Rabu, November 18, 2020

Misykatul masabiih hadis 016syarahan

Misykatul masabiih hadis 016syarahan 
Sesi 24-02-Nov-14

 - [ 17 ] ( متفق عليه ) 
٢ -  الإيمان » ١٠ -  علامة الإيمان حب الأنصار

2. Iman » 10. Tanda-tanda keimanan adalah mencintai sahabat anshar

باب عَلاَمَةِ الإِيمَانِ حُبِّ الأَنْصَارِ: 

عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ
 بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلَا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ 

فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا 
فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ 

وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ

 فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك

Ubadah bin Ash Shamit meriwayatkan pernah ketika dikelilingi para sahabat,  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda bersabda kepada mereka: Berbai'atlah(yakni berjanjilah dengan sesungguh hati )bahawa kamu tidak akan menyekutukan Allah  dengan sesuatu apapun, tidak akan mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu dan  tidak akan melakukan perkara dusta  yang di ada-adakan semata-mata serta tidak akan menderhaka dalam sesuatu perkara yang baik.  

Sesiapa  yang dapat  memenuhinya maka pahalanya dijamin oleh  Allah dan sesiapa yang melanggar lalu dia di hukum  di dunia ini,maka  hukuman ini penghapus dosanya,

 dan barangsiapa yang melanggarnya   lalu Allah menutupinya (tidak menghukumnya di dunia) maka urusannya yakni diakhirat kelak  terserah  kepada Allah, mungkin dia dimaafkannya atau mungkin juga dia disiksanya".  

Kami berbai'at kepada baginda atas perkara-perkara tersebut. 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Minit 6
2 cara hilangkan:
Kita hapuskan
Kita tutup

Kaffarah  كَفَّارَةٌ  =tutup.
Sataroh سَتَرَهُ menutupi

Sawatir= sembunyikan.
Zawajir= mencegah

Tuduhan zina tak sama dengan lain2 tuduhan liwat,lesbian atau lain, kerana zina melibatkan proses permulaan terjadinya seorang manusia lain .Ianya sangat besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan