Jumaat, November 20, 2020

Tafsir asas quran nota 9(167)11

Tafsir asas quran nota 9(167)11

dha"if. Orang-orang yang tidak mengerti istilah yang diguna oleh Salaf baik dari kalangan sahabat atau Tabi'in, tentu sekali kebingungan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, mana satu daripadanya yang harus diterima sebagai sebab nuzul sebenar bagi ayat itu? Kalau kesemuanya benar, maka apakah jalan yang harus ditempuh untuk mengaplikasikannya? 

Orang-orang yang mengetahui istilah Salaf berhubung dengan perkara ini pula akan menghadapinya dengan tenang saja, kerana ia sedar bahawa semua yang tersebut didalam riwayat-riwayat itu merupakan 'Mashadaqaat" atau perkara-perkara yang boleh termasuk di bawah mafhum ayat 204 Surah al-A"raf itu, dengan erti ia juga bertepatan dengan kehendaknya. Meskipun ia bukan merupakan sebab asal bagi turunnya ayat tersebut. Mafhumnya bahkan boleh juga merangkumi orang-orang tidak sedang bersembahyang atau mendengar khutbah Juma'at dan khutbah dua hari raya" Orang-orang yang tidak berada dalam keadaan itu juga tentunya boleh mendapat rahmat jika diam dan mendengar dengan baik apabila al-Qur'an dibacakan. 

Adapun sebab sebenar bagi turunnya ayat 204 Surah al-A'raf itu, maka dengan mudah saja dapat dikesan apabila anda merenugi siyaq dan sibaqnya. Ayat 203 sebelumnya itulah sebenarnya sebab turun bagi ayat 204. Anda dapat mengesannya tanpa keluar daripada al-Qur'an dan tanpa memerlukan riwayat-riwayat berupa hadits atau atsar. Apa yang tersebut di dalam hadits dan atsar, maka itu tidak lebih daripada penjelasan tambahan tentang perkara-perkara yang boleh juga termasuk di bawah mafhum ayat berkenaan. Perhatikan ayat 203 yang merupakan sebab sebenar bagi turunnya ayat 204
selepasnya. Allah berfirman:

Al-A'raf 7:203
وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِم بِـَٔايَةٍ قَالُوا۟ لَوْلَا ٱجْتَبَيْتَهَاۚ قُلْ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّىۚ هَٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Dan apabila kamu tidak membawa suatu mu'jizat kepada mereka, mereka berkata: Mengapa tidak kamu memilih mu"jizat itu?" Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya mengikut apa yang diwahyukan dari Tuhanku kepadaku. Al-Quran ini adalah bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman." (al-A' raaf:203).


167

Tiada ulasan:

Catat Ulasan