Sahih bukhari kitab iman sesi 01 179
bersabda: Islam itu dibangunkan di atas lima perkara. (Pertama) Tauhid (mengesakan Allah). (Kedua) Mendirikan sembahyang. (Ketiga) Memberi zakat. (Keempat) Berpuasa di bulan Ramadhan dan (kelima) Mengerjakan Haji. Tiba-tiba Ada seorang lelaki berkata: "Haji dan puasa bulan Ramadhan”. Jawab Ibnu Umar: "Tidak! Puasa bulan Ramadhan dan Haji. Begitulah aku dengar daripada Rasulullah s.a.w.” Bagaimanapun bukan seorang dua pensyarah Sahih Bukhari yang mengkritik pendapat Hafiz Ibnu Hajar ini. Bagi mereka kritikan Hafiz Ibnu Hajar iłu tidak kukuh kerana beberapa alasan berikut: (l) Imam Muslim tidak mengemukakan satu riwayat iłu sahaja di dałam Sahihnya. Imam Muslim telah mengemukakan empat saluran riwayat berkenaan daripada Ibnu 'Umar. Yang pertama dan yang keempat daripadanya mendahulukan berpuasa di bulan Ramadhan daripada mengerjakan haji. Yang kedua dan yang ketiga pula mendahulukan mengerjakan haji daripada berpuasa di bulan Ramadhan.
(2) Bantahan Ibnu Umar terhadap orang yang menegurnya kerana beliau telah menyebutkan berpuasa di bulan Ramadhan sebelum mengerjakan haji di dałam hadits Muslim yang dikemukakan tadi, tidak harus dijadikan dalil tentang Ibnu 'Umar telah menyalahkan riwayat beliau sendiri yang menyebutkan sebaliknya. Tidak semestinya juga ia menunjukkan Ibnu 'Umar terlupa akan hadits yang pernah diriwayatkannya kepada orang ramai. Kedua-dua riwayat yang dikemuakakan oleh Ibnu 'Umar itu dapat dijama' dengan mengatakan beliau sebenarnya bermaksud menyatakan kedua-duanya telah didengar beliau daripada Rasulullah s.a.w. Mungkin sekali Ibn 'Umar telah mendengar hadits berkenaan sekurang-kurangnya dua kali. Ada ketikanya Nabi s.a.w. menyebutkan berpuasa di bulan Ramadhan sebelum mengerjakan haji dan ada ketikanya pula Baginda s.a.w. mendahulukan mengerjakan haji daripada berpuasa di bulan Ramadhan.
(3) Mengatakan secara putus bahawa riwayat Ibnu 'Umar yang dikemukakan oleh Bukhari di dalam Sahihnya ini adalah riwayat berdasarkan ma'na agak tidak sesuai dengan kedudukan Bukhari yang terlalu tinggi. Apalagi jika dilihat kepada susunan kitab-kitab dan bab-bab di dalam Sahih Bukhari. Bukankah Kitab al-Manaasik (Kitab Haji) menyusul selepas Kitab az-Zakat dan Kitab as-Saum (Kitab Puasa) pula menyusul selepas Kitab al-Manaasik (Kitab Haji)? Penyusunan kitab-kitab mengikut tertib seperti itu jelas menunjukkan Bukhari menjadikan hadits Ibni Umar yang mendahulukan mengerjakan haji daripada berpuasa di bulan Ramadhan sebagai asas pegangannya. Agak sukar untuk diterima Imam Bukhari mengutamakan riwayat berdasarkan ma'na dałam keadaan ada di hadapannya hadits yang diriwayatkan berdasarkan lafaz asal daripada Rasulullah s.a.w. atau daripada seseorang sahabat Baginda!
(4) Apa yang tersebut di dałam Mustakhraj Abi 'Awaanah 'Ala Sahih Muslim adalah sebalik daripada apa yang tersebut di dałam Sahih Muslim seperti dikemukakan di atas. Kerana di dalamnya tersebut kata-kata Ibnu Umar begini:اجعل صيام رمضان آخر هن كما سمعت من في رسول الله صلى عليه وسلم Bermaksud: Letaklah puasa bulan Ramadhan di
akhir sekali sebagaimana aku dengar dari mulut Rasulullah s.a.w. sendiri. (Lihat Syarah anNawawi Ala Sahih Muslim j. I hal. 179, 'Umdatul Qaari Syarah Sahih al-Bukhari j.1 hal.324 dan Syarah as-Suyuthi, ad-Dibaaj 'Ala Sahih Muslim Bin al-Hajjaaj j. 1 hal.17). Walaupun Hafiz Ibnu as-Shalaah selepas mengemukakan kata-kata Ibnu 'Umar ini berkata: "la tidak dapat menandingi apa yang tersebut di dałam hadits Muslim.” Tetapi bukankah Muslim juga ada meriwayat dua hadits daripada Ibnu 'Umar sama seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari? Menerusi hadits ini Rasulullah s.a.w. mengumpamakan Islam dengan sebuah khemah yang lumrah digunakan dałam masyarakat 'Arab. Sepertimana khemah iłu tegak dengan satu tiang seri dan empat pancang di sekelilingnya, begitulah juga dengan agama Islam. Bangunan Islam akan berdiri megah selagi ada
179
Tiada ulasan:
Catat Ulasan