Isnin, November 16, 2020

Tafsir asas quran nota 9(163)10.

Tafsir asas quran nota 9(163)10.

Apa yang penulis sebutkan ini bukan andaian dan kemungkinan semata-rnata, bahkan telah ada di kalangan sahabat sendiri yang terkeliru apabila membaca ayat ini. Mereka menjadikan ayat ini sebagai dalil apabila menyatakan pendapat bahawa "Peminum arak
juga pada masa lalu jika seorang yang baik, tidaklah dikenakan hukuman had keatasnya".
Setelah lbnu 'Abbaas menyatakan sebab nuzul ayat ini kepada mereka, barulah hilang kekeliruan mereka.
Sebenarnya latar belakang ayat ini ialah apabila telah turun ayat yang mengharamkan arak dan judi maka sebahagian sahabat bertanya, "Bagaimana keadaan sahabat yang telah
meninggal dunia sebelum turunnya hukum haramnya arak dan judi itu, sedangkan ia minum arak dan berjudi sepanjang hayatnya?" Maka turun ayat ini yang bermaksud:
"Mana-mana orang mu'min yang minum arak atau makan harta hasil perjudian sebelum turunnya ayat tentang haram kedua-duanya, tidakkah dia berdosa dan akan disiksa
dengan syarat dia adalah seorang mu'min dan patuh dengan hukum Allah s.w.t. pada masa lalu.

Cara-Cara Mengetahui Sebab-Sebab Nuzul (Turun) Ayat.
Para "ulama' mengatakan, tidak ada jalan untuk mengetahui sebab-sebab turun ayat melainkan rnelalui nukilan riwayat yang sahih. Tidak harus seseorang memperkatakannya
melainkan ia mengetahui tentangnya melalui riwayat- riwayat yang boleh dipercayai.
Kata al-Waahidi, "Tidak halal berbicara tentang sebab-sebab turun ayat-ayat al-Qur'an melainkan berdasarkan riwayat dan apa yang didengari daripada orang-orang yang
menyaksikan penurunannya secara langsung dan mereka sememangnya rnengetahui tentang sebab-sebabnya. (Lihat Asbabu an-Nuzul m/s 8).

Perlulah diketahui bahawa perawi adakalanya menyebutkan dengan jelas, ayat ini turun dengan sebab peristiwa sekian-sekian. Adakalanya perawi  berkata ayat ini turun
berhubung dengann sekian-sekian perkara.
Apabila sebab nuzul diriwayatkan dengan terang daripada seseorang sahabat, maka ia dikira seperti riwayat marfu dan musnad menurut jumhur  MuIuhadditsin. Ada pun apabila ia berkata نزلت في كذا (ia turun berhubung /berkaitan dengan sekian-sekian), maka para 'ulama' berbeda pendapat tentangnya. Imam Bukhari menganggapnya termasuk dalam

163

Tiada ulasan:

Catat Ulasan