Tafsir asas quran nota 8(127).
dengan ma'na-ma'na yang lain, seperti kuasa, ni"mat, pertolongan, pemegang atau hulu sesuatu seperti pedang, kekuatan, keupayaan, milik dan lain-lain.
Mutasyabih murakkab (dengan sebab beberapa lafaz bergabung menjadi satu ayat) terbahagi kepada tiga bahagian:
(a) Mutasyabih kerana ringkas متشابه للاختصار والإيجاز .Antara contoh dalam qur'an ialah firman Allah ini :
An-Nisa' 4:3
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا۟ فِى ٱلْيَتَٰمَىٰ فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُوا۟
Bermaksud: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisaa:3).
Di antara Fi'il syarat dan jawab syarat ada sesuatu yang dibuang. Kerana agak panjang,
maka ia dibuang untuk meringkaskan cerita. Tafsir bersama-sama dengan apa yang ditaqdirkan dalam firman Allah ini adalah seperti berikut:
أي وإن كانت تحت أحدكم يتيمة وخاف ألا يعطيها مهر مثلها فليتر كها إلى ما سو الله عليه فانكحوا...
Maksudnya: Jika ada anak yatim dalam perlindungamu, (walaupun kamu hendak mengahwininya) tetapi kamu takut tidak akan memberikan kepadanya mas kahwin yang
selayak dengannya, maka jangan berkahwinlah dengannya. Sebaliknya carilah perempuan-perempuan lain. Kerana orang perempuan itu ramai mudah dicari. Maka berkahwinlah dengan....
Boleh juga yang mahzuf (dibuang) itu ditaqdirkan dengan lebih ringkas, begini أي فلا تتز وجو هن وانكوا Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-
perempuan yatim (apabila karnu berkahwin dengan mereka), maka jangan berkahwinlah
127
Tiada ulasan:
Catat Ulasan