K236.Berkenaan post mengenai flashcards dan buku semalam.
Ramai yg mempertikaikan.Siap ada yg mesej marah2 saya apa yg saya tahu mengenai teknik belajar melalui flashcards?Dikatanya saya perlu mendalami ilmu pendidikan awal kanak2 dengan lebih mendalam..
Saya mempunyai Diploma dan Ijazah dalam bidang pemulihan.Saya specialized dalam bidang pemulihan utk kanak2 ni dah lama dah.Pendek kata,saya berhdapan dengan kes kanak2 yg delay dan mempunyai masalah pembelajaran (secara menyeluruh) setiap hari.
Saya terpanggil untuk menulis post seperti semalam kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini,saya berhadapan dengan kanak2 yg ada masalah (bukan masalah pembelajaran secara menyeluruh) ...kanak2 ini kanak2 normal.Namun,terlalu banyak didedahkan kaedah pembelajaran melalui gadgets,buku dan flashcards di awal usia.Apa masalah utama yg sering saya lihat?
-Masalah sukar mengawal tantrum dan emosi.
-Tingkah laku ego (bak kata Sigmund Freud).
-Masalah sosial-sukar untuk berkongsi dan bertolak ansur.
-Masalah menulis,
-Masalah motor halus .
-Sukar untuk mendengar arahan.
-Kemahiran bermain sangat kurang.Malah,rata2nya yg sepatutnya umur 6 tahun sudah boleh engage dalam social play,masih lagi ada yg di tahap parallel play (bermain seorang diri di dalam kelompok yang ramai).
-Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang mana sangat tidak boleh baju atau permukaan badannya kotor (padahal terkena gam saja pun...)
-Masalah pertuturan yg tidak sempurna (sepatutnya di usia 5 tahun,kanak2 sudah boleh bertutur dengan membina lebih kurang 5 ayat,tetapi kebanyakannya masih lagi 1-2 ayat).
-Kurang self-confident kerana banyak dibandingkan dengan orang lain.Maka,kanak2 jadi pendiam dan lebih pasif.
Dan anda tahu apa kemahiran utama yg anak2 ini ada?
Mengenal huruf dari huruf rumi sampai hijaiyyah dan nombor tu boleh sudah ditambah ditolak dan dikira dengan baik.
Ada juga yg memang sukar untuk membaca walapun kata ibunya,puas sudah diajar dengan gambar la...flashcards....Dan suspected anak ini punya masalah mild dyslexia.Kerana apabila kanak-kanak masih belum ready utk proses pembentukan simbol sukar (seperti yang terdapat dalam huruf rumi dan huruf hijaiyyah),kita memaksa 'information processing' anak untuk berjalan di awal usia,maka kekeliruan pemprosesan maklumat terjadi di dalam otak yang masih belum bersedia.
Jadi,kaedah rawatan saya haruslah back to basic. Mengajar anak2 iini bermain dengan pasir,playdough,water colour secara berperingkat sehingga tactile sensory input boleh tolerate dengan tekstur sebegini.
Saya juga harus memperbanyakkan aktiviti pergerakan dan kekuatan tangan&kaki serta menggalakkan keseimbangan badan untuk kestabilan posture yg lebih baik sebagai persediaan utk proses bersukan dan penumpuan perhatian di dalam kelas (posture duduk yg salah boleh menyebabkan gangguan tumpuan di dalam kelas).
Saya harus merawat proses kefungsian motor halus dari segi kekuatan sehingga koordinasi tangan-mata,dan sehingga kanak2 ini boleh melalui proses menulis dengan baik.
Dari segi tingkah laku? Saya terpaksa apply behavior modification techniques yg ternyata,berbeza utk setiap kanak2.Dan ini adalah sesuatu yg amat sukar dilakukan terutama sekali bagi ibu bapa yg banyak memanjakan anaknya.
Begitu juga dengan social & play skills.Komponen ini harus saya sub-component kan lagi dari segi sharing,turn taking dan waiting skills sebab kanak2 ini memang tak ada kemahiran ini!Ternyata!
Jadi,ingin saya tekankan di sini,tak perlu rasanya kalau nak ajar HURUF HIJAIYYAH di awal usia kalau pembentukan akhlak dengan cara Islam tidak dititikberatkan .Antara mengajar huruf hijaiyyah +solat di usia 2 tahun,dengan mengajar anak untuk berbudi bahasa mengikut tatacara Islam yg telah digariskan,mana satu yang hendak diajar dahulu?
Jangan kecam saya.Saya cuma mengingatkan.Esok2 ada anak2 yg dah delay,bawalah jumpa saya.Saya akan rawat dengan nature. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan