu bererti Dia hendak menyatakan kebesaran dan kedudukan yang tinggi
Muhammad s.a.w. di sisiNya kepada makhluk-makhlukNya yang lain. Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas, katanya, Allah tidak menjadikan sesuatu apa pun
yang lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya di sisiNya daripada Muhammad. KeranamAllah tidak pernah bersumpah dengan kehidupan sesiapapun dari kalangan makhlukNya selain Beliau s.a.w.

(2) Oleh kerana al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa 'Arab, maka qaedah penggunaanmbahasa oleh orang-orang 
'Arab juga diambil kira ketika Allah hendak menyampaikan
maksud-maksud tertentu. Orang-orang 'Arab apabila hendak menguatkan sesuatu cerita atau membuktikan kebenarannya selalu menggunakan sumpah, maka begitulah juga Allah, apabila hendak menguatkan sesuatu cerita atau membuktikan kebenarannya akan
menggunakan gaya bahasa sumpah. Hakikatnya anda baru akan dapat membuatkan seseorang manusia percaya kepada apa yang anda sampaikan kepadanya dan
menenangkan serta memuaskan hatinya apabila ia disokong dengan salah satu daripada dua perkara, iaitu dengan mengemukakan saksi atau bersumpah. Kedua-dua cara itu telah digunakan oleh Allah di dalam al-Qur'an. Itulah sebabnya Allah bersaksi atau bersumpah
apabila hendak menyatakan sesuatu perkara yang penting atau sangat-sangat mustahakmkepada manusia dalam menjalani kehidupannya di dunia.

(3) Apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka ia menunjukkan kelebihan, kepentingan, kegunaan dan khasiat-khasiat yang adampadanya. Oleh itu manusia tidak seharusnya mengabaikan dan tidak mempedulikannya, jika ia mahu berjaya dalam kehidupan di dunia ini.

(4) Kata Ibnu al-Qaiyyim, apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka ia mengisyaratkan kepada Zat Tuhan yang Maha Berkuasa
dan sifat-sifat Tuhan yang ada kaitan dengan kejadian dan penciptaannya. Ia juga merupakan dalil, bukti dan saksi bagi adanya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang
sempurna. Pada hakikatnya ia sama seperti bersumpah dengan ZatNya sendiri"

(5) Makhluk-makhluk ciptaan Allah yang dijadikan sebagai muqsam bihi itu sebenarnya adalah dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan kebenaran muqsam 
'alaih yang dikemukakan selepasnya. Oleh itu manusia tidak seharus bersikap sambil lewa dan bermudah-mudah terhadap muqsam' alaihnya.

Muqsam alaih مقسم عليه didalam alquran
Muqsam alaih مقسم عليه atau perkara yang diangkat  sumpah kerananya juga ada banyak.
Secara kasar ia dapat dibahagi kepada beberapa perkara berikut :
(1)Menurut Ibnu al Qaiyyim dalam tibyaan, Allah pada beberapa tempat bersumpah atas asas-asas iman yang wajib diketahui  dan dipercayai manusia. Dengan kata lain , perkara-perkara  yang berkaitan prinsip-prinsip imanlah yang dijadikan Allah sebagai muqsam alaih dalam sumpahnya. Hakikat ini dapat anda lihat pada contoh-contoh yang diberikan dibawah nanti:
(a)
As-Saffat 37:1
وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفًّا 

As-Saffat 37:2
فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجْرًا 
As-Saffat 37:3
فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكْرًا 
As-Saffat 37:4
إِنَّ إِلَٰهَكُمْ لَوَٰحِدٌ 

Bermaksud: Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret. (1) 
(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguh. (2) 
(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci(3)  
(sumpah demi sumpah)
( Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu, (4) (as-Shaffaat 1-4).
Ayat keempat dalam petikan di atas merupakan muqsam'alaih. Dan ia berkaitan dengan keimanan kepada ketauhidan Allah.

( b) Muqsam 'alaih ialah kebenaran kerasulan Muhammad s.a.w. Lihat misalnya di dalam firman Allah berikut:

Ya Sin 36:1
يسٓ 
Ya Sin 36:2
وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْحَكِيمِ 
Ya Sin 36:3
إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ 
Ya Sin 36:4
عَلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 

Bermaksud: Yaa Siin. (1) 
Demi Al-quran yang patuh hikmat.(2) 
Sesungguhnya engkau(wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,(3) 
yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).(4) (yaasiin:1-4).

Ayat ketiga dan keempat dalam petikan di atas merupakan muqsam 'alaih. Ia membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
(c) Kebenaran alquranndan bahawa ia memang Kitab yang diturunkan oleh Allah,kadang-kadang menjadi muqsam 'alaih. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Al-Waqi'ah 56:75
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ 
Al-Waqi'ah 56:76
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ 
Al-Waqi'ah 56:77
إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ 
Al-Waqi'ah 56:78
فِى كِتَٰبٍ مَّكْنُونٍ 

Al-Waqi'ah 56:79
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ 
Al-Waqi'ah 56:80
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 


Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan tempat-tempat beradanya bintang-bintang (75)
Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui (76)
Bahawasanya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang sangat mulia, (77)
(Ia) tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara (al-Lauhul Matrfuzh),(78) 
yang tidak dapat disentuh kecuali oleh orang-orang yang disucikan; (79) 
(Ia) diturunkan dari (Allah)Tuhan sekalian alam. (80). (al-Waaqi'ah:75 -80).

Ayat ke 77 hingga 80 dalam petikan di atas merupakan muqsam'alaih. Ia menyatakan kebenaran al-Qur'an dan keterpeliharaannya. Ia juga merupakan sebuah Kitab yang
benar-benar telah diturunkan oleh Allah, Tuhan sekalian alam.

(d) Hari akhirat yang dijanjikan sebagai hari pembalasan kepada amalan manusia, sama ada baik atau buruk juga kadang-kadang menjadi muqsam 'alaih. Ia antara lainnya dapat dilihat pada firman Allah berikut:

Adh-Dhariyat 51:1

وَٱلذَّٰرِيَٰتِ ذَرْوًا 
Adh-Dhariyat 51:2
فَٱلْحَٰمِلَٰتِ وِقْرًا 

Adh-Dhariyat 51:3
فَٱلْجَٰرِيَٰتِ يُسْرًا 
Adh-Dhariyat 51:4
فَٱلْمُقَسِّمَٰتِ أَمْرًا 
Adh-Dhariyat 51:5
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ 

Adh-Dhariyat 51:6
وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٰقِعٌ 

Bermaksud: Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian, benih dan lain-lainnya) dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguh (2) dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2) 
dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3) 
dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang ditugaskan mereka
membahagikannya; (4) 
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) dan sesungguhrya (hari)
pembalasan pasti terjadi. (6). (adz-Dzaanyaat: 1-6).

Ayat 5 dan 6 dalam petikan di atas merupakan muqsam 
'alaih. Ia rnembuktikan hari akhirat yang dijanjikan sebagai hari pembalasan kepada amalan manusia itu memang
benar.

(e) Kadang-kadang usaha, pekerjaan dan perihal manusia dijadikan muqsam'alaih. Lihat firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:

Al-Layl 92:1
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ 
Al-Layl 92:2
وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ 
Al-Layl 92:3
وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ 
Al-Layl 92:4
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ 

Demi malam apabila ia menutupi (cahaya siang). (1)
Demi siang apabila ia terang benderang(2) 
Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan,jantan dan betina); (3) 
Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.(4 ) (al-Lail:1-4).

Ayat 4 dalam petikan di atas adalah muqsam'alaih. Ia menunjukkan amal usaha manusia itu berbeda-beda dan tidak sama. Kerana itu wajar sekali kalau balasannya juga berbeda-beda dan tidak sama.

(2) Menurut Ibnu al-Qaiyyim lagi, sumpah diangkat untuk menguatkan dan memperteguh muqsam 'alaih. Kerana ifu, muqsam'alaih seharusnya termasuk dalam perkara-perkara
yang elok dan munasabah kalau diangkat sumpah kerananya. Misalnya perkara-perkara ghaib atau perkara-perkara yang di luar jangkauan 'aqal manusia. Benda-benda zahir seperti matahari, bulan, malam, siang, langit, bumi dan sebagainya memanglah elok dan
sesuai dijadikan muqsam bihi, tetapi ia tidak elok dan tidak sesuai dijadikan muqsam'alaih.

(3) Di dalam al-Qur'an Allah telah bersumpah untuk membuktikan keesaanNya pada satu tempat. Untuk membuktikan kebenaran al-Qur'an pada lima tempat. Untuk membuktikan kebenaran RasulNya pada lima tempat juga. Untuk membuktikan kebenaran hari kiamat pada dua belas tempat. Dan untuk menyatakan perihal dan sifat-sifat khusus manusia pula pada lima tempat. Perkaitan antara muqsam bihi dan muqsam'alaih pada sumpah-sumpah yang tersebut itu pula ada yang terang dan ada pula yang sangat tersembunyi dan seni.

(4) Allah ada bersumpah dengan cara yang terang dan tidak terang tentang ketuhanan,kerasulan, al-Qur'an dan permulaan serta kesudahan kehidupan manusia. Tetapi tentang hari kiamat dan fenomenanya, semua sumpah dibuat dengan cara yang terang. Ini kerana orang-orang musyrikin Mekah terlalu kuat menolaknya. Tentang beberapa sifat Ahli Kitab dan sikap Ahli Kitab terhadap seruan Nahi Muhammad s.a.w. pula kebanyakan
sumpah diangkat dengan cara yang tidak terang.

(5) Antara perkara yang membezakan sumpah Allah di dalam al-Qur'an dengan sumpah-sumpah yang digunakan oleh orang-orang "Arab di zaman Jahiliah yang dapat dikesan melalui sastera 'Arab ialah skop muqsam 'alaih al-Qur'an jauh lebih luas berbanding skop muqsam'alaih mereka.


Perbedaan Pendapat Ulama  Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih.
Menurut segologan ulamak, muqsam'alaih atau jawab qasam di dalam al-Qur'an ada yang dibuang. Kedudukannya sama seperti muqsambihi daripada segi adakalanya
disebutkan dan adakalanya dibuang. Bagaimanapun mereka hanya menerima pembuangann muqsamalaih ada 7 tempat sahaja. Menurut segologan yang lain pula, muqsamalaih ada yang dibuang sama sekali didalam  al-Quran .Cuma ia mungkin tidak ketara dan perlu direnung  sedikit. Pada pandangan golongan ulama yang mengatakan muqsam'alaih ada dibuang di dalam al-Qur'an. Mereka mengatakan pembuangannya berlaku pada beberapa tempat berikut:
(1) Apabila muqsam'alaih atau-jawab qasam tidak diperlukan, sumpah Allah di tempat itu semata-mata untuk 
menarik perhatian manusia kelada muqsam bihi yang dengan jelas menunjukkan kekuasaan dan  keajaibanNya. Muqsam bihi sendiri sebenarnya sudah menunjukkan kepada muqsam'alaih. Dalam keadaan ini membuang muqsam 'alaih lebih meringkaskan ayat dan lebih memberi makna yang  mendalam. Contohnya ialah firman 
Allah di bawah ini:

Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ 
Sad, demi Al-Qur'an yang mengandung peringatan.

Bermaksud: Saad: Demi al quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. 

Muqsam bihi dengan sifatnya di dalam ayat ini jelas menunjukkan kepada muqsamalaih . Oleh kerana itu muqsam 'alaih atau jawab qasamnya tidak perlu lagi
disebutkan. Sememangnya al-Qur'an itu mulia dan mengandungi peringatan. Makantidak diperlukan lagi kepada muqsam'alaih. Tidak perlu lagi dikatakan misalnya .انه لذكر لهم ونصح  (Sesungguhnya ia rnerupakan peringatan dan pengajaran kepada mereka), atau قد شهد القران انه لذكر و نصح.
(2) Apabila ada dalil yang menunjukkannya. Keadaan seperti  itu boleh berlaku apabila muqsam'alaih atau jawab qasam  diandaikan sepatutnya dimulai dengan  لن(haraf nafi)
Lihat contohnya pada firman Allah berikut.

Ta Ha 20:72
قَالُوا۟ لَن نُّؤْثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَآءَنَا مِنَ ٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلَّذِى فَطَرَنَاۖ فَٱقْضِ مَآ أَنتَ قَاضٍۖ إِنَّمَا تَقْضِى هَٰذِهِ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَآ 

Bermaksud: Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mu'jizat) yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami: maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnyn kamu hanya akan dapat memutuskan dalam kehidupan di dunia ini sahaja.(Thaaha:72).

Sesetengah ahli Nahu mengandaikan firman Allah والذى فطرنا sebagai qasam. Muqsam alaih atau -jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah لن نوثرك yang tersebut sebelumnya merupakan dalilnya. Taqdir ibarat sepenuhnya ialah.والذى فطرنا لن نوثرك, (Demi Tuhan yang telah menciptakan kami, kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu).
(i) Apabila muqsam m'alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan haraf ف. Lihat contoh pada firman  Allah berikut:

Al-Qasas 28:35
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَٰنًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَاۚ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنتُمَا وَمَنِ ٱتَّبَعَكُمَا ٱلْغَٰلِبُونَ 
Bermaksud: Allah berfirman : "Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepada mu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak (akan) dapat
mengapa-apakan(berangkatlah kamu berdua) dengan  membawa mu'jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang (al-Qashash:35).

Sesetengah ahli Nahu mengandaikan haraf ب pada بايتنا  didalam  firman Allah di atas sebagai haraf qasam.
Muqsamalaih atau jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah ;

Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ 
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ 
Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ 
Al-Fajr 89:4
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ 
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 
Demi fajar,(1)
Demi malam yang sepuluh(2)
Demi yang genap dan yang ganjil(3)
Demi malam apabila berlalu(4)
Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal?(5)

(5) Di mana kelihatan semacam  (ل) qasam dibuang daripada muqsam alaih atau jawab qasam. Sementara  bahagian-bahagian  jawab  qasam  yang lain masih ada.padahal jawab qasam  semua sekali dibuang  (محذوف). Keadaan  seperti ini dikatakan terdapat pada firman Allah  dibawah  ini:

Al-Buruj 85:1
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ 
Al-Buruj 85:2
وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ 

Al-Buruj 85:3
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ 
Bermaksud:
Demi langit yang mempunyai bintang-bintang (1)
Demi hari (pernbalasan) yang dijanjikan; (2) 
Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan;(3). 
Celakalah kaum yang menggali parit. (4) 
(al-Buruj:1-4).

Jawab qasam sebenar bagi tiga jumlah qasam, daripada ayat 1-3 ialah ;لتبعثن sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) yang dibuaug (محذوف). Firman Allah: قتل اصحب الاخدود  kelihatan seperti menjadi jawab qasam kepada tiga jumlah qasam yang tersebut sebelumnya. 
Dan haraf (ل)yang sepatutnya terletak di permulaannya dibuang. Padahal semuanya bukan jawab qasam.

(6) Muqsam 'alaiha  jawab qasam biasanya  disebutkan , tetapi kadang-kadang  dibuangkan juga. Antara contoh yarlg dapat dikemukakan ialah firman Allah berikut:

Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ 
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ 
Al-Fajr 89:4
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ 
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 

Demi fajar(1)
Demi malam yang sepuluh (2). 
Demi yang genap dan yang ganjil,  (3). 
Demi malam bila ia berlalu (4). 
Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal? (5). 
(al-Fair: 1-5).

Menurut sesetengah ulama jawab qasam yang dibuang disini ialah لتعذبن ياكفار مكة( Kamu pasti akan dihukum wahai orang-orang kafir Mekah).

Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam 'Alaih
Muqsam alaih atau jawab qasam rnenurut lman  al-Baghawi (al-Husain bin Mas'ud al-Baghawi) semestinya dimulakan dengan beberapa perkataan. Kesemuanya merupakan  haraf'-haraf. Kalau pada zahirnya ia tidak  tersebut maka salah  satu daripadanya mestilah ditaqdirkan  mengikut kesesuaian  keadaan dan kedudukan ayat.
Di bawah ini dikemukakan haraf-haraf berkenaan bersama contoh-contohnya.


(1)perkataan  إِنَّ. Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut:
Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ 
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ 

Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ 
Al-Fajr 89:4
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ 
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 
Al-Fajr 89:6
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ 
Al-Fajr 89:7
إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ 
Al-Fajr 89:8
ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَٰدِ 
Al-Fajr 89:9
وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ 
Al-Fajr 89:10
وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ 
Al-Fajr 89:11
ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ 
Al-Fajr 89:12
فَأَكْثَرُوا۟ فِيهَا ٱلْفَسَادَ 
Al-Fajr 89:13
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ 
Al-Fajr 89:14
إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ 
Bermaksud 
Demi fajar (1)
dan malam yang sepuluh (2)
dan yang genap dan yang ganjil(3)
dan malam bila ia berlalu (4)
Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat
diterima) oleh orang-orang yang berakal (5)
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad (6) 
(iaitu) penduduk Iram yang
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi (7)
yang belum pernah dibangun (suatu kota)seperti itu di negeri-negeri lain (8)
dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di
lembah (9) 
dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak) (10)
yang berbuat sewenang-wenang dala  negeri (11) lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalaum negeri itu (12) kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab (13)
sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi (14). 
( 1- 14)

(2)perkataan ما للنفي(perkataan ما yang memberi erti tidak atau bukan)

Ad-Dhuhaa 93:1
وَٱلضُّحَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:2
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ 
Demi waktu sepenggalah naik(1)
Demi malam apabila ia telah sunyi sepi(2)
Tuhan mu tidak meninggalkan mu dan tidak benci kepadamu.(3)
(Ad Dhuha1-3)



(3) huruf ل yg berbaris diatas(اللام المفتوحة).
 Firman Allah berikut adalah antara contohnya:

Al-Hijr 15:92
فَوَرَبِّكَ لَنَسْـَٔلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ 
Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua,
Al-Hijr 15:93
عَمَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud. 
Maka demi Tuhan mu .Kami pasti akan menanyai mereka semua (92) 
tentang apa yang telah  mereka kerjakan dahulu (93) 
(ayat 92-93).

(4) perkataan إن الخفيفة.Firman Allah berikut adalah antara contohnya:
Ash-Shu'ara' 26:97
تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ 
Bermaksud: Demi Allah sesungguhnya kita dahulu  (di dunia) dalam kesesatan (as-Syu'araa' :97).

(5) perkataan لا. Firman Allah berikut adalah antara contohnya:
An-Nahl 16:38
وَأَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْۙ لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ بَلَىٰ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ 

Bermaksud: Dan Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh(sambil berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati.
(itu tidak benar), bahkan-janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati) tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (an-Nahl : 38 ).


(6) perkataan قد. Antara contoh firman  Allah berikut:

Ash-shams 91:1
وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا 
Ash-shams 91:2
وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا 
Ash-shams 91:3
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا 
Ash-shams 91:4
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا 
Ash-shams 91:5
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا 
Ash-shams 91:6
وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا 
Ash-shams 91:7
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا 
Ash-shams 91:9
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا 
Demi  matahari dan cahayanya di pagi hari (1 ) 
Dan bulan apabila ia mengiringinya (2) 
Dan siang apabila ia menampakkannya (dengan jelas nyata); (3) 
Dan malam apabila ia menutupinya (dengan gelap-gelita)(4) 
Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) 
Demi bumi  dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) 
Demi diri manusia dan Yang meyempurnakan kejadiannya (berupa kelengkapan yang sesuai dengan
keadaannya); (7) 
Maka Allah mengilhamkan kepadanya jalan kefasikan dan
ketakwaannya(8) 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadkan dirinya yang sedia  bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). (9) (as-Syam: 1-9).

(7) perkataan بل . Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut:
Qaf 50:1
قٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْمَجِيدِ 
Qaf 50:2
بَلْ عَجِبُوٓا۟ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ ٱلْكَٰفِرُونَ هَٰذَا شَىْءٌ عَجِيبٌ 


Bermaksud: Qaaf. Demi Al Quran yang sangat mulia (1)(Mereka tidak menerimanya)
bahkan mereka tercegang kerana telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri. Maka berkatalah orang-orang  kafir. Ini 
adalah suatu yang  amat ajaib" (2) (Qaaf:1-2).

Menurut ar-Raazi Qasam (sumpah) dalam semua surah yang Allah bersumpah permulaannya  dengan menggunakan perkataan-perkataan bukan haraf ,bertujuan 
membuktikan kebenaran tiga prinsip keimanan, iaitu Tauhid (keesaan Tuhan), Risalah (kerasulan ) dan Hari kemudian (kehidupan sesudah kematian).

Tujuan Sumpah (غرض القسم) Di Dalam Al-Qur'an
Jika dilihat kepada keluasan ilmu Allah dan kecetekan ilmu manusia, tentulah sukar untuk menguasai dan  mempastikan setiap maksud sumpahNya di dalam al-Qur'an.Bagaimanapun setelah diteliti dapatlah juga dikatakan bahawa maksud sumpah Allah di 
sini  berpandukan beberapa petunjuk yang ada - ialah untuk membuktikan kebenaran al-Qur'an misalnya.
Di bawah ini dikemukakan sebahagian daripada maksud dan tujuan sumpah yang terpenting sahaja:
(1) Menarik perhatian manusia dan jin kepada alam semesta kejadian Tuhan yang penuh dengan rahsia dan keajaiban, disamping menyatakan keteguhan dan
kehebatannya.Dalam menjaga dan mentadbirnya,sifat  rububiyyah Allah jua yang akan kelihatan di mana-mana pun. Keadaan itu membuatkan setiap yang berfikir dan insaf pasti menerima sifat uluhiyyahNya.
(2) Membuktikan kebenaran RasulNya Muhamad s.a.w. Orang-orang 'Arab  percaya sumpah dusta boleh membuatkan seseoraug yang bersumpah binasa atau musnah kehidupan. Rasullah s.a.w. pula dengan perintah Allah seringkali bersumpah,
namun  sumpah beliau langsung tidak memudharatkannya. Kehidupan beliau sebaliknya
terbukti menjadi semakin baik dan sempumra. Nama beliau menjadi semakin masyhur.
Segala usaha beliau pula semakin dihargai. Ini sernua mennunjukkan restu Allah ada
bersamanya dan kebenaran beada di pihaknya.

(3) Mengumpamakan, membandingkan dan memisalkan perkara-perkara ghaib dan abstrak dengan perkara-perkara yang dapat disaksikan dengan mata kepala. Tujuannya ialah supaya perkara-perkara ghaib dan abstrak itu dapat difahami oleh akal dengan mudah dau dapat diterima oleh jiwa dengan senang.Rahsia itulah yang terdapat di sebalik
sumpah Allah dengan waktu subuh, siang, waktu dhuha. matahari, malam dsb. Dengan mengamati sumpah-sumpah Allah yang sebegitu. terserlahlah cahaya petunjuk dan
keimanan di dalam jiwa' Selain itu akan timbul juga perasaan gerun terhadap Allah dan harap kepadaNya.

(4) Untuk menolak kepercayaan karut dan memperbetul aqidah yang terpesong Allah bersumpah dengan bintang apabila ia menjunam dan sebagainya. Ia mengetuk
fikiran penyembah bintang-bintang atau planet-planet tertentu yang dipercayai mempunyai kuasa terhadap alam bawah. Maksud yang sama juga dalam satu  hadits rasulallah saw meskipun ia tidak menggunakan bahasa sumpah.
Lihat hadits  berkenaan dibawah ini.

حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ قَالَ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عِلَاقَةَ قَالَ سَمِعْتُ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ يَقُولُ انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ النَّاسُ انْكَسَفَتْ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْجَلِيَ
Maksudnya: Mughirah bin Syu'bah rneriwayatkan. kata beliau. gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim (anaknda Rasulullah s.a.w.). Maka ada yang berkata, ia gerhana kerana kematian lbrahim. Mendengar kata-kata itu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari sekian banyak tanda-tanda Allah'. Ia tidak gerhana kerana  kematian atau kehidupan sesiapa pun. Aabila berlaku
gerhana, berdoalah kamu kepada Allah dan bersembahyanglah sehingga ia hilang.
(Hadits riwayat al-Bukhari ).

(5) Selalu juga khususnya  juga Allah bersumpah untuk  menguat dan meneguhkan muqsam'alaih khususnya
apabila ia berkaritan dengan perkara-perkara ghaib seperti hari kebangkitan, perhitungan dan pembalasan.

(6) Menarik perhatian kepada perkara-perkara penting dan peristiwa-peristiwa  bersejarah yang berlaku di sesuatu tempat. Apabila Allah bersumpah dengan ar-Thur misalnya
maka ia bererti menarik perhatian manusia kepada tanda-tanda kebesaran AIlah berupab
mu'jizat yang dikurniaNya kepada Nabi Musa a.s. di tempat (bukit) tersebut.Allah bersumpah dengan al-Baladil Amin pula untuk menarik perhatian kita kepada
kemunculan lslam di Mekah. selain  menyatakan keistimewaannya kerana di situlah terletak al-Ka'batul  Mukarramah dan lain-lain benda yang penuh bersejarah dan keberkatan.

(7) Menghibur dan menenangkan hati Nabi s.a.w. yang sentiasa dicemuh dan dituduh oleh orang-orang kafir' di zaman baginda.Di samping menyatakan baginda adalah kekasih Allah dan manusia pilihanNya. Sumpah tertentu juga bermaksud menolak cemuhan dan tuduhan mereka itu. Inilah yang nyata daripada sumpah Allah di permulaan Surah ad- Dhuha.

(8) Menyatakan muqsam bihi mempunyai kesinambungan dan perkaitan yang rapat dengan muqsam 'alaih. Ia merupakan wadah bagi muqsam'alaih untuk sama ada meraih keuntungan atau mendapat kerugian semasa hidupnya di dunia yang fana ini.

(9) Menunjukkan kehebatan dan keistimewaan kedudukan muqsam bihi di sisi Allah. Muqsam bihi juga bersifat dengan sifat-sifat mulia, bertanggungjawab, sentiasa melaksanakan perintah-perintah Allah yang diberikan kepada mereka dengan penuh ta'at setia.

( l0) Membuktikan kepentigan, khasiat atau keistimewaan muqsam bihi. Muqsam bihi merupakan sesuatu  yang perlu sekali direnungi untuk mendapat sebanyak mungkin faedah daripadanya.Ia juga merupakan penanda aras tamadun  kemanusiaan.

(11) Membuktikan kebenaran al-Quran sebagai kalam Tuhan  yang diturunkan untuk membimbing dan memandu manusia dalam  kehidupanya di dunia. Al-Qur'an juga
diberikan sebagai mukjizat kepada Rasulullah s.a.w. Ia dijanjikan  terpelihara daripada segala bentuk penyelewengan dan  tokok tambah.

(12) Mengingatkan manusia kepada sekian banyak ni'mat yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Manusia sepatutnya bersyukur atas ni'mat kurniaan Allah kepadanya itu. Manusia sepatutnya membandingkan nikmat-nikmat yang diperolehinya dengan nikmat-nikmat yang diperolehi makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Jika makhluk-makhluk lain tidak henti-henti bertasbih memuji Tuhan, ta'at kepada segala perintah tuannya, padahal mereka tidak mendapat walaupun hanya 1/1000 nikmat yang dikurniakan kepada manusia , maka sewajarnyalah manusia bersyukur kepada Allah dan hidup dengan penuh keta'atan kepadaNya. Maksud ini dapat dilihat umpamanya pada sumpah Allah di dalam Surah al- Aadiyaat.



Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsambihi Dan Muqsam ilaihi

Pelajar al-Quran hendaklah mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih. Khususnya apabila Allah bersumpah dengan fenomena 
alam dan makhluk ciptaanNya. Ia perlu merenung dengan mendalam untuk menndatpatkan rahsia dan hikmat yang tersimpan di sebalik perhubungan antara kedua rukun qasam (sumpah) itu.

Dengan mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam'alaih kebesaran al-Qur"an dan keagungan akan menguaisai minda seseorang.

Perhubungan antara keduanya ada kala nya nyata dan adakalanya  agak tersembunyi.

Minda yang tajam dan  jiwa, yang hening jua akan dapat menangkap sesuatu yang tersembunyi dan tidak nyata.



Beberapa Contoh kesesuaian  Kesinambungan Antara Muqsam bihi  dan Muqsam 'Alaih

(1) Berdasarkan tertib turun al-Qur'an. surah yang mula-mula sekali mengandungi sumpah ialah Surah al-Qalam. Di permulaannya terdapat sumpah Allah. Lihat firman Allah berkenaan: 
Al-Qalam 68:1
نٓۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ 
Al-Qalam 68:2
مَآ أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ 
Al-Qalam 68:3
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ 
Al-Qalam 68:4
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ 

Bermaksud:
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1) 
Engkau (wahai Muhamad) dengan sebab ni'tmat penberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagailnana yang dituduh oleh kaum musyrik. bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).(2) 
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar dan tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran [slam); (3)
Dan bahawa sesungguhnya engkau mepunyai akhlak yang amat mulia. (4) 
(al-Qalam: 1-4).

Muqsam bihi terdapat di dalam ayat pertama surah. Ayat 2-4 merupakan  muqsam'alaih atau jawab qasam.

"Pena dan apa yang mereka tulis" yang tersebut sebagai muqsambihi bihi dalam ayat (1).

Surah al-Qalam ini telah dipakai oleh  ulama tafsir dengan dua erti. 
(a)semua pena atau alat tulis yang digunakan oleh manusia untuk menulis. Apa yang mereka tulis pula.
bermaksud apa saja yang ditulis manusia.
(b) Pena yang diguna pakai oleh para sahabat untuk menulis dan mencatat al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Apa yang mereka tulis pula bererti al-Qur'an yang ditulis oleh para sahabat di dalam mushaf-mushaf. 

Al-Qur'an yang diturunkan kepada Muhamad merupakan ni'mat terbesar Allah kepadanya  dan juga kepada seluruh rnanusia. Ia penuh dengan kebenaran, panduan hidup dan keajaiban. Bagaimana boleh seorang yang telah menerima al-qur'an yang begitu sifatnya dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia dituduh gila oleh pembesar-pembesar Quraisy?! Padahal orang yang dituduh mereka sebagai gila itu hidup bersama mereka sekian  lama dan mereka sendiri mengakui tentang kebijiaksanaan dan ketinggian akhlaqnya. Bukan al-Qur'an sahaja membuktikan kebenaran Muhammad, kewujudan
beliau di kalangan mereka sendiri buat sekian lama juga merupakan bukti yang terang tentang kerasulannya. Tiada orang lain yang lebih mengenalinya daripada mereka.
Kenapa mereka tetap menuduhnya gila. Tidak kerana lain. kerana al-quran itulah juga.Kalaulah manusia - termasuk orang-orang kafir Quraisy - merhatikan al-qur'an dan membandingkannya dengan buku-buku lain yang ditulis manusia tentu mereka akan sedar bahawa al-Qur'an itu bukan hasil ciptaan manusia. la adalah kalam Allah. Manusia tidak akan mampu menandinginya, bahkan tidak akan mampu mengadakan satu surah pun seumpamanya.
Muqsam alaih yang tersebut di dalam ayat 2-4 bukan dikemukakan untuk menghibur hati Nabi saw. Bukan juga untuk memujuk  beliau yang begitu sakit hati dan sedih dengan kata-kata kesat dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pemuka-pemuka quraisy terhadap beliau. Ia sebaliknya merupakan bukti yang membenarkan Muhamad s.a.w.
dan mendustakan orang-orang yang menuduhnya gila. Orang-orang yang menuduhnya itulah sebenarnya yang gila. Nabi s.a.w. yang yakin bahawa beliau adalah rasul yang haq  dari  Allah dan diperkuatkan pula  dengan al-Qur'an. tentunya dia tidak terkesan dengan tuduhan-tuduhan palsu seperti itu.

(2) Berdasarkan tertib turun surah-surah  al-Qur'an, surah al-Fajr adalah yang kelima mengandungi sumpah Allah. 
Di dalamnya  Allah berfirman.

Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ 
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ 
Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ 
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 

Al-Fajr 89:6
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ 
Al-Fajr 89:7

إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ
Al-Fajr 89:8
ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَٰدِ 

Al-Fajr 89:9
وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ 


Al-Fajr 89:10
وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ 


Al-Fajr 89:11
ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ 

Al-Fajr 89:12
فَأَكْثَرُوا۟ فِيهَا ٱلْفَسَادَ 

Al-Fajr 89:13
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ 

Al-Fajr 89:14
إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ 
Bermaksud: 
Demi fajar(1)
Demi malam yang sepuluh ; (2) 
Demi yang genap dan yang ganjil; (3) 
Demi malam, apabila ia berlalu; (4) 
Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal (5) 
Apakah kamu (Muhammad) tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap (kaum) ‘Ad?(6) 
yaitu) penduduk Iram (ibukota kaum ‘Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi(7)
yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain(8)
Dan terhadap kaum Tsamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
dan kaum Fir‘aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak)(10)
yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri(11)
lalu mereka melakukan dengan banyaknya  kerusakan dan bencana  di negeri itu(12)
karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab kepada mereka(13)
sesungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi(14)
(al-Fajr:1-14).

Selepas mengemukakan muqsambihi melalui empat ayat, bermula dari ayat 1 hingga ayat 4, Allah mengemukakan pula kisah kehancuran dan kemusnahan tiga kaum yang
sangat derhaka dan bermaharajalela di negeri masing-masing. Setelah itu barulah dikemukakan muqsam alaihnya. iaitu ayat ke 14 surah berkenaan إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ 
(Sesungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi)

Sebagaimana Allah  mengawasi dan seterusnya menimpakan azab ke atas umat yang derhaka  zaman dahulu. Allah juga  mengawasi dan akan menghukum orang-orang yang semasa dengan rasulNya Muhammad 
s.a.w. Yang demikian itu adalah sunnahNya. Jika dilihat kepada masa dan waktu kaum-kaum yang disebut Allah sebagai kaum-kaum  yang telah dibinasakan niscaya anda akan dapati waktu-waktu kebinasaan dan kemusnahan mereka ialah yang disebut Allah sebagai muqsam bihi di permulaan surah ini. Kaum Nabi Saleh yang lebih dikenali sebagai kaum Tsarnud telah musnah dengan
satu gegaran yang amat kuat pada waktu Fajar. Perihal kaum T'samud, kehebatan dansikap mereka terhadap ayat-ayat Allah akhirnya bagaimana rnereka dimusnahkan,dapat dilihat pada firman Allah dibawah ini:

Al-Hijr 15:80
وَلَقَدْ كَذَّبَ أَصْحَٰبُ ٱلْحِجْرِ ٱلْمُرْسَلِينَ 
Dan sesungguhnya penduduk negeri Hijr telah mendustakan para rasul-rasul.(80)

Al-Hijr 15:81
وَءَاتَيْنَٰهُمْ ءَايَٰتِنَا فَكَانُوا۟ عَنْهَا مُعْرِضِينَ 
Al-Hijr 15:82
وَكَانُوا۟ يَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا ءَامِنِينَ 
Al-Hijr 15:83
فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ 
Al-Hijr 15:84
فَمَآ أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 

Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
(81) 
Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya). (82) 

Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh suara keras yang menggempakan bunyi pada waktu pagi.(83)

Maka apa yang mereka telah usahakan itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun.(84)
(al-Hijr:80-84)

Nabi Musa a.s. telah membawa lari kaumnya ke Semanjung Sinai daripada kezaliman Fir'aun pada  waktu malam  di sepuluh awal bulan  Muharrarn. Allah menyelamatkan
mereka. Sementara Fir'aun dan bala tentenranya yang mengejar mereka pula ditenggelamkan dalam laut Qulzum.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada hari ke 10 dibulan Muharram. Untuk membina dan memusnahkan kaum 'Aad Allah telah melepaskan angin yang amat sejuk dan kencang bermula pada waktu fajar. Angin yang amat sejuk dan kencang itu dilepaskan selama tujuh malam (dan) lapan hari tanpa henti. Akhimya mereka semua sekali musnah. Pada petang hari kelapan barulah angin itu berhenti. Lihatlah frman
Allah berikut:


Al-Haqqah 69:4
كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌۢ بِٱلْقَارِعَةِ 
Al-Haqqah 69:5
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا۟ بِٱلطَّاغِيَةِ 
Al-Haqqah 69:6
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا۟ بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ 
Al-Haqqah 69:7
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى ٱلْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ 
Al-Haqqah 69:8
فَهَلْ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ 
Bermaksud: Kaum Tsamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4) 
Maka masing-masing menerima azab dunianya) - adapun
Tsamud (kaum Nabi Saleh). Maka mereka telah dibinasakan dengan suara keras yang amat dahsyat. (5) 
Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat sejuk lagi amat kencang.(6) 
Yang diarahkanNya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu  bergelimpangan mati, seolah-olah batang kurma yg tumbang(7)
Maka tidak melihat seorang pun ygang tinggal diantara mereka.(8) 
(al-Haaqqah: 4-8).

Lapan adalah bilangan genap. Tujuh pula adalah bilangan ganjil. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah: والشفع والتر (Demi yang genap dan yang ganjil dalam konteks apa yang berlaku kepada kaum 'Aad.
Waktu-waktu yang diperuntukan sebagai muqsam bihi di dalam Surah al-Fajr itu sebenarnya merujuk  kepada peristiwa bersejarah yang berlaku padanva. Pada waktu-
waktu itulah kaum 'Aad,kaum Tsamud dan Fir'aun serta bala tenteranya dimusnahkan Allah. Punca kemusnahan mereka ialah menolak dan menentang ayat-ayat Allah. Selain itu mereka juga banyak  melakukan kerosakan di muka bumi.  Lihatlah betapa rapatnya perkaitan dan kesinambungan  di antara muqsam bihi dan muqsam alaih di dalapr Surah al-Fajr ini.

(3) Kesesuaian dan  kesinambungan di antara muqsam bihi juga  terdapat dengan cukup indah didalam  surah al-'Ashr. Lihat terlebih dahulu surah al-Ashr itu:

Al-'Asr 103:1
وَٱلْعَصْرِ 
Al-'Asr 103:2
إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ 
Al-'Asr 103:3
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ 

Bermaksud: Demi masa (1) 
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian (2)
kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran (3) (al-'Ashr: 1-3)

Dengan merenung dan meneliti sejenak sahaja, kesesuaian dan kesinambungan di antara muqsam bihi dan muqsam 'alaih akan dapat dkesan. Modal manusia dalam kehidupan ini dunia ini sebenarnya hanya  dua sahaja. Pertama masa atau umur  dan kedua ialah kepandaian menggunakan  masa dan umur. Umur manusia setiap detik semakin berkurang. Orang yang menggunakan masa dan  umurnya untuk membina kehidupan di akhirat itulah orang yang terselamat daripada kerugian. Jika tidak pasti akan kerugianlah dia.Setiap manusia berada dalam  kerugian,jika masa dan umurnya tidak digunakan untuk sesuatu yang berfaedah di dunia dan di akhirat. Sejarah masa menyaksikan hakikat ini!

Keadaan-Keadaan Orang Yang Dikhithab (Dihadap Cakap) Dengan Ayat Sumpah.

Antara perkara yang perlu sekali diperhatikan apabila anda membaca ayat qasam (sumpah) didalam al-Qur an ialah siapakah orang yang dikhithab dengannya? 
Beberapa panduan penting diberikan di bawah ini:
(1) Apabila AIlah bersumpah dengan fenomena alam atau mana-mana makhlukNya, maka itu bererti menarik perhatian manusia kepada sifat Maha penciptaNya, sifat
kuasaNya, sifat ilmu dan sifat hikmatNya yang tidak terbatas. Manusia atau yang paling dimaksud dengan  sumpah seperti itu ialah yang kafir. Merekalah yang paling
memerlukan perhatian untuk dapat mengesan sifat-silat rububiyyah Allah s.w.t. Lalu menerima pula sifat uluhiyyahNya. Ini bukanlah pula bererti orang-orang Islam langsung tidak di maksudkan dengannya.

(2) Mukhathab pertama  bagi muqsam bihi dengan lafaz, فوربك فلاوربك  atau لعمرك adalah Rasulullah s.a.w. 
Orang-orang mukmin  juga termasuk di bawahnya, tetapi secara tidak langsung orang-orang kafir juga adakalanya dimaksudkan tetapi secara sindiran dan tidak langsungnya.

(3) Muqsam bihi dengan lafaz   فورب السماء والارض atau رب المشارق والمغارب secara langsung ditujukan kepada orang-orang mukmin .
Keadaan-keadaan orang yang dikhitab juga perlu diperhatikan.
Setengah orang memerlukan sumpah  apabila anda hendak menceritakan padanya. Sesetengahnya pula tidak begitu.
Kadang-kadang orang yang sama memerlukan sumpah. pada ketika yang lain pula ia tidak memerlukannya. Adakalanya seseorang memerlukan sumpah hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Dalam perkara-perkara lain ia tidak memerlukannya. Untuk menghadapi keadaan-keadaan seperti inilah al-Qur'an memilih satu gayabahasa sumpah yang sangat menarik, iaitu dengan menggunakan haraf nafi sebelum perkataan qasam. لا إقسم
Pada sesetengah tempat sebelum perkataan dibawakan haraf athaf.

Sebanyak lapan sumpah seperti ini telah digunakan oleh Allah di dalam  tujuh surah  al-Qur'an. Di bawah ini dikemukakan perinciannya:
(1) Di dalatn Surah al-Takw'iir Allah berfirman:

At-Takwir 81:15
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ 
At-Takwir 81:16
ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ 


Bermaksud: Sungguh. Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam  timbul(15) 
yang beredar juga yang tetap pada tempatnya(16)  

(2)Di dalam Surah Qiyamah:
Al-Qiyamah 75:1
لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ 
Al-Qiyamah 75:2
وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ 

Bermaksud: Aku bersumpah demi  hari kiamat (1) 
Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) (2)

(3) Di dalam Surah al-Balad
Al-Balad 90:1
لَآ أُقْسِمُ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ 
Aku bersumpah dengan negeri ini (Mekah),

Bermaksud: Aku benar-berrar bersumpah dengan kota ini (Mekah) (1)

(1) Di dalam Surah al-Waaqi'ah:

Al-Waqi'ah 56:75
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ 

Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.(75).



(5) Di dalarn Surah al-Haaqqah:
Al-Haqqah 69:38
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ 
Al-Haqqah 69:39
وَمَا لَا تُبْصِرُونَ 
Al-Haqqah 69:40
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ 

Bermaksud:
Maka Aku bersumpah : Demi segala (yang nyata)melihatnya(38)
Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya.(39) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah wahyu dari Kami yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.(40)

(6) Di dalam Surah al-Ma'arij

Al-Ma'arij 70:40
فَلَآ أُقْسِمُ بِرَبِّ ٱلْمَشَٰرِقِ وَٱلْمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ 

Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yalg menguasai(seluruh alam meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat tenggelamnya - sesungguhnya Kami Maha Bcrkuasa. (40)


(7) Di dalam  Surah al-lnsyiqaaq:

Al-Inshiqaq 84:16
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ 
Al-Inshiqaq 84:17
وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ
Al-Inshiqaq 84:18

وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ 
Al-Inshiqaq 84:19
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ 

Bermaksud: Maka sesungguhnya Aku bersumpah clengan cahaya merah di waktu senja(16)dan dengan  malam  dan apa yang diselubunginya (17) 
dan dengan bulan apabila jadi purnama (18) 
sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat dalam kehidupan) (19).

Para ulamak tafsir berbeza pendapat tentang لا  nafi yang sebelum fiil qasam. Ada yang mengatakan ia لا zaaidah dan ada pula yang mengatakan ia adalah  لا nafi kalam muqqaddar. Dan sebagainya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan