Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 175

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 175

bersabda.¹⁰⁶ "Islam dibangunkan di atas lima ¹⁰⁷ sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad perkara; ( 1 ) adalah Bersaksi utusan bahawa Allah.
___________________________________________________________

peringkat awal da'wah Rasulullah s.a.w. Kemudian berhijrah ke Madinah bersama ayahnya 'Umar. Beliau tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar kerana dianggap belum cukup umur pada ketika itu. Peperangan pertama bersama Rasulullah s.a.w. yang diikuti 'Abdullah bin 'Umar ialah perang Khandaq. Ketika itu beliau baru berumur lima belas tahun. Kemudian teruslah beliau mengikuti peperangan demi peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ibnu 'Umar adalah seorang daripada enam orang sahabat yang banyak meriwayatkan hadits. Salah seorang daripada empat orang 'Abdul (العبادلة الأربعة). Ibnu Umar adalah seorang yang sangat wara'. alim dan zahid. Selain itu beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat teliti, berhati-hati dan sangat kuat dalam mengikuti sunnah Nabi s.a.w. Beliau kemudiannya dikenali sebagai mahaguru di kalangan sahabat (شيخ الصحابة). Kerana itulah Imam Malik menjadikan beliau sebagai rujukan utama dari kalangan sahabat untuk fiqhnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda tentangnya. kata Baginda s.a.w.: "Sesungguhnya 'Abdullah adalah seorang lelaki yang baik (saleh)." Kata Ibnu Masud: "Ibnu 'Umar adalah antara pemuda Quraisy yang paling dapat mengawal dirinya daripada (pengaruh) dunia." Sa' id bin al-Musaiyyab berkata: "Tidak ada orang di muka bumi ini yang lebih aku suka menemui Allah dalam keadaan membawa amalan sepertinya daripada Ibnu 'Umar pada hari beliau meninggal dunia." Kata Naafi': "Ibnu Umar meninggal dunia setelah memerdekakan lebih seribu orang hamba." Banyak lagilah kelebihan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan beliau yang dicatatkan oleh para  ulama' di dalam kitab-kitab mereka. Satu ribu enam ratus tiga puluh (1,630) hadits telah diriwayat daripada beliau. Satu ratus tujuh puluh (170) hadits daripadanya telah diriwayat bersama oleh Bukhari dan Muslim. Lapan puluh satu (81) daripadanya telah diriwayatkan oleh Bukhari sahaja. Tiga puluh satu (31) daripadanya pula telah diriwayat oleh Muslim sahaja. Selepas Abu Hurairah beliaulah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits. Ibnu 'Umar wafat pada tahun 73H, ketika berumur 84 tahun. Sesetengah  ulama' berpendapat ketika berumur 86 tahun. Ramai sekali orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau dari kalangan sahabat dan tabi' in r.a.
Tujuan Imam Bukhari mengemukakan hadits marfu' ini ialah untuk membuktikan bahawa iman adalah sesuatu yang murakkah (kompleks). Kerananya ia boleh bertambah dan berkurang. Iman juga tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Dalam erti kata yang lain, iman tidak boleh dipisahkan daripada amal. Segala amal saleh, termasuk apa yang kita ketahui dan percaya sebagai rukun Islam juga ada kaitannya dengan iman. Menurut Bukhari, dalam mengamalkan rukun Islam pun orang-orang Islam berbeza-beza. Kalau ada yang menjaga sembahyang dengan sebaik-baiknya, maka ada juga yang Ieka. Kalau ada yang menunaikan zakat dengan sempurna, maka ada pula yang cuai, malah ada yang langsung tidak membayar zakat. Demikian juga dengan puasa dan haji. Bukankah adanya perbezaan pada amalan-amalan tersebut menunjukkan adanya perbezaan darjat dan kekuatan iman pelaku-pelakunya? Bukankah ia menunjukkan iman itu ada ketikanya bertambah dan ada k'etikanya pula berkurang? Itulah yang hendak dibuktikan oleh Bukhari. Maka tertolaklah fahaman golongan Murji'ah yang menda'wa iman itu bersifat statik.


¹⁰⁷    Perkataan lima di sini adalah terjemahan kepada perkataan خمس yang merupakan isim 'adad.
Tamyiz bagi 'adad mumaiyyaz ini tidak disebutkan. Sama ada ia ditaqdirkan dengan perkataan دعانم(tiang). berdasarkan riwayat 'Abdur Razzaaq dan Muhammad bin Nashr di dalam Kitab as-

175


Tiada ulasan:

Catat Ulasan