Jumaat, Januari 29, 2021

Tafsir asas quran nota 9(229)14

Tafsir asas quran nota 9(229)14


Menurut Imam Ibnu 'Arabi, Jalaluddin as-Suy'uthi dan lain-lain, ayat ini dimansukhkan oleh ayat berikut:

Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا 
Bermaksud: Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyui hubungan dalah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin (orang bukan kerabatnya). kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudararnu (seagama).Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab(Allah). 
(al-Ahzaab:6).

Bagi mereka di peringkat permulaan zaman hijrah ke Madinah, Nabi s.a.w. telah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Anshaar. Persaudaraan yang dijalinoleh Rasulullah s.a.w. di antara mereka itu dipanggil "Muakhaat". Setiap orangdaripada mereka yang dipersaudarakan itu dianggap seperti saudara sebenar yang mempunyai pertalian darah, sehingga kalau orang Anshaar yang dipersaudarakan dengan orang Muhajir meninggal dunia, saudaranya yang Muhajir akan mewarisinya seperti pewaris-pewarisnya yang lain. Begitulah juga sebaliknya. Inilah hukum yang tersebut di dalam ayat 33 Surah an-Nisaa' itu. 


Apabila hukum pesaka dengan segala perinciannya ditumnkan, pada ketika itu saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan si mati diutamakan daripada saudara seagama dari kalangan Muhajirin dan Anshaar yang dijalin persaudaraanya oleh Rasulullah s.a.w. sebelum itu. Mereka tidak lagi dikira sebagai pewaris simati. 


Hukum yang menyatakan kedudukan saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan si mati lebih utama daripada saudara seagama hasil "muaakhaat" itu terdapat didalam ayat 6 Surah al-Ahzaab. Ayat inilah yang menjadi nasikh kepada ayat 33 Surah an-Nisaa'.

Menurut Shah Waliyyullah pula, ayat 33 Surah an-Nisaa' itu tidak mansukh, ia bahkan satu ayat yang muhkam. Maksudnya ialah pesaka sememangnya hak pewaris
yang terdiri daripada sanak saudara si mati. Saudara-saudara seagama si mati pula

229

Tiada ulasan:

Catat Ulasan