Sabtu, Disember 12, 2020

Tafsir asas quran nota 9(187)12

Tafsir asas quran nota 9(187)12

6. Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali.
7. Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.
8. Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan dari sudut kekuatan tsabit dan dalalahnya.
9. Menurut pendapat Syafi'e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama di segi jenis.
10.Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan, di samping  menasakhkan hukum sebelumnya.

Cara Mengetahui Nasakh
Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melalui salah
satu daripada cara berikut:
1. Penegasan berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh. Sebagaimana firman Allah:

Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Bermaksud: Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan
jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. 
(al-Anfaal: 66).
Ayat ini merupakan ayat yang menasakhkan atau menjadi nasikh terhadap penetapan hukum terhadap orang Islam yang mesti menentang atau melawan orang kafir.yang nisbahnya 1:10.
Ayat yang dinasakhkan itu ialah firman Allah:

187

Tiada ulasan:

Catat Ulasan