Rabu, Disember 23, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(38)nota 12(262)

Daurah tafsir 2019 sesi 15(38)nota 12(262)

Zaman Diturunkan
Ia diturunkan sekitar tahun ke-10 Kenabian, ketika itu Abu Thalib sedang sakit yang membawa beliau meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. pula dituduh sebagai tukang sihir dan pendusta. Orang-orang musyrikin Mekah begitu sombong dan degil, mereka mendustakan seruan al-Qur'an.

Perkaitan Surah Shad Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah as-Shaffat telahpun diberi gambaran tentang khidmat Nabi Nuh, Ibrahim, Musa,Harun, Ilyas, Luth dan Yunus dalam menyebarkan ajaran tauhid, peribadi mulia mereka juga ditonjolkan. Dalam Surah Shad ini pula ditonjolkan sifat أوّابيّة(suka merujuk dan kembali kepada Allah serta memohon keampunan kepadaNya) Nabi Daud, Sulaiman dan Ayyub dalam segala perkara yang dihadapi. Sumbangan para nabi yang lain dan keperibadian semua mereka yang mulia juga ditonjolkan.

2. Di dalam Surah az-Zumar nanti, setelah dinyatakan di dalamnya tentang aqidah tauhid yang murni,manusia diseru supaya memilihnya dan menerimanya.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Shad terdapat pengenalan tentang al-Qur'an.
Seruan supaya merenungi al-Qur'an, menerimanya sebagai panduan hidup pula mendatangkan pahala yang besar.
(a) Al-Qur'an adalah sebuah kitab nasihat, al-Qur'an sendiri telah dikemukakan sebagai dalilnya. (Ayat:1).

Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ 
Sad, demi Al-Qur'an yang mengandung peringatan.

(b) Al-Qur'an adalah sebuah kitab nasihat dan ia merupakan hujjah daripada Allah untuk sekalian penduduk alam
(Ayat: 87).

Sad 38:87
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَٰلَمِينَ 
(Al-Qur'an) ini tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam.



(c) Al-Qur'an adalah sebuah kitab nasihat yang menjamin kesudahan yang baik untuk orang-orang yang
mempercayainya dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya (Ayat: 49).

Sad 38:49
هَٰذَا ذِكْرٌۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍ 
Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sungguh, bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik,


(d) Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang penuh berkat dan sangat bermanfa'at. Setiap manusia yang beraqal seharusnya mengambil pengajaran daripadanya dengan merenungi dan mengkajinya (Ayat:29).

Sad 38:29
كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran.

2. Di dalam surah ini juga digambarkan sikap orang-orang musyrikin Mekah.

262

Tiada ulasan:

Catat Ulasan