Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 9(149).

Tafsir asas quran nota 9(149).

percaya al-Qur'an adalah kalam Allah berdasarkan dalil-dalil yang meyakinkan. Apabila ia melihat sesuatu (nas) yang mutasyabih, sedangkan dalil qath'i menunjukkan apa yang
zahir daripada nas yang mutasyabih itu bukan dimaksudkan oleh Allah, pada ketika itu yakinlah dia bahawa maksud Allah adalah sesuatu yang lain selain ma'na zahirnya. Dan apa yang dimaksudkan Allah itu adalah benar. Dengan menolak ma"na zahirnya pula
tidaklah timbul sebarang keraguan di dalam hatinya terhadap kebenaran al-Qur'an."

Shah Waliyyullah pula berkata, "Tidak ada yang mengetahui hakikat beradanya Tuhan di atas dan istiwaa'Nya melainkan Dia sendiri dan orang-orang yang mantap ilmunya dari
kalangan orang-orang yang dikurniakan Allah ilmu dari sisiNya."


Mengelak Diri Daripada Menta'wilkan Ayat-Ayat Mutasyabihat.
Salah satu usul yang perlu sentiasa di letakkan di hadapan untuk selamat dalam mentafsirkan al-Qur'an ialah mengelak diri daripada menta'wilkan ayat-ayat
mutasyabihat yang sebenar-benarnya disepakati sebagai mutasyabihaat. Kerana pengetahuan sebenar tentangnya hanya ada pada Allah s.w.t. Mempercayainya secara
kasar dan umum (إيمان إجمالي) sudah pun memadai. Anda tidak dituntut membicarakannya secara terperinci" Apa yang perlu dijadikan panduan dan pedoman ialah ayat-ayat yang terang dan muhkamaat. Ialah yang semestinya dijadikan asas dalam segala perkara.

Sikap Pentafsir Yang Bijaksana Terhadap Ayat-Ayat Mutasyabihaat lalah:
(a) Menyerahkan maksud sebenar huruf Muqattha'ah kepada Allah s.w.t. dan sedapat mungkin mengelak diri daripada berkata sesuatu secara putus tentangnya.

(b) Mengelak diri daripada mentafshil (membincangkan secara terperinci), dan mentakyifkan (menyatakan kaifiat) perkataan-perkataan كرسي، عرش، استوىديد، وجه  dan
menentukan secara pasti dan qathi" ma'na-ma'nanya.

(c) Firman Allah di dalam ayat 6 Surah Aali 'Imraan: وما يعلم تاوله إلا الله .(Dan tiadalah mengetahui maksud sebenarnya kecuali Allah), perlulah sentiasa diingati apabila
berhadapan dengan ay at- ay at Mutasyabihaat"

149

Tiada ulasan:

Catat Ulasan