Jumaat, Disember 25, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 173

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 173

___________________________________________________________
lebih menumpukan perhatian kepada golongan Muktazilah dan Khawarij yang beriktikad amalan sekali-kali tidak boleh dipisahkan daripada iman.
Dalam ertikata yang lain seseorang yang tidak melakukan sesuatu amalan keta'atan tidak dikira sebagai seorang yang beriman. Seseorang yang melakukan sesuatu dosa besar pula akan terus menjadi kafir. Untuk membendung pengaruh golongan Muktazilah dan Khawarij tersebut. Imam Abu Hanifah dan para ulama yang sependapat dengannya di zaman beliau mengatakan iman itu bersifat Basith (tunggal tanpa komponen). Walau bagaimanapun mereka tetap berpendapat bahawa kaifiat (keadaan), atsar (kesan) atau tsamaraat (hasil dan buah) iman itu berbeza di antara seseorang yang beriman hasil daripada amalan yang berbeza. Dalam erti kata yang lain, amalan seseorang tetap memainkan peranan yang besar dan penting dalam membentuk dan menyuburkan imannya. Namun apabila masa berlalu, hinggalah sampai ke zaman Imam Bukhari, sesetengah golongan telah bertindak lebih jauh apabila menerima konsep Basith itu dengan erti seseorang yang beriman tidak perlu lagi metnbuat sebarang amalan ketaatan dan dalam masa yang sama amalan ma'shiat juga tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada imannya. Maka untuk memperbetulkan 'aqidah songsang sebagaimana yang dipegang oleh golongan Murji 'ah, Karramiyyah dan sebagainya itu. Imam Bukhari dan jumhur  ulama di zamannya tampil menyatakan bahawa iman itu mempunyai beberapa komponen atau iman itu bersifat murakkab.

Dalam usaha membuktikan da'waannya itu. Imam Bukhari telah membawa sejumlah ayat yang menunjukkan bahawa amal itu adalah sebahagian daripada iman. Antaranya ialah ayat berikut:

Al-Furqan 25:77
قُلْ مَا يَعْبَؤُا۟ بِكُمْ رَبِّى لَوْلَا دُعَآؤُكُمْۖ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًۢا 
Bermaksud: Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): "Tuhanku tidak mengindahkan kamu. melainkan kalau ada doamu (ibadatmu). (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepadaNya), Padahal kamu sesungguhnya telah mendustakanNya? Kerana itu kelak (azab) pasti (menimpamu)". (alFurqaan: 77). 

Doa yang merupakan suatu bentuk amalan dan ibadat, membawa maksud iman di dalam ayat ini. Ini menunjukkan iman itu mempunyai komponennya berupa amalan.
Di dalam ayat 143 Surah al-Baqarah Allah berfirman:

 Al-Baqarah 2:143
وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَٰنَكُمْۚ 
Bermaksud; "Allah tidaklah akan mensia-siakan iman kamu."

 Iman di dalam ayat ini pula membawa maksud sembahyang kamu. Ayat ini juga menunjukkan amalan (sembahyang dan lain-lain) merupakan komponen iman. la jelas menunjukkan iman itu bersifat murakkab.
Biar apa pun, di antara pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Bukhari yang kelihatan seolah-olah bercanggah itu pada hakikatnya tidak bercanggah langsung. Perbezaan yang kelihatan hanyalah perbezaan dari sudut kaedah atau metode yang digunakan oleh mereka dalam usaha menangkis hujah-hujah golongan sesat yang berkembang pada zaman masing-masing sahaja. Kerana meskipun Imam Bukhari berpendapat bahawa iman bersifat Murakkab, beliau tidak pernah mendawa seperti dakwaan golongan Mutazilah dan Khawarij yang mengatakan iman dan amal adalah dua entiti atau hakikat yang sama. Manakala Imam Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya pula, walaupun mereka mendakwa iman bersifat Basith, namun mereka tidak pernah mengatakan amalan Iidak diperlukan lagi sebagaimana da'waan golongan Murji 'ah, Karramiyyah dan sebagainya. Jadi perbezaan di antara Imam Bukhari dan ulama sezamannya dengan Imam Abu Hanifah dan 'ulama yang sependapat dengannya adalah perbezaan dari sudut kaedah dan pendekatan sahaja atau dengan kata lain perbezaan lafzi sahaja, tidak lebih dari itu. Sekarang penulis cuba meringkaskan apa yang dikatakan perbedaan pendekataan dan

173

Tiada ulasan:

Catat Ulasan