Tafsir asas quran nota 9(215)13
mengemukakan jumlah ayat-ayat mansukh dan nasikhnya yang paling sedikit diterima oleh tokoh-tokoh 'ulama' muta'akkhirin. As-Suyuthi (Jalaluddin 'Abdur Rahman bin Abi Bakr as-Suluthi m.911H) misalnya bersetuju dengan Ibnu al-'Arabi (Abu Bakl Muharnmad bin Abdillah al-Ma'afiri al-Andalusi m.543H) tentang ayat-ayat yang dimansukhkan itu hanya berjumlah 20 sahaja. Itulah bagi mereka yang benar-benar menepati dan memenuhi syarat-syarat nasakh menurut qaedah muta'akkliirin. Shah Waliyyullah bagaimanapun tidak bersetuju dengan mereka. Bagi beliau yang betul-betul menepati qaedah muta'akkhirin hanya
5 ayat sahaja daripada 20 ayat yang diterima Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi. 15 daripadanya masih boleh ditakwil dan boleh dikeluarkan daripada senarai ayat-ayat yang dimansukhkan. Dibawah ini dikemukakan 20 ayat yang dikatakan telah dimansukh bersama-sama nasikhnya
oleh Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi di samping komentar Shah Waliyyullah:
(1) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 180 ini:
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwsiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa. (al-Baqarah:180).
Melalui ayat ini, Allah rnewajibkan orang yang hampir mati berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya, kemudian ia di mansukhkan. Apakah yang memansukhkannya? Para
'ulama' berbeda pendapat tentangnya. Dalam menentukan nasikhnya mereka terbahagi kepada tiga golongan:
(i) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan ayat pesaka. Di bawah ini dikemukakan ayat pesaka yang dimaksudkan itu:
An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
215
Tiada ulasan:
Catat Ulasan