Isnin, November 23, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 14(32)nota 11(234)

Daurah tafsir 2019 sesi 14(32)nota 11(234)

adalah neraka (Ayat 20).وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُوا۟ فَمَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ

As-Sajdah 32:20
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُوا۟ فَمَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓا۟ أَن يَخْرُجُوا۟ مِنْهَآ أُعِيدُوا۟ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ 
Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, “Rasakanlah azab neraka yang dahulu kamu dustakan.”


2. Di dalam Surah as-Sajdah, perkataan ,  لِقَآءِ pertemuan dengan Allah di akhirat kelak) disebutkan
sebanyak tiga kali (Ayat:10,14 dan 23).

As-Sajdah 32:10
وَقَالُوٓا۟ أَءِذَا ضَلَلْنَا فِى ٱلْأَرْضِ أَءِنَّا لَفِى خَلْقٍ جَدِيدٍۭۚ بَلْ هُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمْ كَٰفِرُونَ 
Dan mereka berkata, “Apakah apabila kami telah lenyap (hancur) di dalam tanah, kami akan berada dalam ciptaan yang baru?” Bahkan mereka mengingkari pertemuan dengan Tuhannya.

As-Sajdah 32:14
فَذُوقُوا۟ بِمَا نَسِيتُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمْۖ وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلْخُلْدِ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
Maka rasakanlah olehmu (azab ini) disebabkan kamu melalaikan pertemuan dengan harimu ini (hari Kiamat), sesungguhnya Kami pun melalaikan kamu dan rasakanlah azab yang kekal, atas apa yang telah kamu kerjakan.”

As-Sajdah 32:23
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ فَلَا تَكُن فِى مِرْيَةٍ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ وَجَعَلْنَٰهُ هُدًى لِّبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ 
Dan sungguh, telah Kami anugerahkan Kitab (Taurat) kepada Musa, maka janganlah engkau (Muhammad) ragu-ragu dari menerimanya (Al-Qur'an) dan Kami jadikan Kitab (Taurat) itu petunjuk bagi Bani Israil.


(a) Orang-orang musyrikin Mekah sebenarnya tidak percaya akan adanya hari akhirat, mereka tidak menerima adanya لِقَآءَ atau pertemuan dengan Allah (Ayat 10).
أَءِنَّا لَفِى خَلْقٍ جَدِيدٍۭۚ بَلْ هُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمْ كَٰفِرُونَ 

(b) Di dalam Taurat juga telah disebutkan dengan terang bahawa Musa berpesan supaya jangan ragu akan adanya hari pertemuan dengan tuhan itu (Ayat: 23).
فَلَا تَكُن فِى مِرْيَةٍ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ

(c) Orang-orang yang tidak percaya kepada adanya hari akhirat, pada hari kiamat nanti akan terbiar sebagaimana mereka membiarkan dan tidak kisah tentang pertemuan dengan tuhan (Ayat 14).
فَذُوقُوا۟ بِمَا نَسِيتُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمْۖ

3. Di dalam surah ini selain digunakan perkataan فاسقين kepada orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, perkataan مجرمين juga digunakan untuk mereka.
Kerana tidak berasa bertanggungiawab dan akan disoal di akhiratlah manusia menjadi jahat, buruk pekerti, fasiq dan penjenayah.
(a) Allah s.w.t. akan menghukum orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat(  فاسقين dan  مجرمين )(Ayat:22).
إِنَّا مِنَ ٱلْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ 

As-Sajdah 32:22
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَآۚ إِنَّا مِنَ ٱلْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ 
Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa.


(b) Di hari kiamat nanti, golongan مجرمين dan فاسقين iaitu penjenayah dan penjahat yang tidak percaya akan adanya hari akhirat akan menundukkan kepalanya di hadapan Allah kerana malu (Ayat: 12). إِذِ ٱلْمُجْرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ

As-Sajdah 32:12
وَلَوْ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلْمُجْرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَآ أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَٱرْجِعْنَا نَعْمَلْ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ 
Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.”



234

Tiada ulasan:

Catat Ulasan