Selasa, November 17, 2020

Tafsir asas quran nota 9(164)10.

Tafsir asas quran nota 9(164)10.

riwayat musnad. Sementara orang-orang lain tidak memasukkannya dalam riwayat musnad yang marfu'. Sebabnya ialah kata-kata seperti ini berkemungkinan menyatakan sebab. Ia juga berkemungkinan termasuk dalam bab beristidlal dengan ayat (tertentu).Kerana sudah kebiasaan mereka mengatakan begitu untuk menyatakan hukum-hukum yang boleh termasuk di bawah ayat-ayat berkenaan.

Al-Imam Ibnu Taimiyyah di dalam Muqaddimah Tafsirnya berkata: "Kata mereka نزلت  هذا الآية في كذا(ayat ini turun berhubung / berkaitan dengan sekian-sekian), kadang-kadang dimaksudkan dengannya sebab turun ayat itu. Kadang-kadang pula dimaksudkan bahawa perkara tertentu juga termasuk dalam kehendak ayat, walaupun ia sebenarnya bukanlah merupakan sebab turunnya. Para 'ulama' berbeda pendapat tentang kata-kata sahabat,نزلت في كذا(ia turun berhubung / berkaitan dengan sekian-sekian) ; adakah ia dikira sebagai riwayat musnad sebagaimana kalau ia menyebutkan sebab sebenarnya atau ia dikira sebagai tafsiran semata-mata, bukan sebagai musnad? Imam Bukhari menganggapnya termasuk dalam riwayat musnad. Sementara orang-orang lain tidak memasukkannya dalam riwayat musnad. Kebanyakan kitab-kitab musnad seperti Musnad Ahmad dan lain-
lain mengikut qaedah kedua. Keadaan berbeza jika seseorang sahabat menyebutkan sebab sebenar bagi turunnya ayat berkenaan. Semua 'ulama' bersepakat tentang cerita sahabat yang seperti itu dikira sebagai musnad. (Lihat fataawa Ibni Taimiyyah j.13 m/s 339-340).

Al-Imam az-Zarkasyi pula berkata: "Sudah menjadi adat para sahabat dan at-Tabi'in,apabila seseorang daripada mereka berkata,نزلت  هذا الآية في كذا(ayat ini turun berhubung/berkaitan dengan sekian-sekian), maka ertinya ialah ayat berkenaan juga mengandungi atau menunjukkan hukum yang disebut mereka. Ia tidak bererti perkara yang disebut mereka itu merupakan sebab bagi turunnya ayat berkenaan. Sekumpulan muhadditsin menganggap kata-kata seperti itu sebagai riwayat marfu' dan musnad. Tetapi Imam Ahmad tidak menganggapnya musnad.

 Demikian juga Imam Muslim dan lain-lain.Mereka menganggap kata-kata sahabat dan Tabi'in yang seperti itu tidak lebih daripada ta'wilan dan tafsiran mereka sahaja. Ia bagi mereka termasuk dalam bab beristidlal untuk sesuatu hukum dengan ayat al-Qur'an. Ia tidak termasuk dalam bab nukilan tentang apa yang telah berlaku. (Lihat al-Burhan j 1 m/s 32).



164

Tiada ulasan:

Catat Ulasan