Khamis, Januari 14, 2021

Tafsir asas quran nota 9(216)13

Tafsir asas quran nota 9(216)13

Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta
pusaka dan penentuan bahagian masing-rnasing seperti yang diterangkan itu ialah) Ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisaa': 11).

(ii) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan hadits Nabi s.a.w. berikut:
 إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah membeli kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat untuk waris. (Hadits rirvayat Ahmad, Ibnu Majah, Tirmidzi, Nasaa'i, dan ad-Daaraquthni).

(iii) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan Ijma'. Pendapat ini ditolak oleh kebanyakan'ulama'. Kerana ljma bagi mereka seperti qias, tidak dapat memansukhkan nas sama ada al-Qur'an atau as-Sunnah. (Lihat Wahbah az-Zuhaili - al-Wajiz Fil Fiqh al-Islami i.2 m/s 242).

Kebanyakan uama' menerima ayat pesaka sebagai nasikh bagi ayat 180 di dalam surah al-Baqarah tersebut. Adapun hadits Nabi: إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah telah mernberi kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat unfuk waris.", maka ia hanya sebagai penjelas (مُبَيِّن) kepada ayat pesaka sahaja. Itu jugalah pendapat yang ditarjihkan oleh Shah Waliyyullah.

216

Tiada ulasan:

Catat Ulasan