Sabtu, November 14, 2020

Tafsir asas quran nota 9(161)10.

Tafsir asas quran nota 9(161)10.

bahan ejekan dan dihina mereka secara berhadapan Allah melarang terus orang-orang yang beriman menggunakan perkataan itu. Mereka disaran agar menggunakan perkataan lain sebagai gantinya" Allah bahkan berpesan melalui firmanNya (واسمعوا) agar para sahabat mendengar dengan baik dan teliti apa-apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga tidak perlu lagi mereka berkata 'Raa'ina' atau "Unzhurna" atau lain-lain perkataan yang sama ma"na dengannya untuk Rasulullah s.a.w mengulangi kembali yang telah diucapkan. Itulah sebenarnya latar belakang yang menyebabkan ayat 104
Baqarah diturunkan.

(c) Lihat pula seterusnya firman Allah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:115
وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi
Maha Mengetahui" (al-Baqarah: 115).

Tanpa melihat kpd sebab turun ayat ini, seseorang yang membacanya mungkin sekali akan menyimpulkan bahawa menghadap qiblat adalah sesuatu yang tidak diperlukan
untuk bersembahyang. Ia boleh saja menghadap ke arah mana yang dikehendakinya,asalkan ia berniat menghadap Allah. Kerana Allah ada di setiap arah yang dihadapinya.
Sedangkan di dalam ayat yang lain (Lihat sebagai contohnya ayat 144 Surah al-Baqarah).
Allah memerintahkan hamba-hambaNya, biar di mana pun mereka berada agar menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai qiblat apabila bersembahyang. Sekali pandang dua ayat yang dikemukakan itu kelihatan bertentangan dan anda akan berada dalam kesukaran untuk memilih mana satu daripada keduanya yang harus dijadikan panduan. Tetapi jika anda mengetahui sebab turun ayat 115 yang dikemukakan itu, anda akan mendapati tidak ada sebarang pertentangan di antara keduanya.  Kedua-duanya harus
digunakan untuk keadaan yang berbeza sebenarnya. 'Abdullah bin' Umar r.a. meriwayatkan, "Ketika dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah nabi s.a.w. sering
bersembahyang dalam keadaan berkenderaan tanpa mempedulikan sama ada baginda menghadap ke arah Ka"bah (qiblat) atau pun tidak. Kata beliau, "Berhubung
dengannyalah turun ayat ini: فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ (maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah). 
(Hadits riwayat Muslim).


161

Tiada ulasan:

Catat Ulasan