Tafsir asas quran nota 9(166)11
Cara-Cara Berinteraksi Dengan Beberapa Sebab Turun Ayat.
Para 'ulama' Tafsir seringkali menyebutkan beberapa sebab bagi turunnya sesuatu ayat.
Dalam keadaan ini para pembaca akan mengalami sedikit kesukaran dan kesulitan untuk menentukan mana satu daripadanya sebagai sebab sebenar. Keadaan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai suatu pertentangan yang menimbulkan kemusykilan. Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar Tafsir ialah mengetahui bentuk- bentuknya dan kemudian mengetahui pula cara-cara berinteraksi dengannya.
Di bawah ini dikemukakan beberapa bentuk sebab turun sesuatu ayat:
Bentuk Pertama: Apabila seseorang perawi berkata, نزلت في كذا (ayat ini turun berkenaan dengan sekian), dan perawi lain juga menggunakan ungkapan yang sama ( نزلت في كذا ),cuma masing-masing daripada mereka menyebutkan perkara yang berbeza. Dalam keadaan ini, tidak ada pertentangan sebenarnya, kerana ia adalah suatu istilah yang digunakan oleh Salaf untuk menyatakan apa yang tersebut di dalam riwayatnya tepat juga dengan ayat berkenaan. Maksud ayat berkenaan begitu luas sehingga ia boleh merangkumi kedua-dua perkara atau mungkin lebih lagi daripada dua perkara yang tersebut di dalam riwayat-riwayat. Ungkapan itu tidak semestinya bererti apa yang tersebut di dalam riwayat yang dikemukakan oleh seseorang adalah sebab sebenar bagi turunnya ayat. Firman Allah di dalam Surah al-A'raaf ini adalah sebaik-baik contohnya:
Al-A'raf 7:204
وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Bermaksud: Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (al-A'raaf:204).
Di dalam Tafsir at-Thabari tersebut beberapa riwayat daripada sahabat dan Tabi'in yang mengatakan ayat ini turun berkenaan dengan shalat, di mana para ma'mum diperintahkan agar diam dan mendengar betul-betul apa yang dibaca oleh imam. Sementara di dalam beberapa riwayat yang lain pula, juga daripada sahabat dan Tabi'in, tersebut ia berkenaan dengan khutbah Juma'at dan khutbah dua hari raya. Ketika mendengar khatib berkhutbah yang tentunya ada mengandungi ayat-ayat al-Qur'an orang ramai diperintahkan agar diam dan mendengarnya dengan tenang. Tidak dinafikan ada sebahagian daripada
riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabari itu dha'if sanadnya, tetapi bukan semuanya
166
Tiada ulasan:
Catat Ulasan