Sabtu, Januari 23, 2021

Tafsir asas quran nota 9(182-205)12s

Tafsir asas quran nota 9(182-205)12s
(17) Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat-Ayat yang Dimansukhkan
(معفرفة الناسخ والمنسوخ عند المتقدمين  والمتأخرين من علماء التفسير)
Menurut Ahli-Ahli Tafsir Mutaqaddim  Dan Muta'akkhirin.

Sebelum membincangkan secara terperinci tentang ayat-ayat yang menasakhkan (الناسخة) dan ayat-ayat yang dimansukhkan (المنسوخع), perlulah diketahui terlebih dahulu apakah erti nasakh(النسخ).  Kerana daripadanyalah lahir apa yang dikatakkan nasikh dan mansukh itu.

An-Naskhu (النسخ)
Para 'ulama' mengatakan, pada dasarnya konsep nasakh memang terdapat di dalam riwayat yang menyatakan sebab turun bagi ayat 106 Surah al-Baqarah. Di dalamnya tersebut bahawa pada zaman Nabi s.a.w. orang-orang Yahudi saling berkata-kata sesama mereka: Kamu tidak nampak  pelik dan anehkah tentang tingkah laku Muhamad! Dimana pada hari ini dia menyuruh sahabatnya melakukan sesuatu, pada masa   lain dia melarangnya. Nampaknya tidak syak lagi alQuran adalah kata-kata dan ciptaan Muhamad sendiri.
Dengan sebab itu turunlah ayat tentang al-Nasakh tersebut, di mana Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui  bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
(al-Baqarah: 106).

Ayat ini dengan.ielas rnenunjukkan bahawa dalam syari'at Islam memang ada konsep Nasikh dan Masukh dalam bab hukum-hakam. walaupun konsep nasikh dan mansukh berlaku, namun jumhur 'ulama' sepakat mengatakan hanya beberapa ayat dan surah-surah tertentu sahaja yang terlibat dengan nasakh. Ia tidak berlaku pada semua bahagian al-qur'an.
Para 'ulama' bagaimanapun masih berbeda pendapat tentang mafhum dan perinciannya.

Pengertian Nasakh
Pengertian Nasakh dapat dibahagikan kepada dua:

1. Pengertian Bahasa
2. Pengertian Istilah

Pengertian Bahasa
Nasakh mengikut bahasa 'Arab dapat diertikan dengan beberapa maksud tertentu, antaranya ialah:
a. Nasakh dengan erti penghapusan.
b. Nasakh menurut bahasa berasal daripada perkataan al-Naskh, bererti perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang iain.
c. Nasakh dengan erti al-Izalah atau menghilangkan.
d. Nasakh dengan erti an-Naqlu, iaitu pemindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
e. Nasakh dengan erti at-Tabdil atau penukaran.
f-. Nasakh dengan erti at-Tahwil atau pemalingan.
g. Nasakh dengan erti salin atau menyalin.

Nasakh Menurut Istilah'  Ulama' Muta'akkhirin
Menurut istilah 'ulama' muta'akkhirin. Nasakh bererti:
a. Terhentinya sesuatu hukum syara' dengan ada dalil syara' lain yang membatalkannya berupa wahyu daripada Allah yang menghalang penetapan hukum yang terdapat dalam wahyu terdahulu.
b. Nas yang menghapus hukum syara' yang telah ditetapkan di dalam nas sebelumny'a dengan dalil syara' atau nas yang baharu. Oleh itu perkataan Nasikh membawa maksud ayat yang menasakhkan. Manakala perkataan al-Mansukh bermaksud ayat yang dihapuskan atau
dimansukhkan hukumnya.
c. Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesuatu nas dengan sebab ada
perubahan hukum daripada nas lain.

d. Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia ada dengan sesuatu hukum syara' berdasarkan dalil dan nas yang ada dan datang kemudian daripadanya.

e. Menurut pendapat Ibnu Al-Hajib, al-Nasakh ialah diangkat dan ditukarnya sesuatu hukum syara' dengan sebab wujud nas syara' yang lain. Untuk itu segala nas tidak boleh dinasakhkan lagi selepas Nabi wafat.

Dalil Berlaku Nasakh Menurut Mereka.
Bagi mereka, Nasakh memang berlaku di dalam al-Qur'an berdasarkan dalil, antaranya ialah:
1. Firman Allah s.w.t. berikut:

Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
(al-Baqarah: 106).

2. Firman Allah s.w.t.:

An-Nahl 16:101
وَإِذَا بَدَّلْنَآ ءَايَةً مَّكَانَ ءَايَةٍۙ وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مُفْتَرٍۭۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Bermaksud: Dan apabila Kami tukarkan satu ayat untuk menggantikan ayat yang lain dan Allah menlang mengetahui akan apa yang Dia turunkan. - berkatalah mereka (yang kafir):Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenamya. (an-Nahl: 101).


3. Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
أَنِّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى  إِقَامَ  يَسْتَقْبِلُ  بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ      ثُمَّ نُسْخَ ذَلِكَ بِطَلَبِ التَّوَجُّهِ إِلِى الكَعْبَةِ  
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi pernah mengadap ke arah Baitul Maqdis sebagai qiblat ketika sembahyang selama l6 bulan, selepas itu hukum itu dinasakhkan dan Nabi diarahkan menukar qiblat ke Ka'bah pula.

Dalil berupa nas-nas tersebut menunjukkan dan menjelaskan memang berlaku perubahan dan
pertukaran dalam hukum yang diturunkan dari masa ke semasa. oleh itu perkataan badal dan nasakh dalam ayat tersebut membawa maksud: penghapusan dan pertukaran.
Justeru itu' jumhur 'ulama' muta'akklririn berpendapat bahawa konsep nasikh dan mansukh dalam bab hukum-hakam adalah harus berlaku. Tambahan pula, konsep kenabian dan kerasulan Muhamad diutuskan untuk menasakhkan sebahagian syari'at nabi sebelumnya.

Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan berlakunya nasakh dan pertukaran dalam hukum, antaranya ialah:Firman Allah mengenai perubahan masa 'iddah  perempuan yang kematian suami. Sebagaimana  firman Allah:

Al-Baqarah 2:240

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِى مَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri' hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka
tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang maaruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah:240).

Ayat di atas telah dinasakhkan (dimansukhkan) oleh ayat berikut:
Al-Baqarah 2:234
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًاۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
234.orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.Kemudian apabila telah habis "iddahnya. maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kami perbuat.

b. Nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhammad lagi. Contohnya ialah nasakh yang berlaku terhadap syari'at Nabi Musa: Di mana umatnya dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi perbuatan tersebut diharuskan kepada umat Muhammad.

c. Di dalam kitab Taurat ada kenyataan bahawa, Nabi Adam menjodohkan anak lelakinya dengan anak perempuannya. Tetapi bagi umat Nabi Muhammad sekarang perkahwinan antara adik-beradik begitu diharamkan.

d. Selain itu juga Allah menegaskan Islam adalah agama terakhir yang memansukhkan semua agama sebelumnya. Sebagaimana firman-Nya:

Aal-e-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Bermaksud: Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Aali'lmraan: 85).

Syarat-Syarat Nasakh menurut mereka.
Nasakh mestilah dengan memenuhi syarat-syarat
seperti berikut:
1. Hukum yang dinasakhkan (dimansukhkan) itu adalah hukum syara' yang bukan ditetapkan atau bukan telah diwajibkan kerana zatnya. Contohnya, perkara yang berkaitan dengan akidah dan iman. Selain dari itu ia bukan perkara yang dilarang kerana zatnya. Contohnya kufur.
Begitu juga rnengenai hukum akal yang telah tetap. Contohnya, setiap yang hidup pasti akan
mati. Sementara yang tersebut di atas tidak mungkin dapat dinasakhkan lagi.
2. Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh (الناسخ) mestilah datang kemudian dan berasingan daripada hukum yang dinasakhkan atau al-Mansukh (المنسخ)

3. Hukum yang dinasakhkan adalah tsabit dengan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja, serta tidak dikekalkan untuk selama-lamanya.

4. Cara nasakh mestilah berdasarkan syara' dan dengan hukum syara.

5. Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja.

6. Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali.
7. Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.
8. Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan dari sudut kekuatan tsabit dan dalalahnya.
9. Menurut pendapat Syafi'e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama di segi jenis.
10.Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan, di samping  menasakhkan hukum sebelumnya.

Cara Mengetahui Nasakh
Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melalui salah
satu daripada cara berikut:
1. Penegasan berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh. Sebagaimana firman Allah:

Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Bermaksud: Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan
jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.
(al-Anfaal: 66).
Ayat ini merupakan ayat yang menasakhkan atau menjadi nasikh terhadap penetapan hukum terhadap orang Islam yang mesti menentang atau melawan orang kafir.yang nisbahnya 1:10.
Ayat yang dinasakhkan itu ialah firman Allah:

Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang'. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu' niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu daripada orang kaflr, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti (al-Anfaal: 65)'

2.Daripada dua nas nasikh dan mansukh, terbukti manasikh datangnya terkemudian daripada mansukh melalui kenyataan yang dibuat oleh Nabi, sebagaimana terdapat didalam .Hadits berikut:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ  زِيَارَةِ الْقُبُورِ
Bermaksud: Dahulu aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah.
(Hadits riwayat an-Nasaa'i,lbnu Majah. Ahmad, Ibnu Hibbaan' al-Haakim dan lain-lain)'

3. Penegasan melalui ijma'  ulama' bahawa nas nasikh memang datang kemudian daripada nas mansukh.

4.Melalui perbuatan amalan Nabi. Contohnya ialah,perbuatan Nabi yang merejam Maiz al-Aslami tanpa menyebatnya 100 kali telah menasakhkan hukum mengenai lelaki dan perempuan yang telah berkahwin yang berzina'. Nas yang dinasakhkan itu ialah Hadits yang
diriwayatkan oleh Muslim :
جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ
Bermaksud: Sebatan 100 kali dan rejam'

Bahagian-Bahagian Nasakh
Nasakh dapat dibahagikan kepada empat bahagian' iaitu:
1.Nasakh secara terang atau shareh (النسخ الصَريح)
2.Nasakh Secara kandungan atau(السخ الصمي)
3. Nasakh Keseluruhan atau kulli (النسخ الكلي)

4. Nasakh sebahagian atau juz'i(النسخ الجُني).

Nasakh Secara Terang Atau Shareh
Nasakh bahagian ini bermaksud, syara' menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syari'at kemudian membatalkan atau menasakhkan syari'at terdahulu.

Contohnya firman Allah:

Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Bermaksud: Wahai Nabi, kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65) Sekarang Ailah
telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66) (al-Anfaal:65-66).

Dalam ayat 65 Allah mewajibkan orang Islam melawan musuh apabila orang Islam seramai 20 orang dan musuh 200 orang. Iaitu dalam nisbah 1:10. Hukum tersebut kemudiannya dimansukhkan secara terang atau shareh dengan ayat berikutnya, iaitu ayat 66 dalam surah
yang sama, iaitu wajib menghadapi rnusuh apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang, nisbah 1:2.

Nasakh Secara Kandungan Atau Dhimni
Ia membawa maksud syara' mensyari'atkan satu hukum yang berlentangan dengan hukum terdahulu, sehingga tidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut, melainkan dengan dibatalkan salah satu daripadanya. Lantaran itu, hukum terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahulu, walaupun ia tidak dinyatakan secara terang bahawa hukum terkemudian menasakhkan hukum terdahulu. Contohnva ialah firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah:180).

Melalui ayat ini, Allah mewajibkan orang yang hampir mati berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya, kemudian Dia mensyari'atkan hukum yang bertentangan dengan hukum di dalam ayat itu, dengan menghukumkan pembahagian harta peninggalan mengikut cara yang
diterangkan di dalam ayat mengenai pembahagian pusaka. Sebagaimana firman Allah:

An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya. maka bahagian ibunya ialah satu per-tiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) Ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(an-Nisaa':11).

Di dalam ayat ke-11 di atas dan ayat seterusnya diterangkan dengan jelas tentang pembahagian pusaka kepada anak-anak dan juga kepada selain anak-anak. Dari situ kita dapati bahawa hukum yang kedua telah mentakhsiskan hukum pertama secara kandungan atau
dhimni. Iaitu nasakh secara tidak langsung, kerana tidak mungkin digabungkan kedua-dua ayat tersebut, kecuali ayat di dalam surah al-Baqarah termansukh dengan turunnya ayat pusaka surah al-Nisaa' ayal 11 dan berikutnya dengan sabda Baginda:
إِنَّ اللَّهَ  أَعْطَى لِكُلِّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah memberi kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat untuk waris. (Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Tirmidzi, Nasaa'i dan ad-Daaraquthni).

Nasakh Keseluruhan Atau Kulli.
Ia bemaksud syara' membatalkan keseluruhan hukum terdahulu dan ia merangkumi setiap mukallaf. Contohnya firman Allah:

Al-Baqarah 2:240
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِى مَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi natkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah:240).
Hukum ber'iddah bagi perempuan yang kematian suami selama setahun yang dapat difahami daripada ayat tersebut telah dinasakhkan dengan ayat 234 surah al-Baqarah juga. Di dalam ayat 234 dijelaskan masa ber'iddah bagi perempuan yang kematian suami ialah selama empat bulan sepuluh hari sahaja. Di bawah ini dikemukakan ayat 234 surah al-Baqarah berkenaan:

Al-Baqarah 2:234

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًاۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Bermaksud: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari, Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali)membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah:234).

Hukum dalam ayat ini menasakhkan hukum terdahulu dalam ayat 240 surah al-Baqarah yang disyari'atkan kepada semua isteri-isteri.'Nasakh seperti inilah yang dinamakan nasakh secara keseluruhan atau kulii.

Nasakh Sebahagian Atau Juz'i
Ia membawa maksud syara' telah mensyari'atkan hukum secara ulnum yang merangkumi setiap mukallaf, kemudiannya telah membatalkan hukum itu untuk sebahagian mukallaf sahaja. Contohnya firman Allah:

Bermaksud: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
(al-Baqarah:234).

oleh kerana ayat ini diturunkan secara umum menyatakan 'iddah perempuan atau isteri yang kematian suami, sama ada ketika itu ia sedang rnengandung atau tidak mengandung ialah selama empat bulan sepuluh hari. Maka kemudiannya turunlah pula firman Allah yang lain,
iaitu:

At-Talaq 65:4
وَٱلَّٰٓـِٔى يَئِسْنَ مِنَ ٱلْمَحِيضِ مِن نِّسَآئِكُمْ إِنِ ٱرْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَٰثَةُ أَشْهُرٍ وَٱلَّٰٓـِٔى لَمْ يَحِضْنَۚ وَأُو۟لَٰتُ ٱلْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مِنْ أَمْرِهِۦ يُسْرًا
Bermaksud: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haidh, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh 'iddah mereka), maka 'iddahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga 'iddah
perempuan-perempuan yang tidak berhaidh. Dan
perempuan-perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah). Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (at-Talaaq:4)

Ayat ini menerangkan bahawa perempuan mengandung, sama ada yang diceraikan atau pun kematian suami, 'iddahnya ialah melahirkan anak kandungannya. oleh sebab itu ayat ini telah menasakhkan ayat 234 Surah al-Baqarah di atas secara sebahagian. Hal itu kerana hukum 'iddah
perempuan yang tidak mengandung dan kematian suami, masih dikekalkan berdasarkan kehendak ayat 234 Surah al-Baqarah itu, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

Cara-Cara Berlaku Nasakh
cara-cara berlaku nasakh dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu:
1.Nasakh Ada Ganti
2.Nasakh Tiada Ganti

NASAKH ADA GANTI
Nasakh cara ini ialah dengan menasakhkan hukurn terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum baharu. cara nasakh ini dapat dipecahkan pula kepada tiga bahagian, iaitu:

a. Ganti hukum sama dengan yang dinasakhkan
b . Ganti hukum lebih ringan daripada yang dinasakhkan
c.  Ganti hukum lebih berat daripada yang dinasakhkan.

Ganti Hukum Sama Dengan Yang Dinasakhkan
Nasakh bentuk ini berlaku dengan dinasakhkan hukum mengadap qiblat ke Baitul Maqdis misalnya dan digantikan dengan mengadap qiblat ke Baitullali (Ka'bah) ketika sembahyang.

Ia terdapat dalarn firman Allah berikut:

1.Al-Baqarah 2:144
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Bermaksud: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan
sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (al-Baqarah:144).


Ganti Hukum Lebih Ringan Daripada Yang Dinasakhkan
Nasakh bentuk ini ialah dengan dinasakhkan hukum awal dan dahulu yang memang ada dalam nas al-Quran. Contoh ayat yang menyatakan berlaku nasakh jenis ini firman Allah di bawah ini:

Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu. niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti. (al-Anfaal:65).

Dalam ayat ini Allah mewajibkan orang Islam melawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh pula 200 orang.
Ia membawa maksud, orang-orang Islam tidak boleh lari
daripada medan peperangan sekiranya tentera Islam dalam keadaan nisbah 1:10.

Hukum dalam ayat tersebut kemudiannya
dimansukhkan dengan hukum yang lebih dengan,
iaitu dengan turunnya ayat lain berupa firman Allah juga

Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Bermaksud: Sekarang Allah telah rneringankan daripadamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.
(al-Anfaal:66).

Di dalam ayat ini, hukum wajib menghadapi musuh yang berjumlah 200 orang dan tentera Islam 20 orang dimansukhkan serta digantikan dengan hukum baharu yang lebih ringan, iaitu tentera Islam wajib menghadapi rnusuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan
apabila mereka berjurniah 100 orang dan musuh 200 orang. Dengan nisbah 1:2.

Ganti Hukum Lebih Berat Daripada Yang Dinasakhkan.
Nasakh bentuk ini berlaku sebagaimana dalam firman Allah tentang hukum pengharaman arak. Ia diturunkan dalam tiga peringkat.
Peringkat Pertama: Arak tidak diharamkan secara pasti lagi, namun sudah dinyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada faedahnya. Ia tersebut dalam firman Allah berikut:

Al-Baqarah 2:219

يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu (tentang) apa yang mereka nafkahkan' Katakanlah: ''Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir. (al-Baqarah:219).

Peringkat Kedua: Arak ditegah meminumnya ketika hendak mengerjakan sembahyang. Hal itu kerana ada sahabat yang menunaikan sembahyang dalam keadaan mabuk, menyebabkan bacaan ayat al-Quran tersilap. Tegahan Allah itu terdapat di dalam firmanNya ini:

An-Nisa' 4:43
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan, juga dalam keadaan berjunub janganlah kamu menghampiri sembahyang), sebelum kamu mandi, kecuali kamu bermusafir. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersetubuh dengan
perempuan  kemudian kamu tidak mendapati air (untuk mandi atau berwudhu,), maka hendaklah kamu bertayamum dengan muka bumi yang suci, iaitu sapukanlah ke mukamu dan kedua tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (An-Nisaa:43).

Al-Ma'idah 5:90
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maa'idah :90).

NASAKH TIADA GANTI
Nasakh yang tidak ganti ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan di segi tetapi ia tidak diganti dengan hukum baharu. Contohnya ialah sebagaimana firman Allah:

Al-Mujadila 58:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نَٰجَيْتُمُ ٱلرَّسُولَ فَقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىْ نَجْوَىٰكُمْ صَدَقَةًۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَأَطْهَرُۚ فَإِن لَّمْ تَجِدُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ,Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakirmiskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan,(kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Mujadilah: 12).

Di dalam ayat ini Allah menyebutkan hukum bagi sahabat hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, mereka perlulah bersedekah (kepada fakir miskin) terlebih dahulu.Perintah AIlah yang tersebut di dalam ayat ini dimansukhkan melalui ayat berikutnya. iaitu:

Al-Mujadila 58:13

ءَأَشْفَقْتُمْ أَن تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىْ نَجْوَىٰكُمْ صَدَقَٰتٍۚ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا۟ وَتَابَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ
Bermaksud: Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
(al-Mujadilah:13).

Menerusi ayat ini Allah menyatakan mereka yang ingin mengadap Rasulullah tidak perlu bersedekah (kepada fakir miskin) terlebih dahulu. Hukum di dalam ayat sebelumnya
dinasakhkan tanpa sebarang gantian dengan hukum lain.

Masa Berlaku Nasakh
Jumhur 'ulama' sepakat mengatakan nasakh hanya berlaku semasa Nabi. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja masih hidup sahaja.

Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama-sekali, kerana wahyu tiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat Nabi dan tidak pula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap, walaupun selepas kewafatan Baginda. Hal itu kerana Baginda adalah rasul terakhir, sebagaimana firman Allah:

Al-Ahzab 33:40
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّۦنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
Bermaksud: Bukanlah (Nabi) Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup sekalian nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-Ahzaab:40).

Dalil-Dalil Yang Menasakhkan
Berdasarkan kaedah umum syari'at Islam ,sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkan kecuali dengan dalil yang sama kuat atau lebih kuat daripadanya.
Berdasarkan kaedah umum itu disini dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pendapat 'ulama' mengenainya . Ia adalah sebagaimana berikut:
1. Nasakh al-Qur'an dengan al-qur'an atau Hadits
2. Nasakh Hadits dengan Hadits
3. Nasakh Hadits dengan al-qur'an
4. Nasakh dengan Ijma'
5. Nasakh ljma' dengan al-Qur'an atau Hadits
6. Nasakh ljma' dengan ijma'
7. Nasakh al-Qur'an atau Hadits atau Ijma' dengan qiyas
8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas
Nasakh Al-Qur'an Dengan Al-qur'an Atau Hadits
Para 'ulama' yang menerima konsep nasakh seperti yang dikemukakan di atas sepakat mengatakan al-Qur'an harus menasakhkan nas al-Qur'an yang lain apabila dalalah kedua-duanya adalah sama, kerana ia dikira sama di segi kekuatan. Adapun penasakhan al-Qur'an dengan Hadits, maka para 'ulama' berbeda pendapat tentang keharusannya. Perinciannya adalah seperti di bawah ini:
a. Pendapat jumhur 'ulama': Harus al-Qur'an dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir, kerana ia dikira setaraf di segi kekuatan. Alasan dan hujah jumhur ialah berkaitan dengan
hukum wajib berwasiat kepada ibu bapa dan kerabat, di mana Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut. jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang berlakwa. (al-Baqarah: 180).


Hukum wajib berwasiat tersebut dinasakhkan oleh satu Hadits mutawatir yang diriwayatkan oleh sekian ramai sahabat r.a. Hadits berkenaan ialah:
لَاوَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Bermaksud: Tiada wasiat untuk waris.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu al-Jarud, at-Thabaraani dan lain-lain).

b. Pendapat 'ulama' Hanafi: Harus al-Qur'an dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir dan Hadits Masyhur, kerana Hadits Masyhul dikira hampir setaraf dengan al-Qur'an dari segi kekuatan. Walaupun begitu, al-Qur'an tidak boleh dinasakhkan dengan Hadits Aahaad, kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih di sisi mereka.
Pendapat sebahagian 'ulama' dan Imam Syafi'e: Tidak harus dinasakhkan al-Qur'an dengan Hadits, walaupun Hadits Mutawatir atau Masyhur. Hujah Imam Syafi'e berdasarkan
firman Allah :

Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
(al-Baqarah:106).

Ayat ini menjelaskan Allah mengaitkan perbuatan mengganti ayat yang dinasakhkan itu dengan diri-Nya sahaja, dan Dia mendatangkan al-Qur'an sahaja sebagai gantinya. Oleh itu,al-Qur'an sahajalah yang dapat menasakhkan al-Qur'an. Tidak ada apa pun yang lebih baik
daripada al-Qur'an atau yang sebanding dengannya.

Nasakh Hadits Dengan Hadits
Pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan dalam masalah ini:
a. Pendapat jumhur: Mereka sepakat mengatakan harus Hadits menasakhkan Hadits juga, jika kedua-duanya setaraf dari segi tsabit dan dalalahnya. Dalam perkara ini, 'ulama' sepakat mengatakan Hadits Mutawatir dapat menasakhkan Hadits Mutawatir dan Hadits Aahaad. Sebaliknya Hadits Aahaad hanya dapat menasakh Hadits Aahaad sahaja dan tidak dapat menasakhkan Hadits Mutawatir.
Contoh Hadits yang menasakh Hadits ialah, Nabi pemah menegah sahabat-sahabat daripada menziahari kubur kerana sebab tertentu, namun selepas itu Nabi tidak menegahnya. Sebagaimana sebuah Hadits:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
Bermaksud: Dahulu aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahlah.
(Hadits riwayat an-Nasaa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan lain-lain).

b. Pendapat 'ulama' Hanafi: Hadits Aahaad harus dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir dan masyhur, kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadits Aahaad.

Nasakh Hadits Dengan Al-Qur'an
Jumhur ulama berpendapat al-Quran harus menasakhkan Hadits. Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah Baitul Maddis ketika sembahyang. Sebagaimana Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

إَنَّ النَّبِىَّ(ص) أَقَامَ يَسْتَقْبِلُ  بَيْتُ الْمَقْدِسِ فِي الصَّلاةِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا ثُمَّ نُسِخَ ذَلِكَ بِطَلَبِ التَّوَجُّه إِلَى الكَعْبَةِ
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi pernah mengadap ke arah Baitul Maqdis sebagai qiblat ketika sembahyang selama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan Nabi diarahkan menukar qiblat ke Ka'bah pula.
Nas al-Qur'an yang menasakhkan Hadits tersebut ialah:

Al-Baqarah 2:144
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Bermaksud: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan
sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (al-Baqarah:144).

Nasakh dengan Ijma'.
Jumhur 'ulama' mengatakan Ijma' tidak harus menasakhkan nas al-Qur'an dan Hadits, kerana apabila sesuatu nas itu qath'i maka tidak mungkin berlaku ijma' yang menyalahinya.
Seandainya pula ia zanni, maka kemungkinan berlaku ljma' menyalahinya. Namun begitu, Ijma' hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandangan 'ulama'  yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu.

Nasakh Ijma' Dengan AI-Qur'an Dan Hadits.
Sebagaimana tidak harus Ijma' menasakhkan al-Qur'an atau Hadits, begitu juga al-Quran atau Hadits tidak harus menasakhkan Ijma'. Hal itu kerana yang nenasakhkan itu mestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan. Sedangkan al-Qur'an dan Hadits mendahului ijma'.
kerana Ijma' diperlukan selepas kewaf'atan Nabi.

Nasakh Ijma' Dengan Ijma'
Ijma' tidak harus menasakhkan Ijma' yang lain. Hal tersebut kerana, apabila Ijma' terlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya.
Nasakh Dengan Ijma'

Nasakh Al-Qur'an Atau Hadits Atau Ijma' Dengan Qiyas.
Adalah tidak harus dinasakhkan al-Qur'an atau Hadits atau Ijma' dengan Qiyas, begitu juga tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Qur'an atau Hadits atau Ijma'. Hal tersebut kerana syarat sah Qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Qur'an dan Hadits dan ljma'.
Sekiranya Qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.

Nasakh Qiyas Dengan Qiyas
Adalah tidak harus qiyas menasakhkan qiyas lain.

Nas Yang Tidak Boleh Dinasakh
Tidak semua perkara yang tersebut di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah boleh dinasakhkan' . Ada di antaranya yang menerima penasakhan ada pula yang tidak boleh. Antara perkara yang tidak boleh dinasakhkan ialah:
1.Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperli sifat-sifat Allah, kekuasaan-Nya, perkara-perkara Sam'iyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya: Tentang alam barzah, syurga, neraka dan sebagainya.

2.Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan umat silam yang diterima oleh Nabi Muhamad s.a.w. melalui wahyu. Contohnya, kisah Ashab al-Kahfi, Zul Qarnain, Nabi Musa dan Firaun, Nabi Nuh dan kaumnya dan sebagainya.

3.Hukum-hukum syara' yang telah diputuskan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. serta melalui ijma' 'ulama'.

4.Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya: Keadilan, kebenaran, sifat amanah, kezaliman dan lainnya.

5.Hukum-hukum tentang furu' atau cabanq syara' yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara'. Contohnya: Berjihad dan lain-lain'

Hikmat Nasakh
Jumhur 'ulama' muta'akkhirin sepakat mengatakan Nasakh memang berlaku dalam hukum syara'. Antara hikmat Nasakh ialah:
1. untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia, di mana kadang-kadang kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.
2.Dasar Islam yang tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu diturunkan secara beransur-ansur supaya manusia tidak rasa berat dan dapat menerima pembinaan hukum yang dibawa oleh Islam. contohnya terhadap hukum pengharaman riba, di mana ia datang dalam empat peringkat:

Peringkat Pertama: Allah menerangkan perbezaan antara riba dengan zakat.Firman Allah:

Ar-Rum 30:39
وَمَآ ءَاتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَا۟ فِىٓ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ فَلَا يَرْبُوا۟ عِندَ ٱللَّهِۖ وَمَآ ءَاتَيْتُم مِّن زَكَوٰةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُضْعِفُونَ
Bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan,supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harla manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.(ar-Ruum:39).

Peringkat Kedua: Allah menerangkan riba itu suatu perbuatan zalim.Firman Allah:

An-Nisa' 4:160
فَبِظُلْمٍ مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُوا۟ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَٰتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ كَثِيرًا
An-Nisa' 4:161
وَأَخْذِهِمُ ٱلرِّبَوٰا۟ وَقَدْ نُهُوا۟ عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَٰلَ ٱلنَّاسِ بِٱلْبَٰطِلِۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَٰفِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Bermaksud: Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.(160).
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara
mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(an-Nisaa:160-161).

Peringkat Ketiga: Allah melarang mengambil riba dengan cara dan gambaran yang tidak baik. Firman Allah:

Aal-e-Imran 3:130
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعَٰفًا مُّضَٰعَفَةًۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu berlakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.(Aali 'Imraan:130).

Peringkat Keempat: Allah mengharamkan riba secara mutlak. Firman Allah:

Al-Baqarah 2:275

ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli
itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelurn datang larangan);
dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:275).

Untuk mengemas kinikan hukum syara' dan mengembangkan perundangan Islam. Hal itu
memandangkan ada sesetengah hukurn-hukum lslam yang diturunkan pada peringkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja.

Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Qur'an secara beransur-ansur adalah bertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan mereka memahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syari'at dengan lebih senang.

5. Selain itu ia juga untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam, khususnya masyarakat 'Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliyyah
meninggalkan kefahaman mereka secara beransur-ansur.
-Bersambung-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan