Tafsir asas quran nota 8(125).
Apa yang disebut as-Suyuthi itu semuanya merupakan sifat-sifat Allah. Semuanya boleh dimasukkan dalam senarai ayat-ayat Sifat, kecuali yang ke (xviii) iaitu huruf-huruf ringkas di permulaan sesetengah Surah al-Qur'an" Itupun mengikut sesetengah 'ulama' Tafsir merupakan ringkasan kepada nama-nama sifat Allah s.w.t. juga".
Pengarang kitab at-Talwih (Sa'aduddin Mas'ud bin 'Umar at-Taftazani sy-Syafi"e m.793H) menambahkan tiga lagi sifat Allah yang tidak disebut oleh as-Suyuthi tadi.
Qidam (sifat sedia), Sama" (sifat mendengar) dan Bashar (sifat melihat).
Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi ("Alauddin 'Abdul'Aziz bin Ahmad bin Muhammad al-Bukhari al-Hanafi m"730H) menulis bahawa hakikat melihat Allah di akhirat nanti, Yad (tangan), Wajah dan Istiwa' Allah di atas 'Arasy itu merupakan perkara-perkara yang disepakati 'ulama' tentang mutasyabihaatnya. Sebab itulah tiada nukilan daripada mereka sama sekali berhubung dengan penta'wilannya. Mereka bahkan melarang daripada menta'wilkannya. (Lihat Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi j.1 m/s 58-59).
Apa yang ditulis oleh Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi itu sebenarnya tidaklah terhad pada tiga sifat tersebut sahaja. Malah ia merangkumi semua sifat-sifat
Allah.
Pembahagian Mutasyabihaat Berdasarkan Kepelbagaian Sebab Tasyabuh.
Di dalam al-Fauzul Kabir Shah Waliyyullah hanya menyebutkan empat perkara sahaja daripada sekian banyak sebab Tasyabuh yang menyebabkan sesuatu ayat itu dianggap sebagai ayat mutasyabihah. Di bawah ini ini dikemukakan apa yang ditulis beliau didalam kitab berkenaan:
(1) Disebabkan ada kemungkinan sesuatu dhamir (ganti nama) kembali kepada dua marji' (nama yang merupakan tempat dhamir dikembalikan) yang berbeza. Contohnya
ialah seperti sesaorang berkata:
أما إن الأمير أمرني ألعن فلانا لعن الله
Bermaksud: Ketahuilah sesungguhnva pemerintah (/ketua/pemimpin/gabenor/menteri dan sebagainya) menyuruh
saya mela'nat Si Fulan, semoga Allah mela'natnya).
125
Tiada ulasan:
Catat Ulasan