Daurah tafsir 2019 sesi 13(29)nota10( 219-222)
Surah al ankabut
Tertib surah 29
Bilangan ayatnya 69
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 85
Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1 ayat 1- 7 Ujian pasti akan datang
Paragraf 2 ayat 8-9 Jangan menerima tekanan kedua ibubapa dalam menjaga aqidah tauhid (ujian ibubapa .itu pun salah satu ujian juga.kita yg duduk dlm keluarga ini dah ni tak dak la ujian tu.tapi kalu orang yg baru masuk islam adalah ujian ini seperti sahabat2 keluarganya masih tidak islam.bila dia masuk islam disitulah cabarannya.ibubapa mendesak atau paksa anak dia kembali keagama asal.dan macam2 lagi ujian).
Ayat 10-13 Jangan terpedaya dan mengikut dgn membabi buta pemimpin2 musyrik.
Paragraf 3 ayat 14-40 Ini sejarah ujian tuhan terhadap manusia.
Ayat 14-15 Nabi Nuh diuji dgn dakwah selama 950 tahun
Ayat 16-27 Setelah diuji,Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah.
Ayat 28-40 Beberapa ujian yang lain serta permusnahan dan cara2 umat dahulu dimusnahkan.
Ayat 28-35 Nabi Lut juga pernah diuji.
Ayat 36-37 Ujian terhadap Nabi Syuib
Paragraf 4 ayat 41-43 Pembatalan aqidah syirik menerusi perbandingan labah2.
Paragraf 5 ayat 44-47 Adab dakwah kepada ahlilkitab di Habsyah.
ayat 48-55 Dalil2 tauhid dan jawapan kritikan terhadapnya(orang kafir kritik tauhid ini,kita kan pembela tauhid dan berpegang dgn aqidah tauhid atau mungkin akan ada orang yg mencabar kita atau mengugat kita,jadi kita kena ada hujjah,iaitu kita diajar ,dilatih mempunyai hujjah atau bukti ,bukan ikut buta begitu)
Paragraf 6 ayat 56-60 Perintah berhijrah dan janji akan memberi rezeki.
Paragraf 7 ayat 61-65, Dalil Allah sebagai pencipta, tuhan yg layak disembah dan tuhan sebagai hakim.
Ayat 66-68 Walaupun mendapat banyak nikmat di Tanah Haram,orang Quraisy tetap tidak bersyukur.
Paragraf 8 Ayat 69 Janji memberi perlindungan selepas berhijrah.
Mesej utama .
Ahli tauhid semestinya mengalami pelbagai ujian,mereka juga mungkin terpaksa berhijrah.
219
Daurah tafsir 2019 sesi 13(29)nota10( 220)
Zaman Diturunkan
1. Surah al-'Ankabut diturunkan selepas Surah Luqman sebelum berlaku hijrah ke Habsyah pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian, ia diturunkan pada permulaan tahun ke-5 Kenabian ketika mana orang-orang Islam menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman orang-orang musyrikin Mekah yang tidak percayakan hari kemudian. Orang-orang Islam diuji dengan hijrah dan berbagai-bagai ujian yang lain.
2. Melalui firman Allah إِنَّ أَرْضِى وَٰسِعَةٌ diperintahkan berhijrah ke Habsyah (Ayat 56).
Al-'Ankabut 29:56
يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ أَرْضِى وَٰسِعَةٌ فَإِيَّٰىَ فَٱعْبُدُونِ
Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sungguh, bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku (saja).
3. Orang-orang Islam yang lemah dan orang-orang munafiqin di Mekah yang teragak-agak untuk berhijrah ke Habsyah diberi peringatan (Ayat: 10-11).
Al-'Ankabut 29:10
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ فَإِذَآ أُوذِىَ فِى ٱللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ ٱلنَّاسِ كَعَذَابِ ٱللَّهِ وَلَئِن جَآءَ نَصْرٌ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْۚ أَوَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِى صُدُورِ ٱلْعَٰلَمِينَ
Dan di antara manusia ada sebagian yang berkata, “Kami beriman kepada Allah,” tetapi apabila dia disakiti (karena dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cobaan manusia itu sebagai siksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, niscaya mereka akan berkata, “Sesungguhnya kami bersama kamu.” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?
Al-'Ankabut 29:11
وَلَيَعْلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَلَيَعْلَمَنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ
Dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang beriman dan Dia pasti mengetahui orang-orang yang munafik.
Perkaitan Surah al-'Ankabut Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Qashash sebelum ini telah disebutkan kisah Bani Israil yang dizalimi oleh kerajaan tentera Fir'aun, di dalam Surah al-'Ankabut ini disebutkan kisah orang-orang yang baru memeluk Islam yang dizalimi di Mekah, mereka diuji dan terpaksa berhijrah.
2. Di dalam surah ini diberikan satu perbandingan yang sangat cantik iaitu sarang labah-labah untuk
membuktikan tauhid walaayah (kekuasaan).
3. Di dalam Surah ar-Rum akan datang dikemukakan pula dalil-dalil yang membuktikan adanya hari akhirat dan hari kiamat.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui perkataan يُفْتَنُونَ orang-orang Islam didedahkan dengan beberapa prinsip ujian.
(a) Orang-orang Islam dididik dengan hakikat bahawa selepas seseorang menerima tauhid, dia akan diuji
dengan berbagai ujian (Ayat: 2).
Al-'Ankabut 29:2
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?
(b) Sejarah seruan ke arah tauhid penuh dengan bermacam-macam ujian (Ayat: 3).وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۖ
(c) Tujuan ujian ialah untuk menapis dan memilih orang-orang Islam yang tulen Islamnya (Ayat: 3).
Al-'Ankabut 29:3
وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۖ فَلَيَعْلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَلَيَعْلَمَنَّ ٱلْكَٰذِبِينَ
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
2. Tema pertemuan dengan tuhan ( لِقَآءَ ٱللَّهِ ) tiga kali terdapat di dalam surah ini.
(a) Orang-orang yang percaya akan pertemuannya dengan Allah diyakinkan bahawa tempoh yangditentukan Allah pasti akan datang (Ayat: 5).
Al-'Ankabut 29:5
مَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَءَاتٍۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
220
Daurah tafsir 2019 sesi 13(29)nota10( 221)
(b) Orang-orang yang tidak percaya akan bertemu dengan tuhan dan tidak percaya juga kepada ayat-ayat Allah diberikan berita buruk akan mendapat azab yang pedih (Ayat:23).
Al-'Ankabut 29:23
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَلِقَآئِهِۦٓ أُو۟لَٰٓئِكَ يَئِسُوا۟ مِن رَّحْمَتِى وَأُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan-Nya, mereka berputus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu akan mendapat azab yang pedih.
(c) Nabi Syu'aib telah menyeru kaumnya supaya beriman kepada ajaran tauhid dan hari akhirat, beliau juga melarang mereka daripada melakukan kerosakan di muka bumi (Ayat: 36).
Al-'Ankabut 29:36
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا فَقَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱرْجُوا۟ ٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan kepada penduduk Madyan, (Kami telah mengutus) saudara mereka Syuaib, dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, harapkanlah (pahala) hari akhir, dan jangan kamu berkeliaran di bumi berbuat kerusakan.”
3. Mujahadah atau usaha gigih untuk agama disebutkan dua kali di dalam surah ini.
(a) Pertamanya dikatakan mujahadah itu berguna untuk orang yang melakukannya sendiri (Ayat: 6).وَمَن جَٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَٰهِدُ لِنَفْسِهِۦٓۚ
Al-'Ankabut 29:6
وَمَن جَٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَٰهِدُ لِنَفْسِهِۦٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَٰلَمِينَ
Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.
(b) Orang-orang yang bermujahadah di jalan Allah akan Allah buka untuknya jalan-jalan menghadapi cabaran hidup (Ayat: 69).وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۚ
Al-'Ankabut 29:69
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
4. Di dalam Surah al-'Ankabut, hijrah disebut dua kali.
(a) Nabi Ibrahim hanya diimani oleh anak saudaranya Nabi Luth, dan Nabi Luth telah pun mengisytiharkan untuk berhijrah kepada Allah (Ayat:26).فَـَٔامَنَ لَهُۥ لُوطٌۘ وَقَالَ إِنِّى مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّىٓۖ
Al-'Ankabut 29:26
فَـَٔامَنَ لَهُۥ لُوطٌۘ وَقَالَ إِنِّى مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّىٓۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Maka Luth membenarkan (kenabian Ibrahim). Dan dia (Ibrahim) berkata, “Sesungguhnya aku harus berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku; sungguh, Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.”
(b) Hamba-hamba Allah yang beriman diperintahkan bahawa jika kamu berasa bumi ini sempit, tidaklah
perlu dirisaukan kerana bumiKu luas, kamu boleh pergi ke negeri mana pun tetapi hendaklah kamu terus
beribadat dan taat kepadaKu (Ayat: 56).
Al-'Ankabut 29:56
يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ أَرْضِى وَٰسِعَةٌ فَإِيَّٰىَ فَٱعْبُدُونِ
Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sungguh, bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku (saja).
5. Perkataan سَبِيلَ tersebut dua kali di dalam surah ini.
(a) Jalan ketua-ketua orang kafir. Ketua-ketua orang-orang kafir berkata kepada orang-orang Islam:"Kamu ikutlah jalan kami, kami akan memikul dosa kamu" (Ayat: 12).
Al-'Ankabut 29:12
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّبِعُوا۟ سَبِيلَنَا وَلْنَحْمِلْ خَطَٰيَٰكُمْ وَمَا هُم بِحَٰمِلِينَ مِنْ خَطَٰيَٰهُم مِّن شَىْءٍۖ إِنَّهُمْ لَكَٰذِبُونَ
Dan orang-orang yang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman, “Ikutilah jalan kami, dan kami akan memikul dosa-dosamu,” padahal mereka sedikit pun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa mereka sendiri. Sesungguhnya mereka benar-benar pendusta.
(b) Jalan Allah. Allah telah menghiburkan hati orang-orang Islam yang berbuat baik bahawa: "Aku bersama kamu, kamu sedang memilih jalanKu, Aku akan terus memimpin kamu yang memilih jalan-jalanKu" (Ayat: 69).
221
Daurah tafsir 2019 sesi 13(29)nota10( 222)
Al-'Ankabut 29:69
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
6. Beberapa hukum dan bimbingan.
Para sahabat yang baru memeluk Islam dididik supaya bersikap baik dengan kedua ibu bapanya yang,kafir, tetapi kalau mereka memaksa melakukan syirik maka jangan sekali-kali mereka ditaati (Ayat: 8).
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حُسْنًاۖ وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآۚ
Al-'Ankabut 29:8
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حُسْنًاۖ وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآۚ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu, dan akan Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
7. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menyampaikan wahyu kepada orang ramai dan mendirikan sembahyang.
Dua perkara berhubung dengan sembahyang diberitahu (Ayat: 45).
Al-'Ankabut 29:45
ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah Kitab (Al-Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (shalat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(a) Sembahyang mencegah orang-orang yang mengerjakannya daripada perkara yang keji dan mungkar.
(b) Roh sembahyang ialah zikir, yakni ingatkan Allah dan ia adalah perkara yang terpenting أَكْبَرُۗ.
8. Orang-orang Islam yang akan berhijrah ke Habsyah dididik supaya menyampaikan seruan Islam dengan sebaik-baiknya kepada Ahli Kitab di bumi Habsyah.
Kamu tentu sekali akan dapat berbincang dengan mereka soal aqidah tauhid, perbincangan kamu dengan mereka hendaklah dilakukan dengan cara yang terbaik (Ayat: 46).
وَلَا تُجَٰدِلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ
Al-'Ankabut 29:46
وَلَا تُجَٰدِلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْهُمْۖ وَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَأُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمْ وَٰحِدٌ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang baik, kecuali dengan orang-orang yang zhalim di antara mereka, dan katakanlah, ”Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri.”
222
Tiada ulasan:
Catat Ulasan