Tafsir asas quran nota 9(220)13
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsutttu, kerana itu Allah
mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar. Kemudian sempumakanlah puasa itu sampai
(datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah:187).
Sesetengah 'ulama' pula mengatakan yang dimansukhkannya ialah hadits Rasulullah s.a'w. bukan ayat 183 Surah al-Baqarah tadi. lni kerana diperingkat permulaannya orang-orang yang berpuasa dilarang daripada bersetubuh dengan isteri-isteri mereka pada malam hari berpuasa.
Shah Waliyyullah menolak kedua-dua pendapat tersebut. Bagi beliau ia tidak memansukhkan ayat 183 dan tidak juga memansukhkan mana-mana hadits Rasulullah s.a.w. Ayat 183 hanya bermaksud menyatakan kita umat lslam diwajibkan berpuasa seperti mana umat-umat sebelum kita juga diwajibkan berpuasa. Itu saja. Ia tidak bererti kita terikat dengan segala tatacara berpuasa mereka semua sekali. Tidak benar juga mengatakan ia memansukhkan
hadits Rasulullah s.a.w., kerana tidak diketahui Rasulullah pernah melarang umatnya bersetubuh pada waktu malam di bulan puasa. Apa yang berlaku ialah amalan orang-orang
jahiliah dan amalan pengikut saki-baki ajaran nabi-nabi terdahulu yang tidak dipastikan kebenarannya, itulah yang menjadi amalan ikutan umum masyarakat apabila mereka berpuasa.
Ayar 187 Surah al-Baqarah itu bagi Shah Waliyyullah hanya menghapuskan adat resam jahiliah dalam berpuasa atau ia menghapuskan dan memansukhkan syari'at terdahulu jika ia benar-benar rnerupakan sebahagian daripada ajarannya.
(4) Firman Allah s.w.t. berikut juga dikatakan mansukh:
220
Tiada ulasan:
Catat Ulasan