Khamis, Februari 11, 2021

K230.Jangan terus berasa kecewa

K230.Jangan terus berasa kecewa

Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang, apa kata bersikap optimistik dengan fikirkan hala tuju selepas ini.

Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif. Namun begitu, fahamkah kita apa yang dikatakan fikiran positif? 

Untuk kekal dalam sikap positif, kita perlu sentiasa fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri yang lebih positif. 

Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai, berkawan dengan orang yang berfikiran positif, melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan harian. Senyum dan ketawa terapi paling mujarab secara semula jadi.

Semua yang berlaku ada alasan tersendiri

Setiap perkara ada hikmahnya. Jika tidak berlaku serta-merta, ia mungkin akan terjadi pada masa depan. 

Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.

Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang daripada pengalaman mencabar.
Tidur secukupnya

Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat, pasti keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cerdas. Sebelum tidur, sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan atas segala yang dikurniakan.

Bergembira

Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu. Kongsikannya dengan keluarga, rakan dan insan tercinta. Hidup ini cuma sekali, tempuhlah dengan positif.

Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan