Rabu, November 25, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 14(33)nota 11(236)

Daurah tafsir 2019 sesi 14(33)nota 11(236)

Zaman Diturunkan
Surah al-Ahzaab diturunkan sekitar tahun ke-4, ke-5 dan ke-6 Hijrah ketika berlaku perang Ahzaab, Ghazwah Bani Quraizah dan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab pada bulan Zul Qa'dah pada tahun ke-5 Hijrah. Setahun kemudian iaitu pada tahun ke-6 Hijrah, Surah an-Nuur diturunkan.Walaupun dari segi tertib kitabi Surah al-Ahzaab itu terletak kemudian daripada Surah an-Nuur tetapi
dari segi turunnya adalah lebih dahulu daripada Surah an-Nuur. Di dalam ayat pertama lagi orang-orang Islam diperintahkan supaya tidak tertekan dengan tindak-tanduk orang-orang munafiq dan orang-orang kafir.
Perang Ahzaab juga dipanggil perang Khandaq, zaman itu ialah zaman yang terlalu mencabar kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda, orang-orang Quraisy bersama dengan sekutu-sekutu mereka telah bersepakat mengepung Madinah, di dalam Madinah pula orang-orang munafiq tidak henti-henti menyakiti dan menggangu Raslulullah dengan menyerang peribadi Baginda. Dalam keadaan begitu pun Allah memerintahkan  NabiNya supaya tidak tunduk kepada orang-orang kafir Quraisy dan
sekutu-sekutunya yang datang sebagai musuh dari luar dan tidak mengalah kepada musuh-musuh dalaman yang terdiri daripada golongan munafiqin (Ayat: 1).وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَۗ

Al-Ahzab 33:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana,


Kesinambungan Surah Al-Ahzaab Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah as-Sajdah sebelum ini telah diberikan gambaran kasar dan umum berhubung dengan
orang-orang mu'min dan fasiq. Di dalam Surah al-Ahzaab ini pula dinyatakan secara terperinci peribadi para sahabat yang ikhlas dan perangai-perangai golongan munafiqin yang merupakan talam dua muka itu.
2. Di dalam Surah al-Ahzaab disebutkan kritikan-kritikan dan tuduhan-tuduhan mengarut orang-orang munafiqin terhadap Rasulullah, sementara di dalam Surah Saba' akan datang pula disebutkan kritikan-kritikan dan tuduhan-tuduhan orang-orang musyrikin Mekah terhadap Baginda dan perjuangan Baginda.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menghadapi keadaan yang sangat sukar dan mencabar ketika
berlaku peperansan Ahzaab. Keadaan sukar dan genting berlaku disebabkan adanya tekanan dari musuh-musuh dalaman dan juga musuh-musuh luaran yang terdiri daripada golongan منافقين dan كافرين. Dalam keadaan itu Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bertawakkal kepadaNya, nasihat supaya

236

Tiada ulasan:

Catat Ulasan