Sahih Al Bukhari(Bahagian pertama 002)
ucapan yang tidak disebut (nama) Allah di permulaannya dan tidak pula aku disalawati adalah terputus, cacat dan terhapus dari segala keberkatan.(Demikian dalam al-Jama'u al-Kabir as-Suyuti dan al-Ummal karangan Al Muttaqi al-Hindi).
Ironinya sebagai seorang tokoh hadits yang paling agung, sudah tentu sekali hadis-hadis seumpama itu tidak terlepas daripada pengetahuan beliau. Apa lagi al-Quran sendiri memulakan ayat pertamanya di dalam Surah al-Fatihah selaku surah pembuka dengan Hamdalah (ucapan الحمدلله) selepas basmalah (ucapan بسم الله الرحمن الرحيم). Persoalan sekarang ialah bukan sahaja Imam Bukhari telah melencong daripada kebiasaan pengarang-pengarang lain, malah beliau juga telah meninggalkan method al-Qur'an dalam bicara. Bagaimanapun apa yang dibuat oleh Imam Bukhari itu pada pandangan para ulama, pasti menyimpan maksud dan tujuannya yang tersendiri. Antara andaian dan pendapat para 'ulama' pengkaji Sahih Bukhari tentang faktor sebalik tindakan beliau meninggalkan Hamdalah, Tasyahhud dan Salawat selepas Basmalah permulaan kitabnya ialah:
(1) Beliau ingin mengisyaratkan bahawa hadits-hadits yang menyarankan kita supaya memulakan sesuatu ucapan atau tindakan dengan Hamdalah dan Tasyahhud adalah tidak menepati syarat beliau. Inilah pendapat Hafiz Ibnu Hajar as-"Asqalaani r.a. Di dalam Fathul Baarinya beliau menulis:
والجواب أن الحديثين (أى حديث الحمد والشهادة)ليسا على شرطه
Bermaksud: "Jawapannya ialah kedua-dua hadits itu tidak menepati syarat beliau. Bahkan kedua-duanya bermasalah." Justeru sanad-sanadnya dipertikaikan walaupun hadits-hadits itu dianggap sahih atau hasan oleh ramai tokoh 'ulama' yang Iain. Di dalam sanad hadits pertama misalnya, terdapat seorang perawi bernama Qurrah Bin 'Abdur Rahrnan- Imam Bukhari tidak mengambil satu pun riwayat daripadanya tetapi Imam Muslim mengambil hadits-haditsnya dalam Syawahid dan mutabaat sahaja. Bagaimanapun Imam Nasaa'i, Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah mengemukakan juga riwayat-riwayatnya sebagai riwayat-riwayzt usul mereka. Selain itu perawi-perawi hadits ini berbeza-bez-a dalam meriwayatkannya. Ada yang meriwayatkannya secara mursal dan ada pula meriwayatkannya secara maushul. Qurrah meriwayatkannya secara maushul sementara Yunus, 'Uqail, Syuaib dan Said bin 'Aziz pula meriwayatkannya secara mursal. Imam Daraqutni berkata: والمرسل هو الصواب (yang mursal itulah yang betul). Di dalam sanad riwayat kedua ada 'Aashim Bin Kulaib. Imam Muslim dan pengarang- pengarang kitab-kitab hadits besar yang lain mengambil riwayat daripadanya tetapi Imam Bukhari langsung tidak mengambil apa-apa riwayat daripadanya. Di dalam sanad hadits ketiga ada Ismail Bin Abi Ziad as-Syami. Hafiz 'Abdul Qadir Ar-Ruhawi berkata:
غريب تفرد بذكر الصلاة فيه إسمعيل بن أبى زياد الشامى وهو ضعيف لا يعتد بروايته ولا يزيادته
Bermaksud: Hadits ini gharib (dha'if). Hanya Ismail Bin Abi Ziad as-Syami menyebutkan shalawat di dalamnya, sedangkan dia seorang dha'if yang tidak boleh dipakai riwayatnya dan tidak boleh juga diambil kira tambahan (yang tersebut di dalam riwayatnya).
(2) Beliau juga bermaksud mengisyaratkan kepada hadits-hadits yang akan dikemukakan di dalam Sahihnya nanti bertaraf lebih tinggi daripada semua hadits-hadits itu. Tetapi ada pihak membantah alasan di atas tadi dengan berkata bahawa ia tidak kuat kerana beberapa sebab.
Pertama: Imam Bukhari beriltizam sebelum memasukkan sesuatu hadits ke dalam Sahihnya beliau akan mandi, bersembahyang dua rakaat dan beristikharah terlebih dahulu. Padahal apa yang diiltizamnya itu tidak ada tersebut langsung di dalam mana-mana hadits. Adapun memulakan sesuatu pekerjaan penting dengan hamdalah dan sebagainya tetap ada hadits-haditsnya meskipun dha'if.
Kedua: Kelemahan Qurrah boleh hilang dengan adanya beberapa orang perawi lain sebagai mutabi'nya seperti telah disebutkan sebelum
2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan