Jumaat, Januari 01, 2021

Tafsir asas quran nota 9(204)12

Tafsir asas quran nota 9(204)12

Peringkat Ketiga: Allah melarang mengambil riba dengan cara dan gambaran yang tidak baik. Firman Allah:

Aal-e-Imran 3:130
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعَٰفًا مُّضَٰعَفَةًۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu berlakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.(Aali 'Imraan:130).

Peringkat Keempat: Allah mengharamkan riba secara mutlak. Firman Allah:

Al-Baqarah 2:275

ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 
Bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli
itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelurn datang larangan);
dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:275).

Untuk mengemas kinikan hukum syara' dan mengembangkan perundangan Islam. Hal itu
memandangkan ada sesetengah hukurn-hukum lslam yang diturunkan pada peringkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja.

Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Qur'an secara beransur-ansur adalah bertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan mereka memahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syari'at dengan lebih senang.

204

Tiada ulasan:

Catat Ulasan