Daurah tafsir 2019 sesi 15(37)nota 12(257-260)s
Surah As soffat
Tertib surah 36
Bilangan ayatnya 182
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 56
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1 ayat 1-74 Akibat yg berbeza kepada orang2 yg percaya dan tidak percaya kepada aqidah tauhid,kerasulan dan hari kemudian.
Paragraf 2 ayat 75-148 Sanjungan orang2 yg ikhlas,beriman dan berbuat baik terhadap sumbangan para nabi
Paragraf 3 ayat 149-166 Para malaikat bukan anak2 Allah
Paragraf 4 ayat 167-179 Panduan penghiburan dan berita gembira kepada Rasullah
Paragraf 5 ayat 180-182 Kesimpulan
Mesej
1.Para malaikat bukan anak2 perempuan Allah .Bahkan mereka adalah hamba2 Allah yg sentiasa bertasbih kepadaNya.
2.Para nabi dan rasul semuanya ikhlas ,mu'min dan muhsin.
3.Penghargaan dan sanjungan terhadap khidmat mereka dalam menyampaikan ajaran tauhid yg murni dan kepercayaann kepada hari akhirat.
4.Seruan supaya menerima tauhid yg murni.
Zaman Diturunkan
Besar sekali kemungkinan Surah as-Shaffat diturunkan di bahagian terakhir peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, pada ketika itu Surah Fathir dan Surah Yasin telahpun diturunkan, pada ketika itu juga orang-orang musyrikin Mekah yang percaya para malaikat adalah anak-anak perempuan tuhan menolak seruan tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan memperolok- olokkannya. Mereka menuduh Rasulullah sebagai tukang sihir, mereka juga berkata: "Bagaimana kita boleh tinggalkan tuhan-tuhan kita kerana seorang penyair yang gila?". Maka mereka difahamkan tentang sejarah seruan para nabi di sepanjang sejarah, para nabi yang disifatkan sebagai مُؤْمِن،مُخْلِص dan مُحْسِِنْ. Mereka diseru supaya memilih aqidah tauhid yang murni.
Antara Ciri Khusus Surah As-Shaffat
Di dalam Surah as-Shaffat juga ada ayat tarji' yang diulangi berkali-kali iaitu إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ, كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ,إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ .Lafaz سلام juga berkali-kali tersebut di dalamnya.
As-Saffat 37:40128,160
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa),
As-Saffat 37:80,105,110,121,131
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
As-Saffat 37:81,111,122,132
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sungguh, dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman.
Perkaitan Surah As-Shaffat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Yasin dikatakan bahawa Rasulullah adalah salah seorang rasul إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ , di dalam Surah as-Shaffat ini pula diceritakan tentang sumbangan para rasul dalam menyebarkan ajaran tauhid dan menegakkannya. Khidmat para rasul itu dihargai dan disanjungi dengan ucapan سَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ
Ya Sin 36:3
إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ
sungguh, engkau (Muhammad) adalah salah seorang dari rasul-rasul,
As-Saffat 37:181
وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ
Dan selamat sejahtera bagi para rasul.
2. Penafian ibadat kepada para malaikat yang tersebut di dalam Surah Fathir, di dalam surah ini disebutkan dengan lebih jelas dan terbuka lagi.
3. Di dalam Surah as-Shaffat disebutkan khidmat dan sumbangan 9 orang nabi iaitu Nabi Nuh, Ibrahim,
Isma'il, Ishaq, Luth, Musa, Harun, Ilyas dan Yunus. Di dalam Surah Shad selepasnya pula disebutkan sifat أوّابيّة 3 orang nabi iaitu Nabi Daud, Sulaiman dan Ayyub.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Kepercayaan orang-orang musyrikin Mekah bahawa malaikat adalah anak-anak perempuan Allah ditolak di dalam surah ini.
(a) Di dalam ayat pertama surah lagi telah dikemukakan sumpah Allah dengan menggunakan para malaikat yang berdiri bersaf-saf sebagai menyatakan kesediaan dan siap siaga mereka dalam mematuhi dan menjunjung titah perintah Allah. Keadaan mereka itu membuktikan Allah tidak mempunyai sekutu dalam mengatur dan mentadbir alam ciptaannya. (Ayat: 1).
As-Saffat 37:1
وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفًّا
Demi (rombongan malaikat) yang berbaris bersaf-saf,
(b) Perkara yang sama diulangi di dalam ayat ke-164 hingga 166 (Ayat: 165).
As-Saffat 37:165
وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلصَّآفُّونَ
dan sesungguhnya kami selalu teratur dalam barisan (dalam melaksanakan perintah Allah).
2. Surah ini juga membuktikan kebenaran aqidah tauhid bahawa para malaikat tidak berkongsi dengan Allah dalam sifat uluhilyahNya.
(a) Di dalam ayat ke-4 dengan jelas disebutkan bahawa tuhan manusia hanya satu (Ayat: 4).
As-Saffat 37:4
إِنَّ إِلَٰهَكُمْ لَوَٰحِدٌ
sungguh, Tuhanmu benar-benar Esa.
(b) Dikatakan tentang pemimpin-pemimpin musyrik bahawa mereka bersikap sombong dan angkuh
dalam menghadapi seruan tauhid (Ayat: 35).
As-Saffat 37:35
إِنَّهُمْ كَانُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Sungguh, dahulu apabila dikatakan kepada mereka, “La ilaha illallah” (Tidak ada tuhan selain Allah), mereka menyombongkan diri,
(c) Orang-orang musyrikin ditanya: "Adakah kamu mahu lagi tuhan-tuhan yang lain selain Allah?"(Ayat:86).
As-Saffat 37:86
أَئِفْكًا ءَالِهَةً دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ
Apakah kamu menghendaki kebohongan dengan sesembahan selain Allah itu?
3. Menggunakan perkataaan فَاستَفْتِهِمْ. pegangan dan kepercayaan orang-orang musyrikin dibantah.
(a) Tanyalah mereka, menjadikan manusia itu lebih sukar atau benda-benda lain seperti bukit dan sebagainya? Bukankah manusia hanya dijadikan daripada tanah liat? (Ayat 11).
As-Saffat 37:11
فَٱسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَم مَّنْ خَلَقْنَآۚ إِنَّا خَلَقْنَٰهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍۭ
Maka tanyakanlah kepada mereka (musyrik Mekah), “Apakah penciptaan mereka yang lebih sulit ataukah apa yang telah Kami ciptakan itu?” Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat.
(b) Tanyalah mereka, adakah mereka lebih layak mendapat anak lelaki dan Allah hanya layak mempunyai anak-anak perempuan? (Ayat 149).
As-Saffat 37:149
فَٱسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ ٱلْبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلْبَنُونَ
Maka tanyakanlah (Muhammad) kepada mereka (orang-orang kafir Mekah), “Apakah anak-anak perempuan itu untuk Tuhanmu sedangkan untuk mereka anak-anak laki-laki?”
4. Tuduhan orang-orang musyrikin Mekah terhadap Rasulullah.
Dinukilkan bahawa mereka berkata: "Adakah patut kita meninggalkan tuhan-tuhan kita kerana penyair gila ini?" (Ayat: 36).
As-Saffat 37:36
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓا۟ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍۭ
dan mereka berkata, “Apakah kami harus meninggalkan sesembahan kami karena seorang penyair gila?”
5. Di dalam surah ini sebanyak 5 kali digunakan lafa عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ. para nabi ituمُخْلَصِ dan juga مُخْلِصِ
Mereka memilih tauhid yang خالص (suci) dan Allah pula memilih mereka sebagai orang-orang yang suci
disisiNya, mereka adalah hamba-hamba Allah yang patuh dan setia (Ayat: 40,74, 128, 160 dan 169).
As-Saffat 37:40
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa),
6. Perkataan المُحسِنِيْن pula digunakan sebanyak 4 kali di dalam surah ini untuk menunjukkan para nabi adalah penda'wah, penyampai ajaran Allah kepada manusia (مبلغ), baik صالح dan mereka adalah orang-orang yang beramal dengan ajaran yang dibawanya dalam keadaan paling sempurna.
Dan sudah menjadi sunnatullah bahawa Allah memberi ganjaran kepada manusia sesuai dengan iman
dan amalannya (Ayat: 80, 110, 121,131).
As-Saffat 37:80
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
As-Saffat 37:110
كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
As-Saffat 37:121
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
As-Saffat 37:131
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
7. Perkataan ٱلْمُؤْمِنِينَ digunakan sebanyak 4 kali di dalam surah ini.
Ia menunjukkan para nabi adalah orang-orang yang sempurna imannya, mereka tidak menyengutukan
Allah dengan sesuatu yang lain, mereka adalah hamba-hamba Allah yang taat dan kuat beribadat.
Setelah menyebutkan nama-nama Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Harun dan Ilyas, Allah berfirman berkenaan dengan mereka إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ (Ayat: 81, 111, 122 dan 132).
As-Saffat 37:81
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sungguh, dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman.
As-Saffat 37:111
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sungguh, dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
As-Saffat 37:122
إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sungguh, keduanya termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
As-Saffat 37:122
إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sungguh, keduanya termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
As-Saffat 37:132
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
Sungguh, dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
8. Di dalam surah ini perkataan سَلَٰمٌ digunakan sebanyak 5 kali. Ia mengisyaratkan kepada keselamatan para rasul dan kebinasaan penentang-penentang mereka. Setelah
menyebutkan nama 5 orang nabi, mereka dihargai dan disanjung tinggi, usaha mereka dan sekalian para
rasul untuk menyebarkan da'wah tauhid dihargai dengan ucapan salam untuk mereka.
(a) (Ayat: 79).
(b) (AyaI 109).
(c) (Ayat 120).
(d) (Ayat: 130).
(e) (Ayat 181).
As-Saffat 37:79
سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِى ٱلْعَٰلَمِينَ
”Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.”
As-Saffat 37:109
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ
”Selamat sejahtera bagi Ibrahim.”
As-Saffat 37:120
سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ
”Selamat sejahtera bagi Musa dan Harun.”
As-Saffat 37:130
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلْ يَاسِينَ
”Selamat sejahtera bagi Ilyas.”
As-Saffat 37:181
وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ
Dan selamat sejahtera bagi para rasul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan