Tafsir asas quran nota 9(158)10
kerabat' anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang karnu buat, maka sesungguhnya Allah Maha
Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215).
Dan antara contoh soalan bagi peristiwa yang akan berlaku pula ialah firman Allah swt berikut:
An-Nazi'at 79:42
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا
Bermaksud: Mereka (yang ingkar) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (an-Naaziaat:42).
Faedah Mengetahui Sebab-Sebab rurun Ayat-Ayat Al-qur'an.
Kefahaman yang tepat dan lengkap tentang ayat-ayat tertentu di dalam al-epqur'an sangat bergantung kepada pengetahuan tentang sebab-sebab turunnya. Oleh itu perlu sekali ia dikuasai. Silap teruk orang-orang yang menganggap pengetahuan tentang sebab-sebab
turun ayat al-Qur'an itu tidak lebih daripada mengetahui sejarahnya semata-mata. Para 'ulama' telah menyebutkan banyak faedahnya mengetahui sebab-sebab turun ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. Di bawah ini dikemukakan beberapa yang terpenting sahaja daripadanya:
(1) Dapat mengetahui maksud sebenar bagi ayat-ayat berkenaan.
Kata al-Waahidi,"Tafsiran sebenar sesetengah ayat al-Qur'an tidak mungkin diketahui tanpa terlebih dahulu mengetahui kisah atau sebab kenapa ia diturunkan."
Ibnu Daqiqil 'Iid berkata,"Pengetahuan tentang sebab turun ayat merupakan saluran yang kuat untuk memahami ma"na al-Qur'an."
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata "Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat membantu anda memahaminya. Ini kerana pengetahuan tentang sebab sesuatu akan membawa kepada pengetahuan tentang musabbabnya."
As-suyuthi di dalam Lubaab an-Nuqulnya pula berkata, Makna sekian banyak ayat-ayat al-qur,an pernah tidak dapat difahami dengan pasti oleh sekumpulan "ulama' salaf. Setelah mereka mengetahui sebab-sebab turunnya, barulah hilang segala kekeliruan mereka.
Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh yang membenarkan kata-kata para 'ulama, yang dinukilkan tadi tentang betapa pentingnya mengetahui sebab-sebab turun ayat dan betapa ia dapat membantu anda unfuk memahami maksud sebenarnya.
158
Tiada ulasan:
Catat Ulasan