Isnin, Januari 04, 2021

K485.Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur. Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah.

K485.Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur. Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah.

Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!

Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.

Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.

Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).

Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!

Berikut hadis yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan shalat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya."

Hadis  Ahmad(6689)Abu daud(495) dan Albani menilainya sahih.


Umur 0-2 Tahun

Fokus untuk sentiasa bercerita pada anak ,nanti adik akan tidur di tilam sendiri bila ada bilik sendiri.
Sediakan emosi dan mental mereja untuk berpisah tempat tidur

Umur 3 – 4 Tahun

Mula pisahkan tempat tidur  anak dengan kita . Mungkin bilik sama ,tapi compartment  betbeza,tilam lain-lain.Bukan kongsi.

Ada yang dah asi gkan tempat tidur dari usia bayi.Ini lagi baik .Senang di masa hadapan.
Kena mula toiley training untuk persediaan menjadi lebih berdikar
Teruskan bercerita dan upgrade tentang perasaan malu,auratdan privasi.

Umur 5-6 Tahun

Anak perlu ada bilik sendiri .Didik anak berdikari, Biar anak tahu ,, dia ada ruang privasi untuk tukar npbaju,buat homework, bermai  dan aktiviti peribadi.

Umur 7 Tahun
Dah boleh tidur bilik sendiri.
Jangan ada yang masih tidur dengan ibubapa bila mula masuk sekolah rendah . Big no.

Panduan yang sama boleh diaplikasikan dalam situasi tidur dengan nenek,bapa atau mak saudara.


Sebaiknya ada 3 bilik

Sediakan bilik yang selesa

Memadai bikik yang kemas dan bersih.
Ajak anak jemas bilik ikut citarasa mereka mengikut kemampuan ibubapa.

Latih tidur waktu siang dulu
Boleh berlatih dengan tidur siang dibiliknya itu.
Lakukan sekerap yg boleh untuk membantu membiasakan anak.

Sistem reward

Boleh guna sistem reward seperti beli stiker atau pelekat gambar dan lekatkan dipapan khusus untuk tunjuk berapa kali dalam srminggu anak-anak tidur tepat pada wsktu yang ditetapkan.
Pasti anak suka.

Biasakan dari awal

Perlu bersabar dan pimpin anak setiap kali jeluar nasuk bilik tidur ibubapaTidurkan kembali anak-anak dibilik mereka

Wujudkan suasana selesa

Ketahui rutin dan suasana tidur kesukaan anak.

Berikan anak-anak alatan  ysng boleh buatkan mereka rasa selamat  denganya

Kalau anak suka dipeluk belikan bantal peluk.
Sediakan pencahayaan dan lampu tidur  yang berseduaian untuk anak-anak jika mereka tak suka gelap

Baca doa dan ayat pelindung sebelum tidur
Amalkan doa dan 3 qul sebelum tidur
Sentiasa beritahu anak bila baca doa Allah akan jaga mereka sehingga pagi.



Niatkan yang baik untuk anak.
Ransang minda separa sedar anak.
Semasa anak tidur ,doakan dikepala anak.
Bisikan ditelinga anak agar jadi anak yang dapat berdikari  dan tidur sendiri .
Menasihati anak-abak ketija waktu begini secara istiqamah  sangat berkesan .

Ibu ayah boleh cuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan