Tafsir asas quran nota 9(192)12
Hukum ber'iddah bagi perempuan yang kematian suami selama setahun yang dapat difahami daripada ayat tersebut telah dinasakhkan dengan ayat 234 surah al-Baqarah juga. Di dalam ayat 234 dijelaskan masa ber'iddah bagi perempuan yang kematian suami ialah selama empat bulan sepuluh hari sahaja. Di bawah ini dikemukakan ayat 234 surah al-Baqarah berkenaan:
Al-Baqarah 2:234
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًاۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Bermaksud: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari, Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali)membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah:234).
Hukum dalam ayat ini menasakhkan hukum terdahulu dalam ayat 240 surah al-Baqarah yang disyari'atkan kepada semua isteri-isteri.'Nasakh seperti inilah yang dinamakan nasakh secara keseluruhan atau kulii.
Nasakh Sebahagian Atau Juz'i
Ia membawa maksud syara' telah mensyari'atkan hukum secara ulnum yang merangkumi setiap mukallaf, kemudiannya telah membatalkan hukum itu untuk sebahagian mukallaf sahaja. Contohnya firman Allah:
Bermuaksud: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
(al-Baqarah:234).
192
Tiada ulasan:
Catat Ulasan