Selasa, Januari 19, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 722

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 722

berselimut menggunakan sehelai kain sahaja, sedangkan selendangnya ada tergantung (di penyangkut pakaian). Apabila dia selesai bersembahyang kami pun berkata: Wahai Aba 'Abdillah! Engkau bersembahyang dalam keadaan selendangmu ada tergantung? Beliau menjawab dengan katanya: "Ya, aku mahu dilihat oleh orang-orang yang jahil seperti kamu. Aku telah melihat Nabi s.a.w. bersembahyang begini."

باب مَا يُذْكَرُ فِي الْفَخِذِ: قَالَأبو عَبْدِ الله
وَيُرْوَى عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَجَرْهَدٍ وَمُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((الْفَخِذُ عَوْرَةٌ)). 
وَقَالَ أَنَسٌ حَسَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ فَخِذِهِ. وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَسْنَدُ، وَحَدِيثُ جَرْهَدٍ أَحْوَطُ حَتَّى يُخْرَجَ مِنِ اخْتِلاَفِهِمْ. 
وَقَالَ أَبُو مُوسَى غَطَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُكْبَتَيْهِ حِينَ دَخَلَ عُثْمَانُ. 
وَقَالَ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفَخِذُهُ عَلَى فَخِذِي فَثَقُلَتْ عَلَيَّ حَتَّى خِفْتُ أَنْ تُرَضَّ فَخِذِي.

 12--Bab : Apa Yang (Disebutkan Tentang Paha.⁸¹⁹ Abu  Abdillah Berkata:
Diriwayatkan (Daripada Ibni 'Abbaas, Jarhad Dan muhammad Bin Jahsyin (Daripada

_____________
⁸¹⁹ Imam Bukhari nampaknya belum puas hati membincangkan tentang 'aurat. Sebelum ini beliau telah mengadakan satu bab tentang 'aurat yang mesti ditutup. Di sana beliau telah membuktikan bahawa 'aurat yang sebenar-benarnya ialah qubul dan dubur. Tetapi soalnya bagaimana dengan hadits yang berbunyi: . Bukankah hadits itu dengan jelas mengatakan paha itu 'aurat? Menerusi bab ini Imam Bukhari r.a. mahu menarik perhatian pembaca dan para pelajar kepada kilaf 'ulama' tentang hukum paha, sama ada ia 'aurat atau tidak. Beliau juga mahu menjelaskan tentang kedudukan hadits itu. 'ulama terbahagi kepada tiga golongan dalam masalah ini. Golongan pertama berpendapat paha adalah 'aurat. Ini merupakan pendapat kebanyakan ulama'.
Antara tokoh yang berpendapat begini ialah 'Athaa', Malik dalam salah satu pendapatnya, atsTsauri, Abu Hanifah, Syafi'e dan Ahmad dalam salah satu pendapatnya. Golongan kedua berpendapat paha tidak 'aurat. Antara muhadditsin dan fuqahaa' yang berpendapat demikian ialah Daud Zahiri, Ibnu Abi Zi'b, Ismail bin 'Ulayyah, Ibnu Jarir at-Thabari, al-lshthakhri, Ibnu Hazam, Malik dalam pendapat yang masyhur daripadanya dan Ahmad dalam salah satu pendapatnya. Golongan ketiga berpendapat paha tidak merupakan 'aurat di bilik mandi atau tempat-tempat lain seumpamanya di mana mengikut 'uruf mendedahkannya tidak dianggap perbuatan yang pelik dan jelik. Sementara di setengah-setengah tempat seperti masjid atau tempat-tempat lain seumpamanya paha adalah aurat yang semestinya dijaga daripada terdedah. Antara tokoh 'ulama' yang berpendapat demikian ialah 'Athaa' dan Al-Auzaa'i. Ibnu Qutaibah
722


Tiada ulasan:

Catat Ulasan