Tafsir asas quran nota 9(142).
bolehlah kamu tanya dan tentu ia juga diberitahu kepadamu. Bukan semua kandungan al-Qur'an kamu tahu maksudnya. Dan bukan juga setiap yang kamu tahu kamu amalkan.
Sesiapa yang percaya (beriman) kepadanya, ia mendapat pahala dan bertuah. Sesiapa yang kufur dan syak terhadapnya, ia berdosa dan menjauh.
Huraits bin Dzuhair menukilkan daripada 'Abdillah (bin Mas'ud) bahawa beliau berkata, "Tidak ada keimanan orang mu'min yang lebih afdhal daripada keimanannya kepada perkara ghaib. Kemudian beliau ('Abdullah bin Mas'ud) membaca: ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ )orang-orang yang percaya kepada perkara ghaib)."
Kata al-Qurthubi, pendapat yang dinukilkan oleh Rabi"
bin Khutsairn tentang ayat-ayat Mutasyabihaat dan hukumnya itu adalah sahih.
Keterangan tentangnya akan datang nanti Insyaallah dalam tafsir Surah Aali'Imraan.
(al-Jaami. Li Ahkaamil Qur'an j.l m/s 154).
Ketika membincangkan tentang Huruf-huruf Muqattha'ah Hafiz Ibnu Katsir (m"77H) telah menulis dengan cantik sekali" Kata beliau: "Tiada syak sama sekali bahawa Allah
s"w"t. tidak menurunkannya (huruf-huruf mluqattha'ah itu) dengan sia-sia dan percuma sahaja. Silap teruk orang-orang yang mengatakan, "Ada di dalam al-Qur'an huruf-huruf atau ayat-ayat yang dibaca sebagai ibadat semata-mata, sedangkan ia langsung tiada
mempunyai ma'na ( هُوَ تَعَبُّدٌ لا معنًى له بالكليه )
Sebenarnya huruf-huruf Muqattha'ah itu ada
ma'na-ma'nanya yang tersendiri" la bukan kosong daripada ma'na dan diungkapkan dengan sia-sia sahaja" Jika ada sesuatu riwayat yang sahih berhubung dengan maknanya
daripada Nabi s.a.w., maka kita menerimanya. Jika tidak ada, maka kita menahan diri daripada berkata sesuatu tentangnya di samping kita berkata (seperti tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud): "Kami percaya kepadanya. Semuanya datang dari Tuhan kami." Tiada ijma" 'ulama' berhubung dengan ma'nanya. Mereka berbeda pendapat dalam masalah ini. Ada beberapa pendapat dinukilkan. Barang siapa mendapati mana-mana pendapat yang disokong oleh dalil, bolehlah ia memilihnya. Sebaliknya dalam keadaan tiada dalil, dia hendaklah bertawaqquf (mengambil sikap tunggu dan berhenti
sebentar sebagai langkah cermat) sehingga menemui dalilnya"" (Lihat Tafsir al-Qur'an al-"Adziim j.l m/s 160).
Daripada pandangan dan hasil kajian tokoh-tokoh Tafsir terkemuka tadi dapat disimpulkan bahawa menurut para Khulafa' ar-Rasyidin, tokoh-tokoh sahabat dan at-
142
Tiada ulasan:
Catat Ulasan