K442.Cara pilih mainan untuk anak 0-3 tahun dan jenis mainan yang tahan lasak.
Mainan yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun adalah main yang merangsang deria iaitu mainan yang mempunyai ciri-ciri:
1.Auditori
-Rattles
-Picit keluar bunyi (itik-itik)
-alat muzik
2.Visual
-tekan keluar lampu.
-cermin
-baling dan sepak bola
-warna yang terang
-mainan yang bergerak.
3.sentuhan
-lembut(bulu-bulu patung lembut)
-keras(apa-apa yang diperbuat daripada kayu.
-permukaan buah-buahan.
4.Vestibular.
- Terowong
-memanjat
- bola
-basikal
- kereta tolak(push car)
-trampoline
-tangga
5.Proprioception
-semua mainan yang melibatkan anggota badan.
6. Bau dan rasa
-main sewaktu makan.
Katogeri merangsang kognitif/ imaginasi/ kreativiti :
-mainan bongkah kayu pelbagai bentuk
-lego
-puzzles
-apa-apa mainan yang perlu dipasang
-Role play
Beberapa jenis mainan yang bagus untuk perkembangan anak:
1)Bagus untuk merangsang deria keseimbangan,pergerakan (vestibular) yang secara tak langsung merangsang perkembangan motor kasar anak. Pastikan anak dah boleh duduk tanpa bantuan untuk main mainan jenis ini.
2)Mainan yang ada cause dan effect.
Contoh kalkulator.seawal umur 6 bulan
3)Mainan melatih skil tangan( hand manipulation skil)
Yang penting untuk belajar menulis.
Ketuk2 guna jammer atau pun skeru
4) Apa2 mainan yang ada elemen pemasangan .
5)mainan yang tahan lasak
6)Mainan semasa mandi seperti cawan berlubang
Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak,adakah anak masih
dalam:
1.FASA MEMASUKAN BARANG DALAM MULUT(FASA A).
-normal umur 3 bulan -2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukan barang dalam mulut untuk "rasa " benda tersebut samada selamat atau tidak.
Jadi mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULLY dengan pemilihan mainan dan pastilan mainan sekeliling anak bersih.Elakan mainan yang :
1.Toksid
-mainan ada lebel non toxic.
2.Boleh tercabut dan pecah.
3.Bertali lebih dari 12 inci
4.Terlalu kecil.
5.Belon.serpihan belon boleh menyempit ruang pernafasan anak.
-fasa ini fasa overprotective.
-duit syilling,tanahasit,batu atau tanah liat.
2.FASA BERMAIN MENGGUNAKAN MULUT DAN TANGAN(FASA B)
-anak yang berumur 2-3 tahun.
-fasa ini anak banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukan benda dalam mulut dimana deria sendi dan sentuhan ditangan sudah kuat untuk fasa anak "rasa".
-tahap ini ,dah boleh percaya anak sedikit kerana anak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru.
-jika beli tanah liat terangkan ini tidakboleh dimakan.
-jika selepas 3 tahun anak masih masukan dalam mulut sila jumpa doktor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan